Mata Omar yang dah lama terlelap terbuka kembali apabila dikejutkan oleh banduan yang memberitahunya tadi jangan tidur lama sangat.
"Weh, dah bunyi loceng tu." kata banduan tersebut sambil mengoyangkan katil Omar.
"Dah tu kenapa?" tanya Omar masih mahu meneruskan mimpinya yang indah.
"Rehatlah. Kau tak mahu makan ke?" tanya banduan itu. Fuh, baik hati gila. Jarang ada kawan begini, lagi2 yang baru berkenalan.
"Yelah, yelah, nak bangun dah ni" kata Omar yang malas.
"Saya tunggu kat luar" kata banduan itu.
Omar pun bangun dan mula keluar dari sel penjaranya. Sambil dia melangkah depan menuju ke kantin penjara dengan kawan barunya itu dia sempat menoleh ke belakang. Bukan apa, tapi dia betul2 ingin sambung tidur. Dia hanya mampu melihat tempat tidurnya yang mempunyai tompokan air liur yang ditinggalkan olehnya semasa tidur.
Walaupun penulis kata tempat ini tidak ketat peraturan tidak bermakna tiada peraturan. Ini bukan dunia imaginasi ok. Ini dunia penulis punya jadi suka hati saya nak letak apa jenis peraturan. Jkjk.
Sampai saja di kantin aroma wangi dah mula menusuk hidung Omar yang kecil.
"Suka bau dia?" tanya rakan barunya.
"Hmm, suka apa? Bau bangkai adalah", kata Omar sambil menutup hidungnya yang kecil."Bau apa ni bro? Jangan kata mayat sudahlah" tanya Omar.
"Siapa lagi kalau bukan Kalut si Kentut" jawab rakannya tu sambil menunjuk depannya.
Ya ampun, badan kecil, kurus, tapi bomnya tu. Hmm. Boleh bawa masuk neraka.
Kalut yang berada di depan pun terdengar perbualan hina mereka. "Ha, kenapa? Nak lagi?" tanyanya dengan nada marah.
"Eh, tidak tidak,hehe" jawab rakan Omar. "Budak baru ni, belum tahu apa2" katanya lagi. Kalut hanya diam dan terus menuju ke depan kaunter mengambil makanan yang akan ditukarnya kemudian kepada gas maut menggunakan perutnya nanti. Pendek kata, makanan tu umpama peluru kepadanya ataupun gas.
Selepas Omar dan rakannya mengambil makanan dari kaunter, mereka mengambil tempat duduk. Sedang khusyuk dorang makan tetiba lagi banduan yang bernafsu duduk sebelah Omar.
"Kemana kau nak lari ha?" tanyanya dengan nada tidak lain dan tidak bukan, nada orang yang bernafsu. Omar menarik air liur.
"Dahlah tu ning, orang nak makan kau nak kacau" tegur rakan yang lagi satu Omar."Sorry, Aning memang begitu. Maklumlah nama penuh dia Aning Otak Kuning" sambungnya lagi.
Omar yakan saja."Eh lupa pula nak tanya nama kau" rakannya itu mula menukar topik perbincangannya pada hari itu kepada topik pengenalan diri."Apa namamu? Nama saya Kaki Daki Berdaki. Tapi kau boleh panggil saya Daki" katanya sambil menghulurkan tangan untuk memeterai mantera perkenalan diri. Haha.
"Omar, Omar Kepala Besar" kata Omar.
"Ah kau kenapa kena penjara?" tanya Aning ingin tahu."Eh boleh tak kau jangan sibuk hal orang" marah Daki. Untuk pengetahuan kamu, Daki ni orang yang baik walaupun kotor. Sebelum dia dimasukkan penjara, dia menghabiskan masanya di rumah menolong ibunya saja. Kalau bukan ibunya, dia tolong jiran sebelah. Dia punya gaya ni kalau dia bantu orang, dia bantu macam kau tu tuan dia. Sampai begitu kebaikan dia. Kamu yang membaca ada kah? Tolong pikirkan ya.
"Saya nak tahu je, bukannya nak sibuk" kata Aning. "Kau nak ambil tahu tu maksudnya kau mahu sibuklah" kata Daki pula. Sudah, dah gaduh. Omar yang berkepala besar pun apalagi rasa bersalah lah. Dia mula menganggap dirinya sebagai duri dalam daging. Eh betulkah? Saya pun tak tahu. Bahasa Melayu saya tak berapa cun. Haha.
"Dah lah tu, nanti kita kena tuduh pula polis" kata Omar. Tapi malang tak berbau, lidahnya tu betul2 masin. Selepas dia cakap tu benda, tu benda betul2 muncul.
"Ha yang meja sana kenapa? Nak tarik perhatian ke?" teriak polis yang berdiri dekat kaunter. Nak mengorat tukang masak lh tu.
Polis tu pun mula menuju ke meja Omar. Sampai sahaja di meja Omar, dia menumpukan perhatian kepada Omar seterusnya melupakan 2 rakan yang sedang bertengkar siap disorak oleh banduan lain.
"Eh, banduan barulah" kata polis itu dengan senyuman hina.
"Siapa nama kau?" tanyanya.
"Omar" jawab Omar selamba.
"Nama saya Polis Satu bin Datu, kalau kau nak cari masalah bukan sini. Kau cari tempat lain. Baik kau suruh kawanmu itu diam atau saya bawa kamu berjumpa Ketua Polis" tegurnya lalu berlalu pergi menuju kembali ke kaunter kantin.
"Weh kamu diamlah" marah Omar kepada 2 rakan barunya."Kan dah kena marah" sambungnya lagi.
Namun 2 rakannya itu masih bergaduh. Mata Polis Satu masih melihat mereka dengan pandangan tajam seperti memberi mereka amaran.
Sedang khusyuk 2 rakannya bergaduh, loceng rehat pun berbunyi menandakan tamatnya waktu makan. Semua banduan mula berdiri dan menuju ke sel penjara masing2.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penjara Punya Cerita
RandomCerita punya cerita terciptalah sebuah kisah seorang lelaki yang berkepala besar dipenjarakan. Dahlah kena penjara, ditakdirkan lagi bertemu dua orang yang betul2 menyusahkan orang. Haish, apalah nasib. Apa2pun saya mempersembahkan sebuah kisah buat...