"Kau budak hitam pergi main jauh2! Ini hal aku dengan si kepala besar ni, tak payah kau berlagak nak jadi gentleman sana!" teriak banduan itu kepada Daki. Daki pun memandang tubuh badannya yang memang hitam berdaki. Dia pun tunduk ke bawah.
"Eh, eh. Leklah. Kalau tak puas hati jangan lah gaduh. Nanti kena tambah tempoh penjara pulak" kata Omar cuba meredakan situasi yang pada mulanya dialah yang memulakan semua ini.
Banduan itu memandang Omar dengan muka seribu urat dengan ekspresi menahan marah. Bukannya dia taknak tengking Omar tapi di belakang Omar dia ternampak warden yang bertugas menjaga mereka sedang memerhatikan perilaku mereka bertiga.
Banduan itu pun melangkah dekat dengan Omar dan membisikkan bisikan syaitan kepadanya.
"Kau, aku, tandas lelaki" selepas membisikkan bisikan itu dia pun berlalu pergi dan berpura-pura menyambung kerja.
Daki yang dari tertunduk menarik nafas lega apabila banduan itu berlalu pergi. Selepas itu, dia pun pergi ke arah batu-batu yang belum disentuhnya. Omar pun ikut melakukan kerja tanpa membuka mulutnya lagi.
Sekali sekala dia memusingkan kepalanya beberapa darjah untuk melihat keadaan Daki. Omar pun tertanya-tanya juga kenapa Daki hitam. Bukan hitam kulit. Tapi hitam berdaki.
Mustahil dia tidak pernah mandi, kata Omar dalam hati. Sebab selama ini, tiada orang pernah tegur Daki sebab bau badan. Daki punya kewangian bagaikan bayi yang baru mandi namun tetap kulitnya berdaki. Kalau difikirkan balik, orang yang pernah kena tegur pun hanya Kalut si Kentut. Itupun bukan pasal bau badan, tapi pasal bau gas penghasilan perutnya.
Tengah Omar khusyuk berfikir tentang hal itu tiba-tiba dia ditegur Daki.
"Mesti kau berfikir kenapa aku hitam berdaki kan?" tanya Daki.
"Eh, eh taklah. Aku tengah melihat je macamana kau ukir batu tu. Aku pun masih baru dalam bab2 batu ni" jawab Omar.
"Tak perlu tipu lah Omar. Aku dah biasa kena macam itu" balas Daki. Daki pun mula melangkah pergi ke tempat lain meninggalkan Omar.
Aning yang dari jauh melihat kelakuan mereka berdua sudah dapat meneka apa yang telah berlaku. Dia pun mula mendekati Omar apabila melihat Daki sudah menjauh daripadanya.
"Kau nak tahu ke kenapa kulit Daki selalu berdaki?" tanya Aning kepada Omar."Kenapa?" tanya Omar. "Aku boleh je bagitau, tapi kau mesti janji takkan ceritakan kepada sesiapa termasuk aku" balas Aning. "Apa yang kau merepek ni?" Kau yang nak ceritakan pada aku juga" kata Omar. "Ala, aku kan otak kuning. Apa yang aku pikirkan selama ni hanya benda yang berkaitan dengan bab2 kuning. Tapi bila aku lihat kamu tadi aku terus teringat balik kenapa kulit Daki berdaki" jelas Aning panjang lebar."Besok hari aku lupa lh tu" sambungnya lagi.
"Kau nak tahu atau tidak ni?"
"Kan aku dah kata tadi kenapa. Maksudnya aku nak tahu lah tu"
"Okok. Sebenarnya-""Woi! Otak Kuning dengan Kepala Besar buat apa?!" tengking warden yang disuruh bertugas untuk mengawasi anjing2 Penjara Batu Hutan.
"Ala, tak sempat lah"
Aning pun berlalu pergi ke tempat asalnya tadi. Omar yang dari tadi berharap dapat mendengar jawapan hancur kerana tidak mendapat apa yang dia mahu.
"Kepala Besar buat kerja!"
Omar pun sambung membuat kerjanya yang dari tadi belum siap. Sedang seronok Omar menghentam permukaan batu menggunakan pickaxe minecraft tetiba dia merasa benda keras menghentam permukaan kepalanya yang besar sekaligus membuat dia jatuh rebah ke atas permukaan batu yang kasar lagi tajam.
Pandangannya mulai menjadi hitam. Omar sudah mula terfikir jika dia sudah dimasukkan keranda.
YOU ARE READING
Penjara Punya Cerita
RandomCerita punya cerita terciptalah sebuah kisah seorang lelaki yang berkepala besar dipenjarakan. Dahlah kena penjara, ditakdirkan lagi bertemu dua orang yang betul2 menyusahkan orang. Haish, apalah nasib. Apa2pun saya mempersembahkan sebuah kisah buat...