Masa perjalanan ke Penjara Batu Hutan tu ambil masa juga. Lebih kurang 1 hari sebab penjara itu betul2 terletak di tengah hutan. Sudahlah terletak dalam hutan tebal, penjara dia pun betul2 penjara yang diperbuat daripada batu original. Jadi kesimpulannnya, bolehlah kita menganggap penjara yang akan Omar tinggal ini untuk beberapa tahun adalah penjara gua yang terletak di dalam hutan. Siapa yang mula2 mengasaskan penjara ini akan ada novel seterusnya.
Apa2pun, setelah 1 hari berada dalam kereta abang polis tegap, akhirnya sampai juga.
Peraturan disini tidaklah ketat sangat berbanding dengan penjara2 lain yang mempunyai reputasi yang perlu dijaga. Penjara disini sangat santai sehinggakan ada banduan yang sanggup tinggal disini hingga mati mereput. Apa tidak, penjara disini makanannya semua dimasak oleh orang2 kampung yang berpengalaman dalam bidang masakan, tandasnya pun bersih hingga ada banduan yang tidak mahu keluar dari tandas selama berminggu minggu. Tempat tidur? Tak perlu cakap kalau banduan sini tidur hingga meninggalkan tompokan air liur yang sentiasa fresh. Haha.
Selepas sahaja Omar diregister nama dan diberikan kod banduan, dia terus dibawa ke sel penjaranya yang dimana dia akan menghabiskan hayatnya bersama 2 orang banduan yang akan dia kenali selepas ini.
"Ha, ini sel penjara kau untuk 3 tahun ini" kata abang polis yang bertugas membawa Omar ke sel penjaranya. "Awas, jangan nanti saya dapat kau berkeliaran ke sel penjara lain" kata abang polis memberi Omar amaran yang keras.
Sebaik sahaja Omar melngkah masuk ke sel penjara, dia terus disapa baik oleh seorang banduan yang saya sudah kata tadi.
"Wah, fresh meat lah" kata seorang banduan di dalam sel penjara itu. Omar hanya diam. "Bolehkah saya bertanya namamu wahai fresh meat?" tanya banduan itu.
"Err, nama saya Omar" jawab Omar berketar ketar suaranya.
"Omar. Manis nama tu, macam orangnya" kata banduan itu lagi. Ha sudah, dah tahap bahaya ni. Ini kalau dipanjangkan lagi bercakap dengan mamat ni boleh membahayakan badan aku, kata Omar dalam hati.
"Ah oklah, saya nak baring dulu ni, penat, haha" kata Omar ingin mengelak daripada situasi tersebut.
Mata banduan tersebut terus memandang Omar.
Masa Omar nak baring tu, muncul lagi satu mamat ni yang kakinya boleh nampak sangat hitam. Aduh, apa lagi ni rungut Omar dalam hatinya.
"Dah nak tidur ke?" tanya banduan tersebut.
"Haah, mengantuk" kata Omar memberikan alasan.
"Ha yelah, tapi jangan lama sangat nanti terlepas waktu rehat" kata banduan itu kepada Omar.
"Ha yelah" jawab Omar sambil menarik nafas lega. Nasib baik orang ni tak bernafsu, kalau tak, habis saya dironyok malam2.

YOU ARE READING
Penjara Punya Cerita
De TodoCerita punya cerita terciptalah sebuah kisah seorang lelaki yang berkepala besar dipenjarakan. Dahlah kena penjara, ditakdirkan lagi bertemu dua orang yang betul2 menyusahkan orang. Haish, apalah nasib. Apa2pun saya mempersembahkan sebuah kisah buat...