Bunyi bar sel penjara diketuk warden mula kedengaran di awal pagi buta seterusnya menandakan bahawa hari sudah siang. Jangan saja diketuk waktu malam sudahlah. Omar membuka matanya yang dipenuhi tahi mata yang dikumpulnya semasa tidur.
"Selamat pagi bang"
Aduh, suara siapa pula ni? Siapa lagi kalau bukan Aning Otak Kuning. Ha, kalau kamu tidur sebilik dengan dia ni guarantee kamu masuk neraka awal.
"Apa kau nak?" tanya Omar. Otaknya masih lagi dalam keadaan separa sedar.
"Saya nak mengucapkan selamat pagi kepada rakan saya yang baru saya kenal semalam" jawab Aning. Geli doh.
"Ha, mat pagi. Sekarang saya nak tidur balik, kau boleh chau" kata Omar.
"Hmm yalah" Aning pun pergi dengan perasaan tidak dihargai.
Daki baru sahaja bangun dari tidur. Dia melihat jam di luar sel penjara. Jam menunjukkan pukul 4.30. Dia pun memusingkan kepala 180° dan ternampak Omar masih tidur.
"Aning kenapa kau belum bangunkan dia?" tanya Daki.
"Saya dah cuba, tapi dia tidur balik" jawab Aning.
Daki pun berdiri lalu menuju ke katil Omar. "Bro, bangun wei. Jam nak dekat jam 5 dah" katanya sambil mengoncang badan Omar dengan ganas ala-ala pelakon dalam movie cuba menyedarkan rakannya yang dah mati tapi masih mahu mencuba. Begitulah kebaikan hati Daki.
"Habis tu?" tanya Omar. Masih banyak dia perlu belajar dalam tempoh 3 tahun.
"Kita semua ada kerja nanti di luar penjara" kata Daki. "Kau ingat kita disini hidup percuma ke?" sambungya lagi. Omar mengeluh.
"Ha yelah2" kata Omar lalu berdiri.
Mereka bertiga mula menuju ke luar penjara yang mana sudah ada seorang warden menunggu. Depan warden itu lagi terdapat bongkah bongkah batu. Ha yang selalu tengok cerita penjara mungkin sudah tahu apa kegunaan batu itu kn?
Warden yang dari tadi menunggu mereka tu terus membuka mulut memberi arahan untuk mulakan kerja. "Baiklah, kamu tahu apa yang perlu dibuat" kata warden tersebut.
"Apa pula yang nak dibuat dengan batu ni Daki?" tanya Omar.
"Kau pernah nampak cerita penjara yang banduan dia duduk menghadap bongkah batu yang besar sambil pegang pickaxe di televisyen tak? Soal Daki dengan panjang lebarnya. Buih putih mula kelihatan berkumpul di tepi bibirnya.
Omar mula menggunakan otaknya yang besar untuk mengingati semula apa yang dia sudah pernah tonton di kaca televisyen. Selepas beberapa minit dia pun teringat satu rancangan kanak2 dimana sebuah span berwarna kuning merupakan watak utama. So watak utama ni ada kawan iaitu seekor tapak sulaiman yang kurang IQ. Kalau Omar tidak silap, kawan span ini pernah dimasukkan penjara dengan rakannya itu dan disuruh menghancurkan batu menggunakan sebuah pickaxe.
Daki sekadar melihat rakannya itu yang memaksa otaknya bekerja lebih keras. Dah boleh nampak urat dah otak Omar ni. Tiba2, Omar tersenyum menadakan dia sudah hilang akal. Haha, gurau saja. Dia tersenyum sebab dia sudah ingat dan disaat itu juga muka dia berubah kepada muka Hairan bin Ajaib.
"Jadi kita punya kerja harini kasih pecah batu eh?" tanya Omar.
"Tidak. Batu tu kita guna untuk mengukir patung" jawab Daki.
"Lepastu?" tanya Omar macam budak kecil bertanya pada ibunya yang mana, ibunya akan membalas pertanyaan anaknya itu dengan menampar mulutnya suruh diam.
"Lepastu kita jual" jawab Daki.
"Lepastu?" tanya Omar. Ingin tahu sangat dia ni.
"Lepastu kita dapat duit"jawab Daki.
"Lepastu?" tanya Omar lagi.
"Lepastu kita ada duit bayar gaji tukang masak untuk masak makanan yang sedap untuk kita makan setiap hari" panjang lebar Daki membalas.
"Lepastu?" tanya Omar masih belum puas hati.
"Lepastu saya tampar mulut kau!"
Sebuah tangan berurat pun menghinggap pipi Omar dalam effect slowmo. Habis bertaburan air liur Omar. Giginya masih ada jangan risau.
Habis sahaja air liur Omar terbuang, effect slowmo pun mula hilang dan masa berfungsi seperti biasa.
Omar yang baru ditampar mula mencari tangan siapa yang menampar pipinya. Dia pun memusingkan kepalanya ke kanan dan ternampak badan yang sasa perkasa. Omar mendonggakan kepalanya ke atas.
"Eh, kau ni siapa?" tanya Omar.
"Kau tak ingat saya ke kau pura2 tak ingat?" jawab pemilik badan tersebut yang mana dia juga merupakan banduan.
"Jap, kau banduan yang memaki semalam ke?" tanya Omar.
"Tahu pun! Kau panggil saya apa kemarin?!" banduan itu terus menukarkan aktiviti perkenalan diri kepada aktiviti bergaduh.
"Uh..." Omar tidak tahu apa alasan yang sesuai diberikan saat2 genting ni.
Daki secara tiba2 masuk campur cuba menghentikan pergaduhan ini sebelum ia bermula.
"Relakslah. Takkan tak boleh bincang secara gentleman?" Daki mulakan perbicaraannya.
YOU ARE READING
Penjara Punya Cerita
RandomCerita punya cerita terciptalah sebuah kisah seorang lelaki yang berkepala besar dipenjarakan. Dahlah kena penjara, ditakdirkan lagi bertemu dua orang yang betul2 menyusahkan orang. Haish, apalah nasib. Apa2pun saya mempersembahkan sebuah kisah buat...