Gambar di atas adalah Haqimie Harriz,umur 25 tahun ,CEO HH Holding.s SDN.BHD.
Madeina masih rasa terganggu dengan permintaan Harraz. Ke hulu, ke hilir gadis itu.
"Boleh ke aku tunaikan janji aku? Kitorang bukannya kawan pun. Harriz tu just someone yang tersenarai dalam orang yang aku kenal je." Madeina mengeluh perlahan. Kerisauannya semakin membuak apabila terima panggilan daripada Harraz.
Butang hijau pada skrin telefonnya ditarik ke tepi. Panggilan itu bersambung.
"Assalamualaikum, Madeina.." Ucap Harraz. Cahaya berkira-kira mahu membuka bicaranya ataupun tak.
"Madeina? Are you there?" Pertanyaan Harraz menyedarkan Madeina dari lamunannya.
"Um... Ya, saya ada ni. Kenapa call?" Soal Cahaya.
"Saya nak tanya, bila awak boleh bawa saya jumpa Harriz?" Soal Harraz semula. Madeina menarik nafas dalam. Sedalam-dalamnya rinduku padamu. Anak tekaknya dibetulkan.
"Jangan risau. Saya akan bawa awak jumpa abang awak. Cuma awak kena sabar sikitlah, ya?"
'Ya Allah, Madeina! Kau ni berani mati kan? Apasal kau janji...? Kau sendiri tak tahu kau boleh contact si Harriz tu ataupun tak...' Dia mengherdik diri sendiri di dalam hati.
"Oh, boleh. Awak ambillah berapa banyak masa yang awak perlukan. Saya setia menunggu." Kata Harraz.
Madeina mengeluh kemudian dia mengerling ke arah jam dinding yang terdapat dalam biliknya. Terbeliak biji matanya. What?! Dah pukul 5?!
"Haaa?!" Madeina menjerit kecil. Tangannya menutup mulut.
"Ada apa Madeina?"
"Harraz, saya nak kena gerak ni. Nanti kita jumpa. Bye, Assalamualaikum." Talian dimatikannya. Cepat-cepat dia berlari mencapai tualanya dan masuk ke dalam bilik air.
'Aku dah lambat nak pergi kerja ni!'
Setelah 5 minit dia menyiapkan dirinya, dia pun terus keluar dari bilik dan turun ke bawah.
"Alang! Madeina pergi kerja dulu!" Jerit Madeina. Dia menyarungkan kasutnya dan terus berlari ke arah motosikalnya. Motosikal itu ditunggang. Enjin dihidupkan sebelum motor itu laju membelah jalan raya.
Aku pergi kerja naik motor je... I rempitz. HAHAHAH
~~~~~
Tersenyum Harriz melihat gelagat putera-puteranya. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Uh, laparlah pulak...
"Ryan, Rykal... Tak lapar? Enough... Daddy hungrylah, sayang... Get out off the pool. Let's eat." Ajak Harriz. Ryan dan Rykal mencebik bibir.
"Ala daddy...Give us 5 minutes. Ryan dan Rykal janji. Please, daddy..." Ryan dan Rykal memujuk Harriz. Harriz mengalah. Cair bila tengok muka comel anak lelakinya.
"Okay. 5 minutes only. After that, come to daddy, okay?" Harriz menunjukkan jari kelingkingnya. Tersengih Ryan dan Rykal.
5 minit kemudian.
"Daddy! Kita nak makan apa?" Soal Ryan sambil mengelap rambutnya yang basah.
"Come here. Daddy keringkan. Kita makan aoa yang ada kat dalam rumah je lah." Ryan datang mendekati Harriz seraya itu menyerahkan tuala kecil itu kepada Harriz. Rykal yang tengok dari tepi dah cemberut mukanya.
"Oh... Okay, daddy." Balas Ryan.
"Daddy! Dry my hair too!" Rykal menghentak kakinya tanda protes. It's not fair!
"Okay, sayang. Come here. Alahai, anak-anak daddy ni..." Harriz menggosok rambut Ryan dan Rykal serentak. Dua-dua dan tersengih macam kambing tak gosok gigi.
"Daddy... Kitorang nak mummy... Where's mummy, daddy?" Soal Ryan. Rykal hanya mengangguk kecil. Setuju dengan permintaan Ryan. Perasaan sedih tiba-tiba singgah di dalam diri Harriz. Dia memandang wajah suci milik Ryan dan Rykal bersilih ganti.
"You guys want a new mummy?" Soal Harriz. Senyuman kelat dilemparkan kepada mereka.
Pantas Ryan dan Rykal mengangguk. Terlihat sinar harapan di dalam mata mereka.
"I will get one, for you guys." Harriz memeluk anak-anaknya.
"XOXO?" Soal Harriz sambil tersengih. Ryan dan Rykal menjengketkan kaki mereka untuk memberikan pelukan dan ciuman kepada Harriz. Harriz tersenyum puas.
"Jom masuk." Harriz memimpin tangan Ryan dan Rykal masuk ke dalam rumah.
~~~~~
"132. Pesanan cik dah siap. Caremal machiato, 2." Kata Madeina sedikit kuat . Terlihat seorang perempuan datang mendekati. Tangannya mengeluarkan 2 keping kertas berwarna merah dan diserahkan kepada Madeina.
"Baki cik RM4.60. Sila datang lagi." Madeina melemparkan senyuman mamis kepada gadis itu. Senyumannya dibalas dengan senyuman. Gadis tadi melangkah keluar dari bakeri bersama 2 Caremal Machiatonya. Bakeri itu bukan sahaja menjual dan menerima tempahan kek, malah mereka juga menjual pelbagai jenis kopi. Kedai itu adalah hasil gabungan di antara bakeri dan cafe.
Jam tangan dikerling. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Terasa geli pada perutnya. Seperti ada getaran. Tangannya diseluk ke dalam poket apron yang dipakainya. Skrin telefon itu memaparkan nama 'Ummi Fauziah'. Cepat-cepat Cahaya menjawab panggilan itu.
Oh lupa nak bagitahu btw aku dapat hadiah henfon nih dari ummi katanya senang nak berkomunikasi gitew..haha.
"Assalamualaikum, Cahaya. Ummi nak minta tolong something ni." Kata Puan Fauziah.
"Waalaikumsalam, tolong apa ya Ummi?" Soal Cahaya lembut. Bila bercakap dengan mak mertua kenalah sopan-sopan. Ops.
"Lusa ni birthday Harriz. Ummi nak buat surprise. Ummi call ni sebab nak tempah kek untuk birthday dia." Kata Puan Fauziah secara berbisik. Mungkin dia risau jika Harriz terdengar akan perbualannya dengan Cahaya di telefon.
"Oh, Boleh Ummi. Ummi nak kek yang macam mana?" Soal Cahaya lagi.
"Ikut kamulah. Apa-apa sahaja. Cahaya nak deco macam mana pun terserah pada Cahaya. Asalkan yang sampai kat rumah Ummi nanti adalah sebiji kek. Hahahaha." Puan Fauziah ketawa melalui corong telefon itu.
"Hahahaha... Aye, aye captian. Kek akan sampai tepat pada masanya." Cahaya mengangkat tabik walaupun tidak dapat dilihat oleh Puan Fauziah.
"Kalau Cahaya nak bawa kawan-kawan Cahaya pun boleh. Okaylah, Cahaya. Ummi gerak dulu, pape roger. Cau." Kata Puan Fauziah. Talian dimatikan. Uish, Ummi Fauziah ni brutal ah! HAHAHAHAH!
"Bawa kawan? Hmm, siapa eh aku nak bawa?" Cahaya mengetuk dagu dengan jari telunjuknya. Memikirkan seseorang yang boleh dijadikan teman.
"Ahaaa! Apa kata aku bawa Harraz ? Ni je peluang untuk aku bawa dia jumpa Harriz !" Cahaya tersenyum gembira. Tak sangka masalahnya sudah selesai sekelip mata. Ummi ni macam tau-tau je yang aku nak bawa anak di yang sorang tu balik..
Aku terus message harraz untuk memberitahu rancanganku sebelum itu aku ingin harraz bertemu dengan ibu kadungnya dahulu.
'asslamualaikum harraz ..kita jumpa jam 10 malam nanti di cafe saya dan saya nak awak jumpa insan yang awak perlu jumpa terlebih dahulu.' kataku dan segera menutup telefon bimbitku.
Done for today, guys. Apa-apa pun stay tune!😁
YOU ARE READING
MR.HITLER✔️
Historia CortaNur Madeina Aishah atau lebih mesra dengan panggilan Cahaya merupakan seorang gadis periang yang bekerja di sebuah bakeri . Cahaya tersalah anggap apabila terserempak dengan seseorang yang mempunyai rupa paras yang sangat mirip dengan seseorang . "...