(^・ω・^ )

771 76 11
                                    

Keesokan harinya, Halilintar berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah sambil menikmati lagu yang didengarinya melalui earphone yang dipasang di telinganya. Dia mengabaikan seluruh warga sekolah terutama sekali para pelajar di situ yang mana mereka sedang memandang Halilintar dengan pelbagai jenis pandangan. Namun yang pasti, ia mestilah pandangan yang kagum kerana kemenangan Halilintar yang sudah jauh tersebar di dalam kawasan sekolah mereka.
Bukan bermaksud dia bencikan kemenangan, tetapi dia lebih menginginkan ruang yang mana biarlah orang lain tahu bahawa dia menang atau berjaya tetapi jangan sesekali mengganggu hidupnya.

Kenapa perlu ada orang menganggu hidupnya? Mungkin bagi pelajar atau orang yang tidak berada berdekatan dengan kawasan sekolah itu tidak tahu bahawa Halilintar merupakan salah seorang jaguh sukan dan seni mempertahankan diri. Walaupun akademiknya tidak terlalu menonjol, tetapi setiap kemenangan yang diraih melalui penyertaan di setiap pertandingan sukan atau perlawanan membuatkan dia sering menjadi bualan ramai.

Ditambah pula dengan wajahnya yang seperti Gempa sendiri katakan, "ada rupa" jadi makin ramai yang mula berminat untuk mendekati Halilintar. Namun jangan pandang pelajar sekolah elit di sini sama seperti pelajar sekolah lain. Memberikan surat atau meluahkan perasaan begitu sahaja demi mendapat perhatian orang yang disukainya. Sebaliknya, mereka akan cuba menarik perhatian mereka dengan menggunakan kelebihan masing-masing.

Pernah dikhabarkan kisah percintaan sepasang kekasih yang sebelum ini dahulunya rival tenis dan masing-masing cuba meraih kemenangan walaupun berbeza jantina. Namun si gadis sudah jatuh cinta pada lelaki itu jadi dia menggunakan kelebihannya demi menarik perhatian lelaki yang disukainya iaitu rivalnya sendiri. Dan akhirnya, mereka berjaya bersama dan hidup bahagia.

Hanya cerita semata-mata sekadar ingin mengisi waktu sepanjang Halilintar berjalan ke kelasnya sahaja. :v

Sebaik sahaja tiba di kelasnya, Halilintar meletakkan beg sekolahnya lalu mendudukkan dirinya di atas kerusi kelasnya sambil menghela nafas. Penat naik tangga hingga tingkat 3. Earphone yang berada di telinganya terus dibuka dan dia menyandarkan dirinya di tingkap kelas. Strategik dengan kedudukannya yang duduk di penjuru kelas yang berdekatan dengan tingkap.

"Yo, Hali! Tahniah dude kau menang semalam! "

Salah seorang rakan sekelas Halilintar atau lebih senang cakap ialah sahabatnya sendiri iaitu Taufan datang menyapa. Di tangannya jelas kelihatan sebuah kotak minuman Milo dan sebungkus roti berkrim sebagai sarapan paginya.

Halilintar hanya mengangguk sebagai membalas ucapan tahniah dari sahabatnya. Selebihnya dia lebih menyibukkan dirinya dengan termenung.

Taufan mengambil tempat duduknya iaitu di sebelah Halilintar lalu menikmati sarapan paginya pada hari itu. Tinggal 30 minit lagi sebelum kelas bermula.

"Oh ya. Aku dengar lawan kau sama lagi. Orang yang kau lawan juga sebelum ni, kan? "

"Hn. "

"Siapa nama dia? Kau ada cerita dekat dia juga tapi kau tak pernah pun sebut nama dia. Orang sama betul-betul, kan? "

"Haih. Yelah. Nama dia Gempa. "

"Oh, nama Gempa? Wow! Kebetulan ke apa ni weyh? Nama dia Gempa, kau Halilintar. Aku Taufan, lepastu Blaze dan Ais! Wow! "

"Hmm.. Nama je pun. Mana tahu tu bukan nama sebenar dia? "

Taufan berpaling ke arah Halilintar semula dengan pandangan hairan. Kunyahan roti yang ada di dalam mulutnya serta-merta terhenti.

"Bukan nama sebenar? Bukan ke kalau menyertai apa-apa pertandingan kena letak nama sebenar? "

"Tak. Pengadil dalam perlawanan tak pernah pun sebut nama kitorang. Dia sebut nombor yang didaftarkan dan nama apa-apa je yang kita letak. "

"Oh, jadi kalau aku join masuk, lepatu aku letak nama aku sebagai Kuali Terbang pun diorang tak kisah? "

Halilintar sekadar mengangguk. Dia tahu bahawa Taufan sedang melawak tapi dia tiada mood untuk memberi respon. Lagipun, memang dia tak pernah ketawa pun dalam jenaka Taufan.

"Wow! Siyes Ah?! Eh, yang Gempa tu, kan. Dia kuat ke? "

Taufan memandang ke arah Halilintar dengan pandangan teruja. Dia cukup ingin tahu akan pihak lawan Halilintar kerana dia sering mendengar desas-desus para pelajar dan para peserta yang ikuti pertandingan taekwondo bersama Halilintar bercerita tentang pihak lawan Halilintar yang bernama Gempa itu. Katanya kuat. Jadi, sebagai kawan baik Halilintar, Taufan juga ingin mendengarnya sendiri dari mulut Halilintar sebagai orang yang sendiri merasainya.

Halilintar terdiam seketika sambil cuba mengingat kembali akan memori pertandingan kelmarin. Bila diingat balik akan tumbukan keras Gempa, memang Halilintar mengaku yang ia cukup menyakitkan. Setiap serangan yang diberikan oleh Gempa cukup padu dan menyakitkan. Tetapi Halilintar beruntung kerana Gempa sama sekali tidak menyerangnya di bahagian muka. Jadi dia masih dapat terus ke sekolah walaupun badannya yang sakit-sakit.

"Hmm... Boleh lah. Tapi dia selalu fokus dengan tumbukan saja. Jadi serangan dia tak kuat sangat. "

"Siyes Ah? Jadi dia mesti kena datang dekat dengan kau, kan? Kau sempat tak tengok muka dia? "

"Tak. Tapi... Sebelum balik kelmarin aku ada jumpa dia lepas latihan. Dan... "

Ingatan Halilintar terus mengingatkannya tentang iris emas milik Gempa. Iris emas madu yang cukup manis dipandang lama-lama. Ditambah pula matanya yang bulat.

"Dan apa woy? "

Persoalan tiba-tiba Taufan membuatkan Halilintar tersedar. Dia segera berpaling ke arah Taufan dan dia juga ternampak 2 lagi kawannya masuk ke kelas. Blaze dan Ais.

"Yow! Apa yang korang gosipkan tu?! Nak join!! "

Blaze dengan gembiranya melompat seperti seekor arnab lalu mendekati Halilintar dan Taufan. Di belakangnya diikut rapat oleh Ais yang nampaknya baru sahaja sampai ke sekolah bersama Blaze kerana mereka berdua masih lagi memikul beg sekolah. Tetapi wajah Ais nampaknya masih mengantuk.

"Pagi! Tak, tadi tengah bercerita pasal rival Hali kelmarin. Ingat lagi tak lawan Hali dalam setiap perlawanan taekwondo tu? "

"Oh? Yang Hali kata tumbukan dia tu kuat gila? Ingat! Apa nama dia weyh? "

"Hali kata nama dia Gempa. Entah memang nama betul ke palsu sebab pertandingan tu boleh je terima nama palsu. "

"Oh, ok... Jadi, apa korang bualkan? "

"Tadi aku tanya Hali, sempat tak tengok muka Gempa tu. Sebab yelah, kalau lawan sparing diorang kena pakai pelindung kepala jadi wajah tak nampak sepenuhnya. Jadi Hali? "

Taufan memandang ke arah Halilintar semula dengan pandangan ingin tahu. Blaze juga tidak ingin melepaskan peluang untuk ambil tahu lalu dia pun turut menarik kerusi mendekati Halilintar supaya dapat mendengar dengan lebih dekat. Manakala Ais pula hanya kekal di tempat duduknya sambil mendengar.

"Uuhh... A-aku tak ingatlah. "

Serta-merta wajah teruja Taufan dan Blaze pudar. Masing-masing mengeluh kesal.

"Alaaa..! Apsal pula?! Ish, tak boleh jadi ni! Blaze, tahun depan kita ikut Hali bertanding nak? "

"Siyes Ah?! Jom! Aku nak! "

"Yosh! Tahun depan kita jumpa Gempa balik!!! "












Another cliche part yang Author sengaja nak percepatkannya. Aaahh!! Malas nak taip panjang-panjang dan lama-lama! 😣

So korang layan jelah tahap kemalasan Author yang jenis nak cerita cepat siap ni, ya? 😅

Btw, korang nak cerita ni tamat macam mana? Mesti banyak yang nak happy ending, kan? Tapi nak soft yaoi atau...? 😉

Champion! [✅✔✅]Where stories live. Discover now