1 Minggu Kemudian
Halilintar turun dari bas sekolahnya dengan memakai t-shirt kasual dan berseluar uniform taekwondo. Dia memikul beg supremenya di belakang dan ditangannya sudah tersedia sebotol minuman yang saiznya sebesar 2 liter. Topi di kepalanya menutup wajahnya yang kelihatan teruja dan sudah lama menanti-nantikan suasana sebegini. Dia tidak tahu kenapa tetapi hatinya mula bergelora dengan pelbagai jenis perasaan. Teruja, gembira, risau, resah, gelisah dan banyak lagi. Jujur sahaja Halilintar mengaku bahawa inilah kali pertama dia merasai pelbagai perasaan untuk pertandingannya kali ini.
"Yoooooo!! Kita dah sampai!!! "
Suara sorakan gembira Taufan danBlaze menarik perhatian pelajar-pelajar lain di sekeliling mereka. Ais hanya mampu menutup wajahnya kerana malu. Dia memasang earphone di telinganya lalu berjalan mendekati Halilintar.
"Jadi... Di sini kau selalu bertanding? Boleh tahan luas. "
Ais melihat kawasan di kompleks sukan itu. Memang luas seperti apa yang diperkatakan oleh pelajar-pelajar yang pernah datang ke sini. Jauh mata memandang.
Cikgu Kaizo mula mengetuai rombongan mereka untuk menuju ke tempat yang telah disediakan khas untuk para pelajar. Sebaik sahaja mereka selesai meletakkan barang-barang masing-masing. Halilintar dan pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan taekwondo mula mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran dan bersedia dengan uniform taekwondo. Sambil-sambil memakai uniformnya, Halilintar mula melilau mencari kelibat Gempa. Orang yang selama ini ditunggu-tunggu.
Tetapi Halilintar tidak menemuinya. Perasaan tidak sedap mula muncul dalam hati Halilintar. Namun dia cuba untuk mengabaikannya.
"Mungkin diorang tak sampai lagi kot. "
Halilintar mula kembali ke kumpulannya dan bersiap untuk bertanding.
"Hali, mana budak yang kau selalu ceritakan tu? Ada jumpa? "
Halilintar terdiam seketika. Dia sebenarnya tidak pasti. Gempa sertai ataupun tidak pertandingan untuk kali ini?
"Entah. "
Itu sahaja yang mampu Halilintar perkatakan. Kawan-kawannya yang lain hanya mampu mengeluh kecewa. Padahal mereka sanggup membayar tambang bas sekolah kerana ingin berjumpa dengan Gempa. Dan paling teruja ialah mereka sendiri ingin melihat bagaimana perlawanan antara Halilintar dan Gempa. Jika Halilintar sendiri kata yang Gempa itu kuat, memang kuatlah Gempa.
"Korang, macam ni. Aku nak minta tolong korang boleh? "
Halilintar berpaling ke arah kawan-kawannya. Yang lain hanya menumpukan perhatian mereka pada Halilintar. Menunggu apa yang bakal dipinta oleh Halilintar. Jarang Halilintar meminta pertolongan. Jadi, mereka agak teruja untuk mengetahuinya.
"Aku akan bertanding straight untuk hari ini. Pattern individu, pattern berpasangan, sparing berkumpulan, sparing individu dan ada beberapa lagi pertandingan yang lain. Jadi, aku nak korang tolong carikan Gempa sepanjang aku bertanding tu. Sebab perlawanan aku dan dia (kalau dia bertanding) biasanya berlangsung pada akhir jadual. Dan cara korang nak kenal dia senang je. Dia seorang sahaja ada iris emas."
"Iris emas? K-kau betul-betul ke? Mana wujud iris macam tu! "
"Eleh, jangan cakap sebaranganlah. Iris kita semua pun warna lain dari yang lain. "
"Hm. Korang faham kan? Warna emas tau! Aku tak nak korang merayau pun. Cuma... Kalau terjumpa just bagitahu aku. Aku nak tahu dia sertai atau pun tak pertandingan kali ni. Tu je. Kalau korang terjumpa dia, bagirahu aku. Faham? "
Yang lain mengangguk faham. Sebenarnya mereka sedikit kagum dengan Halilintar. Tidak pernah Halilintar begitu bersungguh-sungguh dalam ingin mencari Gempa. Pasti Gempa sangat istimewa sehingga Halilintar begitu ingin menemuinya. Hebat kau Gempa!
YOU ARE READING
Champion! [✅✔✅]
Fanfic[COMPLETE] Saja letak tajuk macam tu sebab nak kasi bunyi cool sikit. Lol Terasa nak buat cerita lain daripada yang lain. Uwu Based on real life experience and the idea suddenly popped out! Ok! Hope ya, enjoy! But... WARNING! HaliGem (as usual b...