1 TAHUN KEMUDIAN
Segalanya berakhir. Halilintar gagal untuk menemui Gempa. Gempa hilang dari pandangannya. Halilintar tidak dapat terima hal itu. Dia rasa cukup serba salah kerana telah merosakkan impian Gempa dan menghentikan Gempa dari apa yang dia suka. Walaupun dia tidak tahu benarkah Gempa suka ataupun tidak dengan taekwondo, tetapi dia cukup yakin bahawa menjuarai dalam pertandingan taekwondo mungkin adalah salah satu impian Gempa juga. Dan Halilintar telah merosakkannya.
Walaupun Gempa sudah tiada dalam pandangan Halilintar, tetapi dia masih digambar indah di dalam ingatan Halilintar. Dan ia sangat menyakitkan.
Pertandingan taekwondo masih lagi dijuarai oleh Halilintar. Cuma untuk pattern berpasangan dia terpaksa meminta pengganti kerana terlalu sedih dan kecewa kerana gagal menemui Gempa. Untung dia ada Taufan, Ais dan Blaze bersama. Jadi merekalah yang memujuk Halilintar supaya dia bertenang dan fokus untuk pertandingan buat sementara.
SPM juga sudah lepas. Halilintar cuba untuk fokus dan keputusannya sudah cukup memuaskan. Sekarang, tiba masa untuk Halilintar melangkah masuk ke dalam era baharu. Era universiti.
Walaupun sudah setahun berlalu tetapi Halilintar masih tidak dapat terima kenyataan bahawa dia masih mengingati Gempa.
Dirinya juga tertanya. Kenapa dia sangat memikirkan Gempa? Kenapa sangat ingin bertemu dengan Gempa? Kenapa? Banyak soalan yang ada dalam kepalanya tapi dia masih tidak dapat menemui sebabnya.
"Hali! "
Halilintar berhenti melangkah apabila dia mendengar seseorang memanggilnya. Dia segera menoleh dan menemui 2 orang mahasiswa yang sama course dengannya. Solar dan Thorn.
Mereka berdua berjalan mendekati Halilintar lalu menghulurkan sepucuk surat kepadanya. Halilintar menerimanya dengan hairan.
"Apa benda ni? "
"Tu jadual latihan taekwondo yang kau selalu tanya hari tu. Kau tanya sangat kan ada ke tak taekwondo dekat universiti ni? So aku dan Thorn tanya lecturer dan dia kata ada. Dia bagi surat jadual ni. "
Halilintar hanya menganggukkan kepalanya. Dia pun membuka surat tersebut dan membacanya.
"Baiklah, aku dan Thorn nak pergi cafe. Kau nak join? "
"Tak. "
"Ok. "
Sebelum mereka beredar, Thorn sempat berjalan mendekati Halilintar lalu menunjukkan sesuatu di surat tersebut.
"Hali akan mengajar diorang tau. Sebab Hali kan black belt? Dan akan ada beberapa orang lagi dari universiti lain datang untuk mengajar. Mereka pun black belt. Jadi Thorn rasa Hali takde masalah, kan? "
"Hn. "
"Ok, Thorn dan Solar pergi dulu, ya? Taufan, Blaze dan Ais pun ada dekat cafe. Bye! "
Halilintar hanya membalas dengan anggukkan sahaja. Dia lebih fokus pada surat yang dibacanya sekarang.
"Patut tak aku pergi jenguk? "
Dan tanpa berfikir panjang, Halilintar pun mula membuka langkah untuk ke sebuah bangunan yang menjadi pusat latihan taekwondo.
Kini, Halilintar telahpun masuk ke dalam bangunan tersebut. Jaraknya dari kampus hanya 15 minit dengan berjalan kaki sahaja. Dan tidak jauh dari pusat latihan ini terdapat juga universiti lain yang Halilintar rasa jaraknya hanya 20 minit jika menaiki kenderaan.
Halilintar dapat mendengar beberapa suara yang dia rasa mungkin adalah pelajar yang ingin masuk untuk latihan. Dan apa yang mengejutkannya adalah dia mendengar suara yang baginya familiar dengannya.
YOU ARE READING
Champion! [✅✔✅]
Fanfiction[COMPLETE] Saja letak tajuk macam tu sebab nak kasi bunyi cool sikit. Lol Terasa nak buat cerita lain daripada yang lain. Uwu Based on real life experience and the idea suddenly popped out! Ok! Hope ya, enjoy! But... WARNING! HaliGem (as usual b...