"Huuuuh... "
Halilintar menghabiskan minuman mineralnya dengan sekali teguk memandangkan botol itu sudah hampir habis. Dan sebaik sahaja ia habis, Halilintar terus melemparkan botol tersebut ke dalam tong kitar semula dan ia tepat masuk ke dalamnya dengan mudah. Halilintar tersenyum kecil kerana berjaya memasukkan botol tersebut dengan tepat.
Kaki mula melangkah menuju ke sekitar luar dewan arena kerana memandangkan segala pertandingan yang didaftarkan oleh Halilintar sudah tamat jadi sekarang dia ada waktu yang terluang sebelum peserta dan pengurus sekolahnya akan bersiap pulang.
Halilintar melihat jam tangannya. Jam 5 petang. Walaupun sudah lewat tapi bahang panas matahari masih dirasai. Ditambah pula Halilintar masih memakai pakaian uniform taekwondonya walaupun hanya seluar dan dia hanya memakai baju t-shirt biasa sahaja.
Dengan sambil lewa Halilintar berjalan tanpa hala tuju. Dia menikmati suasana kompleks sukan yang ada di bandar negerinya. Cukup luas untuk memenuhi segala permainan yang boleh dimainkan. Arena tempat Halilintar bertanding tadi adalah arena yang turut dikongsi dengan pertandingan karate dan judo. Manakala di sebelah bangunan arena seni mempertahankan diri pula adalah dewan pertandingan badminton dan ping pong. Di sebelahnya pula adalah tempat pertandingan tenis dan tidak jauh dari situ pula lapangan padang yang sesuai dengan pelbagai jenis acara sukan dan permainan seperti larian 100 meter, 4 x 100 meter dan banyak lagi. Memang seperti namanya yang dipanggil Kompleks Sukan Pulau Rintis. Segala jenis sukan dan permainan boleh dimainkan di sini.
THUD!
PANG!Terhenti langkah Halilintar apabila dia terdengar bunyi pukulan kuat pada punching bag. Dia cuba memfokuskan pendengarannya sekali lagi dan dia dapat menjejaki bunyi asal suara itu.
"Lagi! Kuat lagi!! Apahal kamu lemah sangat, hah?! "
Halilintar mengintai di sebalik dinding yang terdapat di situ dan melihat siapa yang ada di sebaliknya.
Dan memang tidak disangka, Halilintar menemui pihak lawannya yang dilawannya tadi. Gempa.
Kelihatan lelaki itu cukup hebat sekali menumbuk dan menendang punching bag yang tergantung di siling. Memang biasa kalau kompleks sukan menyediakan kelengkapan sukan untuk digunakan dalam latihan. Namun, apa yang tidak disangkakannya ialah dia dapat bertemu semula dengan lawannya yang masih dia ingat dia cukup kuat. Sangat.
"KENAPA KAMU LEMAH SANGAT, HAH?! DAH PUAS KALAH?! AKU NAK KAU TENDANG LAGI! KUAT LAGI! JANGAN FOKUS PADA TUMBUKAN SAHAJA! TENDANG! TENDANG!"
"Urgh- B-baik sir! "
Melalui pemerhatian Halilintar, dia dapat jangkakan bahawa lelaki separuh usia yang berada di belakang Gempa adalah jurulatihnya. Dan beberapa orang pelajar yang lengkap dengan uniform taekwondo mungkin datang dari sekolah yang sama. Tetapi mereka sama sekali tidak mempedulikan keadaan Gempa. Mereka malah memandang dan tersenyum seperti sedang mempersendakannya.
BANG!!
"Argh-!!!"
"Ckh! Sudah! Aku nak kau rehat 20 minit! Yang lain, cepat bersiap untuk latihan buat seketika sebelum kita bertolak balik! Cepat!"
"Baik, sir! "
Para peserta yang duduk tadi mula berdiri dan membuat barisan di hadapan jurulatih tersebut. Manakala Gempa pula segera mendapatkan beg miliknya dan keluar dari tempat latihan tersebut.
Gempa terus membelok ke kiri dan berjalan tanpa henti menuju ke taman mini yang ada tidak jauh dari kawasan tempat latihan tersebut. Halilintar pula tanpa berfikir panjang terus berlari mengekori Gempa dari belakang. Dia tidak terfikir pun untuk mengikuti Gempa tetapi gerak hatinya memaksanya untuk ikuti lelaki itu.
YOU ARE READING
Champion! [✅✔✅]
Fanfiction[COMPLETE] Saja letak tajuk macam tu sebab nak kasi bunyi cool sikit. Lol Terasa nak buat cerita lain daripada yang lain. Uwu Based on real life experience and the idea suddenly popped out! Ok! Hope ya, enjoy! But... WARNING! HaliGem (as usual b...