*Tahun 2019....*
Balai Polis Tasek Gelugor....
"Ya puan. Ada apa yang boleh saya bantu? "
"Tolong saya tuan.. Anak saya dari semalam tak balik-balik rumah lagi...
"Makcik sabar ya... Kami akan usahakan.. "
Suasana di balai polis sangat kecoh apabila mereka digemparkan dengan kehilangan lima remaja Yang tidak pulang ke rumah sejak semalam. Inspektor Azman, Yang mengendalikan kes ini berasa pelik dan curiga kerana kes ini sangat ganjil.
"Takkan mandi kat sungai sedim tu tak balik-balik? Rumit kes ni... Kamarul, kerahkan semua unit kesana segera! "
"Baik tuan. "
Inspektro Azman terus mengambil kunci kereta dan memecut laju keretanya ke tempat kejadian.. Kelihatan semua anggota giat menyiasat kes ganjil ini. Amat tenang suasana disini. Kedengaran arus sungai mengalir. Tenang.
"Fuhhh, lama dah tak mai sini.. Tenang ja rasa.. "
Tanpa mereka sedari ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka dari jauh. Matanya merah bak bijik saga. Merenung dengan tajam sekali!!
*Tahun 1998.....*
Malam itu hujan turun dengan lebat membasahi bumi. Kilat sabung-menyabung di langit. Menakutkan. Langit malam itu tidak kelihatan bintang-bintang dan bulan membuatkan suasana menyeramkan malam itu. Di hujung kampung terletaknya sebuah rumah yang terpencil di hujung kampung. Suasana rumah itu gelap. Hanya kelihatan cahaya lilin yang malap di dalam rumah itu. Asap berkepul-kepul memenuhi segenap ruang rumah. Kedengaran jampi serapah terkumat-kamit dari mulut Makcik Zaiton. Ritual pemujaan itu sedang berlangsung. Maya terbaring di hadapan Makcik Zaiton. Dendam dihatinya kian membara. Yaa!! Aku ingin membalas dendam!! Tiba-tiba nyalaan lilin terpadam. Suasana kelam. Bulu roma Maya tegak berdiri.
"Makcik? Makcik okay tak? Makcik? "
Berkali-kali Maya menyeru nama Makcik Zaiton tapi tidak disahut olehnya.
"Arghhhhh!!! "
Darah menitik membasahi lantai. Makcik Zaiton menyeringai setelah menikam Maya dari belakang. Kedengaran suara-suara halus berbisik-bisik diselangi jeritan nyaring Maya.
"Makcik kenapa buat Maya macam ni? "
"Mintak maaf nak... Untuk kau membalas dendam kau harus mati dahulu. Setelah itu kau boleh membalas dendam sampai bila-bila... Hihihi... "
"Kk-ke nnaa paa makcik?? Ss-samm ppp-pai hati makcik... "
"Makcik mintak maaf.. Ni syarat dia nak... Lepas ni kau boleh membalas dendam selama-lamanya!! "
Nafas Maya tercungap-cungap.. Tanpa belas kasihan Makcik Zaiton merobek dada Maya. Maya menjerit meminta ihsan tapi tidak diendahkan. Jasad Maya terkaku disitu tanpa roh. Jantung diambil dari tubuh Maya. Makcik Zaiton meratah jantung itu dengan lahapnya.
Tiba-tiba.....
*Tahun 2019....*
Siang berganti senja. Anggota polis masih berusaha untuk mencari lima remaja yang hilang tanpa jejak.
"Mana laa diorang ni hilang? Sampai takde jejak langsung... Ini pelik dah ni.... "
Inspektor Azman buntu. Tiada jejak Yang ditemui. Selang beberapa ketika kedengaran suara seseorang mengilai nyaring di dalam hutan.
"Semua unit bergerak kesana segera!!! " arah inspektor Azman.
Tanpa mereka sedari mereka semua didalam bahaya.......
################################
YOU ARE READING
MATI
Mystery / Thriller"Aku kembali menuntut hak aku !!! Aku kembali membunuh keturunan mu !!! Aku kembali menyesatkan mu !!! Aku kembali menghancurkan mu !!! Wahai manusiaaa!!!! HAHAHHAHAH!!!!" Lima orang remaja melawati sebuah hutan lipur di Kedah. Tanpa mereka sedar hu...