*Tahun 1998.......*
Kelihatan darah mewarnai jalan tar yang hitam itu . Jika dilihat sangat mengerikan. Bahagian hadapan van hancur dibelah sebuah kereta. Kedengaran satu suara meminta pertolongan. Sayup-sayup kedengaran.
"Ttt-tolongg...... " terketar-ketar Ustaz Nizam meminta pertolongan . Peritnya sakit bukan kepalang. Dadanya ditembusi sebatang besi. Mukanya pula berdarah akibat kaca daripada tingkap van yang pecah. Dia tersepit didalam van tersebut. Seketika, kedengaran hilai tawa jauh dari van. Semakin lama, ia mendekat. Dirinya hanya mampu berdoa dan mengucap. Dia merasakan ajalnya sudah tiba.
"Hihihihi...... Sakit ke? " tanya satu suara.
Dia kenal akan suara itu. "Makcik Zaiton". Kemudian, muncul satu susuk tubuh dihadapannya. Mukanya tidak kelihatan dek terlindung dengan rambutnya yang mengurai panjang. Kukunya panjang dan tajam. Perlahan-lahan susuk itu mendekati dirinya.... Tangannya diletakkan betul-betul dijantung dia.
"Hihihi dah bersedia nak jumpa tuhan kau?? " ujar susuk itu.
"Lailahaillah... Siapa kau wahai makhluk laknatullah?? " tanya imam.
"Hihihi.... Malapetaka ummat Muhammad.... Hihihi... " balas suara tersebut.
Perlahan-lahan kukunya yang tajam itu menusuk kedalam dada Ustaz Nizam. Darah memancut keluar. Dia hanya mampu mengucapkan kalimah syahadah sambil menahan pedihnya sakaratulmaut. Jantung Ustaz Nizam dirobek. Jasadnya terkulai tidak bernyawa lagi. Jantungnya diratah dengan rakus boleh susuk tubuh itu. Tidak lama kemudian ia menghilangkan diri.
Lima belas minit kemudian....
Penduduk kampung tiba dilokasi kejadian. Darah menyimbah disegenap jalan. Mereka segera memeriksa van jenazah tersebut.
"Ustazzzz!! " jerit seseorang.
Semua penduduk kampung menggerumuni tempat tersebut. Keadaan Ustaz Nizam amat menyayat hati. Jantungnya berlubang, dadanya tersusuk dengan sebatang besi, dan berlumuran darah dimukanya. Salah seorang penduduk segera menelefon ambulan. Sedang mereka menggerumuni tempat tersebut, satu susuk hitam menyeringai diatas pokok dengan darah pekat memenuhi bibir dan tangannya.
Malapetaka baru sahaja bermula!
*Tahun 2019.......*
Sapa hang? Awat hang nak kacau kami? " tanya Azman.
"Hihihi.... Aku kacau engkau? Wahh... Hihihi.... " balas susuk tubuh itu.
"Apa hang mau?" tanya Azman kembali.
"Ddd-daraaahhhhhh!!! Hihihi.... " balasnya.
Azman tahu mereka didalam bahaya. Azman mengarahkan seluruh anggotanya tidak berganjak kemana-mana. Azman dan Arman mula membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Moga-moga syaitan ini tidak mampu mengapa-apakan mereka.
Di sebuah kampung...
"Semua, siap sedia... Malapetaka yang nenek moyang kita khabarkan dah tiba. Siapkan semua peralatan.. "
"Baik... "
Pak Tahir, waris kepada Ustaz Nizam menyedari bahaya yang sekian lama dirisaukannya sudah kembali. Orang-orang kampungnya telah berjaya mengurung makhluk itu didalam hutan tersebut dan menjadikannya kawasan larangan. Tetapi, ada manusia yang sudah memasuki hutan berpuaka ini. Sudah menjadi tanggungjawabnya menyelamatkan mereka yang memasuki hutan tersebut.
Didalam hutan.....
"Arghhh!!! " jerit Salah seorang anggota.
Darah terkeluar dari mulutnya. Perutnya ditikam oleh susuk tubuh tersebut. Azman dan Arman kaget.
"Semua, baca ayat apa yang hampa hapai!! Ingat Allah!! " arah Azman.
"Hihihihi... Kau lemah wahai cucu Adam. Kau hanyalah tanah yang hina!!! Tidak layak aku sujud pada engkau!! Aku lebih berkuasa dari engkau!! " ujar susuk tersebut.
"Hehh.... Kalau engkau hebat, mengapa engkau dilaknat than selama-lamanya? " tanya Azman. Sinis.
"Arghhhh kau mahu melawan aku anak Adam!!! Mari lihat siapa yang lebih mulia!! Hahahah!! " balas susuk itu.
"Aku berlindung dengan-Mu Ya Allah dari syaitan yang direjam. " doa Azman. Hanya Allah tempatnya bergantung sekarang ini.
"Bismillahirrahmanirrahim...... "
################################
YOU ARE READING
MATI
Mystery / Thriller"Aku kembali menuntut hak aku !!! Aku kembali membunuh keturunan mu !!! Aku kembali menyesatkan mu !!! Aku kembali menghancurkan mu !!! Wahai manusiaaa!!!! HAHAHHAHAH!!!!" Lima orang remaja melawati sebuah hutan lipur di Kedah. Tanpa mereka sedar hu...