*Tahun 1998.....*
Hujan tidak berhenti menyiramu bumi. Tiada tanda-tanda ia akan berhenti. Bunyi guruh dan dentuman kilat menggegarkan seisi bumi. Seluruh kampung kecoh apabila kematian mengejut Makcik Zaiton mula tersebar. Darah pekat memenuhi segenap penjuru rumah. Bau hanyir darah amat meloyakan tekak sesiapa yang datang ke sini. Mayat Makcik Zaiton diangkat untuk dimandikan Dan dikhafankan. Namun, mayat Makcik Zaiton tidak dapat diangkat. Seolah-olah ada sesuatu Yang berat diatasnya. Semua Yang menyaksikannya kebingungan.
"Ishh, kenapa berat semacam ni? Dah ramai yang angkat ni... Tak berganjak langsung.. "Kata Pak Abu, ketua Kampung Sentosa.
"Hmm.. Aku pon tak tahu laa Abu. Ustaz Nizam, macam mana ni? "Soal Deris.
"Hmm mayat ni takkan berganjak selagi........... "
*Tahun 2018.....*
Langit sudah mulai gelap. Awan hitam menutupi langit menandakan hari akan hujan. Semua anggota polis masih giat mencari kelima-lima remaja yang hilang itu.
"Inspektor, hari nak hujan ni.. Apa kata kita sambung balik esok? " cadang Amran.
"Hmm, betul jugak.. Nanti terjejas anggota kita. Dalam hutan ni kita tak tahu apa yang ada. Arahkan semua anggota berpatah balik. " arah Inspektor Azman.
Hujan mulai turun membasahi bumi. Tiada bintang dan cahaya bulan yang menerangi hutan ini. Semuanya gelap gelita, menambahkan suasana seram hutan ini. Setelah tiga puluh minit berjalan, mereka kembali ke tempat asal mereka sebelum bertolak balik. Kesemua mereka berasa hairan.
"Inspektor,ada sesuatu yang pelik berlaku dekat sini."
"Ada apa Zack?"
"Kkkk-aaaa-mmmm-iiiii.........."
"Zack?"
Talian terputus. Secara tiba-tiba kesemua peranti elektronik mereka tidak berfungsi. Mereka hanya berbekalkan lampu suluh. Setelah hampir sejam berjalan mereka masih gagal menemukan jalan keluar. Jauh dari mereka, sebuah mata memerhati tajam. Penuh dengan dendam. Penuh dengan keinginan untuk membunuhhh!!
"Inspektor, bukan kita dah lalu sini?" tanya Amran.
"Haihh... Takkan dah sesat ni? So macam mana ni? " inspektor Azman mulai kebingungan.
Tidak jauh dari mereka, kedengaran suara seseorang menyanyikan lagu. Merdu iramanya. Leka apabila dihayati. Suaranya sayup-sayup sahaja tetapi kelas. Bulu roma skuad inspektor Azman mulai meremang. Mereka mengabaikan bunyi tersebut dan terus bergerak.
Hampir sepuluh minit berjalan lampu mereka terpadam. Gelap. Tiada apa yang mampu mereka lihat kecuali kegelapan. Semak samun berdekatan mereka mulai bergerak-gerak. Kemudian, bau hanyir darah menusuk ke hidung setiap anggota. Meloyakan. Hilaian tawa bergema. Jantung masing berdegup kencang. Sudahlaa tersesat, diuji begini pula.
Tiba-tiba hilaian tawa itu semakin Lama semakin menghilang. Bau hanyir darah tidak lagi berbau. Lampu menyala. Mereka bersyukur. Mereka teruskan berjalan. Tanpa mereka sedari, Salah seorang anggota mereka telah hilangg!!
################################
YOU ARE READING
MATI
Mystery / Thriller"Aku kembali menuntut hak aku !!! Aku kembali membunuh keturunan mu !!! Aku kembali menyesatkan mu !!! Aku kembali menghancurkan mu !!! Wahai manusiaaa!!!! HAHAHHAHAH!!!!" Lima orang remaja melawati sebuah hutan lipur di Kedah. Tanpa mereka sedar hu...