CHAPTER 4

25 2 0
                                    

*Tahun 1998.......*

"Kamu semua akan mati... Hihihi..."

"Ajal dan maut di tangan tuhan.. Bukan kau Yang menentukannya syaitan laknatullah!! " kata imam.

Namun, syaitan didalam badan Makcik Zaiton amat kuat. Ia lantas bertindak menyerang imam. Imam pantas mengelak serangan daripadanya. Imam membuka kekuda, bersedia dengan sebarang bentuk serangan sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

"Siapa kau wahai syaitan yang dilaknat? Dari mana asal kau? Tinggalkan badan dia. Kembalilah ke tempat dari mana kau datang! "

"Hihihi.... Manusia ini sudah berjanji kepadaku. Badannya milikku!! Hahaha!!.. "

"Tubuhnya bukan milik kau. Ia milik Allah. Keluarlah kau dari tubuhnya!! "

Imam mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Manakala penolong-penolongnya memegang dan melaungkan azan. "Makcik Zaiton" menjerit. Kulitnya mula menggelupas. Urat-urat hitam timbul diseluruh badannya. Matanya terbeliak memandang imam. Semua jemaah yang berada disitu mulai ketakutan. Semuanya turun kebawah rumah membiarkan imam menyelesaikan tugasnya.

"Allahuakbar!!! "

Serta-merta Makcik Zaiton terkulai lemah. Jasadnya sudah tidak bernyawa. Kedengaran satu suara menjerit lantang menggegarkan seluruh isi rumah.

"Kau manusia!! Aku akan hancurkan seluruh kuturunan Adam. Aku akan sesatkan mereka!!! Aku akan memastikan mereka menjadi pengikutku di neraka nanti!!! Hahaha!! "

Senyap. Tiada lagi suara garau tersebut. Orang ramai yang hadir kecut perut. Tiada siapa Yang berani untuk naik ke rumah. Setelah jenazah siap diuruskan dan dikhafankan, jenazah dibawa ke masjid untuk disolatkan. Dalam perjalanan, tiba-tiba keranda bergegar dengan sangat kuat didalam van. Semua yang ada didalam van terkejut dan takut. Imam serta merta membacakan doa, memohon agar Allah mempermudahkan urusan mereka. Van terus memecut laju untuk ke masjid. Sebuah kereta dari arah bertentangan juga memecut laju. Secara tiba-tiba kereta tersebut menyimpang kearah van jenazah.

"Allah!!! "

*Tahun 2019...*

Mereka meneruskan perjalanan tanpa menyedari malapetaka akan berlaku. Didalam hutan yang gelap itu, mereka berjalan mengikut naluri mereka sahaja. Tidak tahu arah yang mereka ingin tuju. Langkah mereka ditemani bunyi-bunyian daripada penghuni hutan. Sungguh menyeramkan suasana ketika ini.

"Inspektor, macam mana ni? Tak jumpa pon jalan keluaq. " ujar Arman yang sudah buntu.

"Hmm entahlaa Arman. Aku pon dah buntu dah. " ujar Azman. Kecewa.

"Tuan, Munir hilangg!! " jerit salah seorang anggota.

"Haaa!! Hang jangan nak melawak dalam hutan ni!! " marah Azman.

"Betui tuan. Takdak dah ni.. " balas anggota tersebut.

Inspektor Azman buntu. Fikirannya serabut. Lima orang remaja itu pun belum dijumpai. Kini, salah seorang anggotanya pula hilang.

"Boleh hubungi kumpulan dua? " tanya Azman.

"Tak boleh tuan... Telefon tak berfungsi. " balas seorang anggota.

"Ishh, semua berpecah. Buat dua kumpulan. Satu kumpulan cari Munir. Satu lagi cuba cari kumpulan dua. Faham? "

"Faham tuan!! "

Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan dianggotai empat orang. Inspektor Azman mengetuai kumpulannya mencari Munir. Mereka terus bergerak menyelusuri kepekatan malam didalam hutan itu. Sepasang mata memerhati mereka dari jarak jauh. Kelihatan satu jasad tergantung diatas sebatang pokok. Perutnya terburai menampakkan ususnya. Darah menitik diatas lantai hutan. Matanya terbeliak. Sepasang mata yang memerhati mereka itu hilang dalam kegelapan malam sekelip mata.

Maut sudah berada didepan mereka...

################################

MATIWhere stories live. Discover now