NI NO NI NO NI NO~
Kedengaran bunyi siren ambulan semakin lama semakin menghampiri sekumpulan warga kota yang sedang mengerumuni suatu kejadian cemas.
Bunyi hujan yang lebat turut membasahi bumi pada ketika itu saksi kejadian menyayat hati tersebut.
"Fae, bangun sayang. Jangan tinggalkan saya." Seorang lelaki berpakaian kasual biru yang dipenuhi lumuran darah serta bajunya sudah lencun dek hujan lebat itu menangis sekuat hati menanti sang kekasih membuka matanya. Dalam hatinya masih berdoa agar perkara yang tidak diingini berlaku.
Fae kini terbaring kaku di pangkuan Hwall. Tidak sedarkan diri. Mukanya pucat seperti mayat. Mulut serta dadanya dipenuhi darah akibat tembakan oleh lelaki misteri sebentar tadi. Dengan kekuatan yang ada Hwall sedaya upaya mengejut Fae supaya dia tersedar.
"FAE PLEASEE...saya dah janji dengan Kevin nak jaga awak selamanya." ucap Hwall penuh berharap diselangi dengan tangisan esakannya. Tersedu-sedan dia mengucapkan kata-kata tersebut. Dia hampir kehilangan suara dek duka yang tidak dapat ditanggung.
Dia menggoncangkan tubuh Fae sekuat hati. Malangnya perbuatan itu hanya sia-sia. Fae tetap lemah longlai di tangannya sambil tidak sedarkan diri. Esakan tangis lelaki tersebut semakin kuat. Matanya makin kabur kerana sudah banjir dengan air mata. Melihat insan yang paling disayanginya tewas di hadapan matanya sendiri.
Lelaki misteri berpakaian serba hitam serta topi di kepala yang melepaskan tembakan pada Fae tadi sudah lama lenyap melarikan diri. Hwall tidak sempat mengamati siapa gerangan lelaki misteri tersebut. Dia pasti lelaki misteri tersebut ada kaitan dengan masa silamnya suatu ketika dahulu.
"Fae, maafkan aku. Ini semua salah aku." sambung Hwall lalu terus memeluk tubuh longlai Fae. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan. Sepatutnya dia yang dianiyai. Kenapa perlu babitkan Fae? Fae tak bersalah.
Sedang orang ramai sibuk menyaksikan kejadian tersebut. Suzy dan Younghoon turut bergegas berlari di celah-celah timbunan orang ramai tersebut untuk mendapatkan Fae dan Hwall.
"Hwall, macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Suzy sambil merentap kuat tubuh Hwall.
"Fae bangun!!!" Younghoon terkejut melihat mulut Fae dan tangan Hwall berlumuran darah.
Setengah jam lepas sebelum kejadian...
Malam itu Hwall dan Fae baru sahaja selesai daripada menonton wayang.
Keluar sahaja daripada perut mall tersebut Hwall terus mengangkat kedua tapak tangannya ke atas untuk memastikan hujan atau tidak kerana awan terlihat gelap tiada bintang serta guruh sudah berdentam-dentum.
"Alamak, dah gerimis lah. Tak lama lagi ni mesti lebat. Awak tunggu sini kejap ye. Jangan pergi mana-mana. Saya cari payung khas untuk tuan puteri saya yang cantik ni." arah Hwall yang hanya menyuruh Fae berteduh di luar mall. Tidak perlu masuk. Manakala dia berlari ke dalam perut mall tersebut untuk mendapatkan payung untuk mereka berdua.
Belum sempat Hwall membuka langkah untuk masuk kembali ke dalam mall tersebut, Fae sempat mencapai tangan kanan Hwall.
"Ala tak apa, kita redah je sama-sama."
"Awak ni degil lah. My Hime tak boleh kena hujan nanti sakit. Saya sayang awak. Tunggu saya kat sini tau. " Hwall kembali menghadap buah hatinya sambil memegang erat kedua belah tangannya. Sebelum melangkah masuk kembali sempat Hwall mengucup dahi Fae.
"Tunggu tau."
"Ok, I love you, bye" lambai Fae ke arah Hwall.
Hwall turut membalas lambaian Fae sebelum memusingkan badannya 180 darjah untuk masuk semula ke dalam mall mencari sekaki payung.
YOU ARE READING
Give you my heart (ADBY S2) [HOLD]
FanfictionPrevious from 'Angel Devil Beside You' now with season 2 represent to you 'Give you my heart' Setelah segala rahsia terbongkar. Akhirnya Fae menerima Hwall dengan sepenuh hati. Mereka berdua hidup bahagia di Tokyo. Yang sudah pergi tu biarkan ia ber...