10 tahun yang lepas...
"Miko, jom lah kita pergi taman permainan dekat depan tu. Kita main sorok-sorok nak tak? Abang bosan lah." Budak lelaki yang bersaiz badan agak gempal, usianya yang 3 tahun lebih tua daripada Fae itu meronta-ronta di atas sofa mengajak Fae bermain. Dia bosan sejak dari tadi Fae hanya melayan kartun doraemon yang ditayangkan oleh televisyen.
"Tak nak, abang ni kacau lah. Miko nak layan kartun favourite Miko pun tak senang." Fae memberi jelingan maut ke arah budak lelaki yang berada di atas sofa tersebut sebelum mengalih pandangannya semula pada kaca TV itu sambil memeluk patung bunny kegemarannya.
Fae dengan kartun kegemarannya itu iatu doraemon memang tidak boleh dipisahkan. Memang pantang dia jika dikacau atau diajak untu membuat benda lain ketika dia sedang menonton kartun jepun legend kegemarannya itu.
"Ish!!! kau dengan Nobita sama je. Dua-dua lembap dan membosankan." Budak lelaki tadi akhirnya bangun daripada pembaringan dan menuju ke belakang Fae. Akibat terlalu geram dengan adik sepupu yang tidak melayannya itu, ditarik rambut Fae sekuat hati sebelum beredar keluar daripada rumah tersebut.
"Eh kau Giant, dasar pembuli." Jerit Fae sambil membaling bantal ke arah budak lelaki tersebut. Malangnya bantal itu tidak mengena sasaran. Budak lelaki gempal itu sempat menutup pintu sebaik sahaja keluar dari rumah tersebut.
Fae kembali menghadap televisyen dengan aman.
"Bagus kau keluar. Aman sikit hidup aku nak tengok TV. Suka hati akulah nak tengok apa. Daripada ngadap muka kau yang menyakitkan hati tu baik aku tengok Nobita bodoh tu." Fae bersyukur abang sepupunya kini tidak lagi menganggu ketenteramannya menonton rancangan kartun kegemarannya. Fae rimas, selagi abang sepupunya itu tinggal bersamanya, 24 jam Fae kena melayan kerenah dan nafsu makan dia. Setiap orang ada minat masing-masing. Tak perlu kot nak mengutuk atau memaksa. Asalkan hidup kita bahagia.
🌹🌹🌹
"Sampai hati tak nak teman aku main. Tak apa aku boleh main sorang-sorang lah." Budak lelaki gempal itu mendengus kesal kerana Fae tidak mahu bermain dengannya.
Dia menyepak-nyepak ranting kayu sepanjang berjalan menuju ke taman permainan.
Setibanya di taman permainan, dia ternampak seorang budak lelaki kecil, kurus, dan agak muda daripadanya sedang bermain jongkang-jongket seorang diri di taman permainan tersebut. Dengan peramahnya dia memberanikan diri untuk menegur budak lelaki yang lebih muda daripadanya itu.
"Hai, boleh saya duduk? Kesian saya tengok awak tak terjongket-jongket dari tadi." Sapa budak lelaki gempal tu penuh mesra.
Budak lelaki kecil itu hanya memandangnya sepi. Tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya.
Suasana jadi janggal buat beberapa seketika.
"Bisu ke? Ada aku kesah. Aku nak duduk jugak." Tanpa perasaan malu budak lelaki gempal itu bersuara dan terus duduk di bahagian yang bertentangan dengan budak lelaki kecil tersebut.
Papan jongket menjadi tidak stabil. Budak lelaki kecil itu ternaik ke atas dan budak lelaki gempal itu berada di bawah. Terlihat segaris senyuman terukir pada bibir budak lelaki kecil tersebut.
"Cepat, awak pulak turun saya naik." Jerit si budak lelaki gempal itu penuh teruja. Budak lelaki kecil itu hanya mengikut. Kerana saiz badannya yang agak kecil dan ringan memerlukannya meloncat sedikit untuk bagi papan jongket itu turun.
YOU ARE READING
Give you my heart (ADBY S2) [HOLD]
FanfictionPrevious from 'Angel Devil Beside You' now with season 2 represent to you 'Give you my heart' Setelah segala rahsia terbongkar. Akhirnya Fae menerima Hwall dengan sepenuh hati. Mereka berdua hidup bahagia di Tokyo. Yang sudah pergi tu biarkan ia ber...