01

3.5K 352 10
                                    

just a short story :)
vote & comment anda
amat saya hargai.

main characters

the boyz's kim sunwoo
lee yeoreum as you/readers

the boyz's kim sunwoo lee yeoreum as you/readers

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

yeoreum’s pov

— classroom.

“ Kau serius nak buat macam ni, Yeoreum? Tak marah ke dia nanti? ”

Aku mengabaikan kata-kata Sookyung, sebaliknya meneruskan perbuatan aku. Aku masukkan ular palsu dalam sebuah kotak bersaiz kecil, lalu diletakkan di atas meja seseorang. Selesai saja urusan tadi, terus aku heret Sookyung ke tempat duduk kami.

“ Kau tak rasa ke ni melampau— ”

Shh! Jangan cakap kuat-kuat. Ni rahsia kita je, tau. Aku tak sabar nak tengok reaksi dia! ”

Aku tersengih, memerhatikan sekeliling. Takut-takut ada orang memerhatikan perbuatan kami. Phew, nasib baik hanya kami berdua. Tak salah lagi perancangan aku untuk datang awal ke sekolah semata-mata nak laksanakan prank ni. Sookyung dah tergeleng kepala, pasrah kerana terpaksa mengikut rancangan aku.

Apa yang aku tengah buat? Oh, aku tengah buat birthday prank untuk Sunwoo. Siapa Sunwoo? Lelaki muka cute tapi mulut celupar, savage dan asyik cari pasal dengan aku. Entah kenapa, dalam ramai-ramai manusia dalam sekolah ni aku juga yang jadi target bulinya. Bukanlah buli yang boleh jejaskan mental tu, cuma dia selalu ganggu aku, buat prank non-stop—

Malas lah nak ingat. Yang penting kali ni aku nak balas semula. Ala, setakat letak ular palsu dalam kotak hadiah apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan prank yang selalu dia buat pada aku?

But, aku bukanlah kejam sangat. Hadiah birthday Sunwoo yang sebenar aku dah sediakan awal-awal. Lepas dia kena prank nanti, aku bagilah padanya. Dia selalu sakat aku sekalipun, dia masih kawan aku. Ya, kawan sejak kecil. Childhood friend gitu.

━━━━━━━━━━━

published : 12th of April 2020.

prank. sunwooWhere stories live. Discover now