08

1.7K 299 72
                                    

yeoreum’s pov

— biology lab.

“ Tadi, aku tengok muka Mrs Kim macam bad mood je. Ish, seram! Kau rasa sebab apa ya? Jarang tau dia jadi bad mood. Pagi tadi elok je mukanya, sekarang ni masam mencuka. ”

Sookyung tunjuk muka resah semacam, dah mengetap bibir kerana takut. Classmates aku yang lain juga begitu, tak senang duduk bila dapat tahu Mrs Kim tengah dalam emosi terganggu. Aduh, ini yang aku nak elak sebenarnya. Kalau cikgu bad mood tiba-tiba, mesti masalahnya datang daripada pelajar.

“ Ke, sebab markah ujian kita bulan lepas teruk dan jatuh mendadak? ”

“ Tak pun, sebab kita lambat hantar buku pada dia? ”

“ Atau, kita ada buat salah padanya? Aduh, takutlah! ”

Bermacam-macam spekulasi yang mereka buat, tetapi aku masih kekal tenang sebab aku tahu aku tak buat apa-apa salah setakat ini.

Aku jarang lambat hantar buku pada cikgu, dan selalunya akulah orang pertama yang hantar buku padanya. Aku juga tidak pernah fail subjek biologi selama ini. So, cikgu jadi bad mood bukan berpunca dari aku, kan? Tapi, boleh jadi juga kalau markah ujian aku kali ini jatuh sehingga dapat gred F! Tiba-tiba saja perut aku rasa tak selesa, perasan takut menjelma tanpa diundang.

Eh, Mrs Kim datang! Cepat duduk! ”

Bergegas semua classmates aku duduk di tempat masing-masing. Senyap membisu tanpa sebarang perbualan. Hanya bunyi kipas sahaja yang kedengaran. Sebaik saja Mrs Kim masuk dan mengucapkan selamat pagi padanya, suara kuatnya mengejutkan aku.

“ Semua bawa keluar buku latihan sekarang. Saya nak check! Daripada minggu lepas lagi saya nak buku tu, tapi tak ada seorang pun hantar! ” Eh, habis tu macam mana dengan aku? Aku dah hantar awal-awal buku tu, siap letak atas mejanya lagi.

“ Yeoreum, mana buku awak? ”

Aku tersentak, memandang Mrs Kim dengan wajah takut. Aku sempat melirik ke kiri dan kanan, semuanya ada buku di atas meja! Hanya aku saja kosong, “ C–Cikgu, saya dah hantar minggu lepas. Saya letak atas meja cikgu— ”

“ Tak ada pun atas meja saya. ” Sarcastic saja suara Mrs Kim, makin takut pula aku dibuatnya. Aduh, menyesal pula aku hantar lebih awal.

“ Tapi, saya dah hantar! Betul, cikgu! Saya letak atas meja— ”

“ Saya cakap tak ada. Puas dah saya cari, Yeoreum. Ha, jadi macam mana sekarang ni? Awak seorang je tak ada buku, Lee Yeoreum. ”

Untuk pertama kali, Mrs Kim meninggikan suaranya pada aku. Tak pernah aku kena marah seteruk ini. Mrs Kim melepasi aku, beralih ke arah classmates aku yang lain. Dan, aku menahan air mata daripada jatuh mengalir.

Mustahil ia hilang sekelip mata tanpa jejak. Sunwoo ada sekali dengan aku ketika itu. Dia sendiri nampak aku letak buku latihan biologi atas meja Mrs Kim! Aku curi pandang ke arah Sunwoo, meminta pertolongan. Namun, hampa. Dia langsung tak pandang aku. Dia langsung tak pertahankan aku sedangkan dia tahu aku dah hantar buku tu sebenarnya.

Apa ni? Sampai hati dia biar aku kena marah macam ni.

“ Saya dah semak semua kertas soalan biologi untuk ujian bulan lepas. Teruk. Sangat teruk! Apa yang saya nak jawab pada pengetua nanti? Kamu ialah kelas target , tapi result ujian kamu teruk sangat. Saya kecewa sangat. ”

Mrs Kim menghamburkan kekecewaannya pada kami. Semua menunduk ke bawah, tidak berani nak mengangkat muka. Aku? Dah basah muka ni sebab air mata tak nak bagi kerjasama.

“ Dan kamu, Yeoreum. Kamu seorang saja gagal dalam ujian kali ni. Dapat 20 markah sahaja! Apa masalahnya, Yeoreum? Ada buat ulangkaji atau tidak? Kamu dah tak suka belajar biologi? Kamu nak saya call parents kamu dan bagitahu tentang result ni, Lee Yeoreum? ”

Tegas suara Mrs Kim menengking aku. Aku menggeleng kepala, laju. Serius, aku tak percaya semua ni berlaku pada hari yang sama. Gagal ujian biologi? Aku gagal? Sukar untuk aku terima kenyataan pahit ni. Tak nak. Aku tak nak parents aku tahu tentang ni. Mesti mereka kecewa sangat!

“ Yeoreum, jawab soalan saya! ”

“ S–saya— ” Aku hilang kata-kata. Aku tak tahu nak jawab aku. Jantung aku berdegup kencang kerana terlalu takut. Malu bila dimarahi depan classmates yang lain. Malu juga kerana aku seorang saja yang gagal subjek itu dalam ujian bulanan.

“ Saya tak tahu nak cakap apa lagi, Yeoreum. Jom, yang lain bangun sekarang. Kita belajar di makmal sebelah tanpa Yeoreum. Yeoreum, awak tinggal bersendirian di sini. ”

Mrs Kim terus mengangkat semua bukunya, begitu juga classmates aku yang lain. Sampai begini sekali denda untuk aku? Tidak dibenarkan belajar bersama dengan classmates yang lain sebab aku seorang saja yang gagal ujian? Langsung tidak layak untuk menuntut ilmu dengannya lagi? Jujur aku katakan, aku rasa macam hidup aku bakal tamat sekarang ni.

“ Yeoreum, stay strong okay? ”

“ Yeoreum, please. Be strong, kitorang ada. ”

Sookyung dan beberapa classmates aku yang lain cuba memberi sokongan moral pada aku sebelum mereka melangkah keluar dari makmal. Aku hanya mengangguk, tersenyum pahit sambil menahan air mata dari terus membanjiri.

Mereka akhirnya pergi, tinggal aku seorang dalam makmal. Aku pandang buku teks yang dah basah dek air mata. Fikiran aku mula melayang entah ke mana. Apa patut aku jawab pada parents aku nanti kalau mereka dapat tahu aku fail biologi?

Sedang aku merenung nasib diri, pintu makmal tadi tiba-tiba terbuka semula. Aku ternampak Mrs Kim dan classmates aku masuk ke dalam bersama kek di tangan.

Happy birthday, Yeoreum! ”

Aku terkaku. Kejap, kejap— apa semua ni? Okay, aku dah faham sekarang. Mereka semua dah prank aku! Makin teruk aku menangis bila mereka semua menyanyikan aku lagu happy birthday sambil meletakkan kek di hadapan aku. Tak pernah aku jangka aku kena prank dengan cikgu dan classmates sendiri.

“ Yeoreum, happy birthday. Sorry sebab tak wish pada kau semalam. Kitorang sengaja buat macam tu sebab hari ni nak buat birthday prank untuk kau. ”

Jangan nangis, Yeoreum. We're so sorry. Kitorang cuma nak kau happy je. And, yes! Suprise! Happy birthday, Yeoreum. ”

“ Yeoreum, cikgu tak nak terlibat sebenarnya. Tapi, Sunwoo minta cikgu untuk join sekali prank ni. Jangan risau, Yeoreum. Buku awak ada je atas meja saya, tak hilang pun. Dan, tentang ujian awak tu. Actually, saya tak tanda pun lagi kertas ujian tu. Awak tak gagal pun, Yeoreum. ”

Meletus ketawa classmates aku bila Mrs Kim bagitahu hal sebenar. Aku dah tercengang habis, terkejut bila dapat tahu itu semuanya lakonan semata-mata. Ya Tuhan, bermati-matian ingat aku dah gagal ujian biologi. Cis, rupanya prank je!

Bagus betul. Mrs Kim juga terlibat sekali. Dan, aku tak nafikan lakonan Mrs Kim tadi memang betul-betul berkesan untuk aku. Ketar lutut dibuatnya!

“ Haah, Yeoreum. Jangan nangis lagi eh? Sorry sebab buat kau macam ni. Btw, ni semua idea Sunwoo. Salahkan dia sebab buat birthday prank ni. ” Hwall terkekek-kekek ketawa, sebelum kena pukul dengan Sunwoo yang ada disebelahnya. Sunwoo? Dia yang rancang? Jadi, pagi tadi tu dia datang awal ke sekolah untuk maklumkan pada Mrs Kim tentang prank ni ke?

“ S–Sunwoo? ”

Sunwoo hanya tersenyum ke arah aku, tidak menjawab apa-apa.

━━━━━━━━━━━

p/s : prank dalam chap ni memang real ya. saya alaminya sendiri. classmates & cikgu biologi saya buat birthday prank untuk saya last month (11 mac 2020) 😂 serius cakap, memang speechless dibuatnya lepas kena prank tu. siapa je tak takut bila dengar kita fail subjek penting macam tu + buku tiba-tiba hilang haha

prank. sunwooWhere stories live. Discover now