03

1.9K 316 39
                                    

yeoreum's pov

“ S-Sunwoo? A-apa kau cuba buat ni, ha? ”

Mata coklatnya menikam tepat mata aku, merenung tidak berkelip sebelum tersenyum sinis, “ Seronok betul kau ketawakan aku, Lee Yeoreum. Kau tahu tak apa sebenarnya yang kau dah buat ni? Cari pasal dengan aku, huh? ”

Okay, aku rasa dia marah dekat aku sebab prank dia depan classmates yang lain. Dia malu, agaknya. Haha! Padan muka. Siapa suruh ganggu aku sebelum ni? Aku ambil keberanian untuk melawan semula, “ So what? Memang patut pun, kan? Selama ni kau prank aku, tak apa pula? Sejak dulu lagi, Sunwoo. Non-stop! Kau fikir aku nak biarkan je? ”

“ Kau ni— ”

Sunwoo masih tidak berganjak dari tempatnya, kekal mengunci pergerakan aku dengan kedua-dua tangannya. Dia ni memang sengaja nak mengundang kontroversi ke apa? Orang lain tengah pandang ni woi! Nanti diorang fikir bukan-bukan, apa aku nak jawab?

“ Kim Sunwoo, Lee Yeoreum! Kalau rasa nak buat maksiat dipersilakan keluar sekarang. ”

Sunwoo menjarakkan kedudukannya semula selepas terdengar suara guru menegur di hadapan kelas. Selamba saja dia kembali ke tempat duduknya tanpa rasa bersalah. Semua classmate memandang ke arah kami, tertawa. Muka aku dah memerah habis. Memalukan betul!

“ Berani mati eh kau, Yeoreum? Tak pasal-pasal kena tegur dengan Mrs Kim, haha! ” Hwall berbisik pada aku sebaik saja dia tiba di tempat duduknya, di sebelah aku. Aku hanya memutarkan bebola mata, memang cari nahas betul lelaki tu!

“ Dia tu yang buat masalah dulu, aku pula kena sekali. Buruk nama aku, hmph! ” Aku mencebik bibir, memandang ke hadapan kelas dengan rasa tak ada mood nak belajar. Hwall hanya tertawa.

“ Minggu depan kita adakan presentation bab 3 untuk subjek biologi. So, saya bagi peluang kepada semua untuk pilih pasangan masing-masing— ”

“ —except Kim Sunwoo and Lee Yeoreum. Since kamu berdua dah buat hal pagi-pagi lagi, so both of you kena berpasangan untuk presentation kali ni. Tiada kompromi! ”

Aku dah tercengang. Wah, aku rasa nak hentak kepala pada meja sekarang ni.

━━━━━━━━━━━

prank. sunwooWhere stories live. Discover now