07

1.6K 281 15
                                    

yeoreum’s pov

Hari Khamis dah tiba, maka hari ni berlangsungnya sesi pembentangan itu. Seperti biasa, aku akan datang awal ke sekolah. Namun, apa yang tidak biasanya kali ini ialah aku ternampak Sunwoo keluar dari bilik guru dengan senyuman di bibirnya. Eh, awal pula lelaki ni sampai ke sekolah?

“ Sunwoo? Awalnya kau datang. ”

Wajah Sunwoo nampak agak terkejut bila terserempak dengan aku. Cepat-cepat dia tersenyum semula, seperti menyembunyikan sesuatu, “ E–eh, Yeoreum. Er, haah. Aku datang awal sebab— er, nak jumpa cikgu. Ha, ya. Er, jumpa dekat kelas nanti. A–aku nak ke tandas sekejap. ”

Tergesa-gesa dia tinggalkan aku tanpa sempat aku nak menyoal lagi. Aku terkebil-kebil di situ. Pelik betul perangai Sunwoo sejak akhir-akhir ni. Tapi, aku takut nak tanya. Biarlah, asalkan pembentangan hari ni berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang timbul.

━━━━━━━━━━━

10:30 a.m.

Aku dan Sunwoo buat persiapan yang terakhir untuk pembentangan biologi tepat jam 11 pagi nanti. Sanggup aku tak nak turun rehat semata-mata nak menghafal biological names dalam otak. Takut aku tersalah sebut, malu nanti!

“ Yeoreum, kau jangan debar sangat. Kau tu dahlah tak makan tadi. ” Sunwoo perasan aku dah gelabah semacam, memerhatikan aku yang berjalan ke hulu ke hilir sambil memegang buku nota.

Don’t worry, Sunwoo. Aku okay je ni. Aku cuma takut tak ingat terms. ”

Mrs Kim ni walaupun nampak baik, but senior kitorang dulu cakap dialah guru paling garang dekat sekolah ni. Even though dia selalu bergurau dengan kami, tapi sometimes aku takut juga. Suara Mrs Kim memang kuat bila tengah mengajar, sampaikan kelas sebelah dan kelas ketiga pun boleh dengar!

Jadi, aku tak nak buat sebarang kesilapan. Kalau boleh nak perfect!

“ Yeoreum, jom. Loceng rehat dah tamat. Kita kena pergi makmal biologi sekarang. ” Sunwoo mengingatkan aku, membawa sekali kertas kajang dan pen dakwat berwarna-warni tadi bersamanya.

Okay, jom! ”

━━━━━━━━━━━

prank. sunwooWhere stories live. Discover now