yeoreum's pov
Bunyi bising yang datang dari koridor kelas menarik perhatian aku. Cepat-cepat aku capai buku teks yang ada dalam laci meja, acah-acah tengah study. Namun, ekor mata aku sedang melirik ke arah pintu kelas. Beberapa classmates lelaki muncul di situ dan, termasuklah Sunwoo.
“ Eh, ada orang bagi kau hadiahlah! ”
“ Oh, ya. Hari ni birthday kau kan, Sunwoo? ”
Aku cuba menahan tawa daripada meletus di sebalik buku. Tak sabar nak lihat reaksi Sunwoo sebaik saja dia membuka kotak yang terletak elok atas mejanya. Sunwoo ni nampak macam berani, tapi sebenarnya dia pengecut juga.
“ YAISH, APA NI?! ”
Ular palsu tersebut dibaling ke bawah oleh Sunwoo. Classmates yang lain mulanya terkejut, namun tak lama lepas itu mula ketawa. Aku boleh nampak betapa frust nya muka Sunwoo, marah kerana ada orang buat prank pada hari ulang tahunnya. Aduh, sumpah memang lawak! Menyesal pula aku tak bawa phone, boleh rekod video dan dijadikan ugutan pada Sunwoo kalau dia berani nak prank aku lagi.
“ Yah! Siapa yang letak kotak ni ha? Baik mengaku! ”
Suara Sunwoo kuat bergema dalam kelas. Orang lain mesti dah kecut perut, namun aku masih lagi tahan ketawa macam orang tak betul. Serius, kelakar sungguh wajah Sunwoo bila nampak ular palsu tu. Pucat habis!
“ Yeoreum, aku rasa better kau mengaku. Nanti teruk Sunwoo marah kau— ” Sookyung menepuk bahu aku dari belakang, risau jikalau Sunwoo ternampak aku yang sedang tertawa. Namun, dah terlambat.
“ Lee Yeoreum. Asal kau gelak— ah! Mesti kau yang letak kotak ni tadi, kan? ”
Sunwoo menoleh ke arah aku, menghadiahkan pandangan tajam bak helang. Classmates yang lain turut mengalihkan pandangan ke arah aku yang dah terdiam. Actually, aku bukannya takut sangat dengan lelaki ni.
“ Why? Salah ke? Best tak kena prank? Mesti best, kan? Yelah, selama ni kau asyik buat dekat orang je tapi sekarang kau pula yang kena, haha! ” Aku masih tergelak, menepuk meja dengan kuat. Orang lain fikir mesti aku dah hilang akal sebab buat macam ni. Tak ada sesiapa pun berani prank Sunwoo sebab nanti dia akan balas semula dan, mungkin lebih teruk.
Namun, tidak bagi aku. Aku dah kenal lelaki ni sejak dulu lagi, jadi aku tahu perangai sebenar dia macam mana. He's not that bad, dia cuma suka menyakat orang. Sunwoo dah banyak kali prank aku, jadi apa salahnya aku balas balik?
Aku tak sedar langsung Sunwoo dah mengatur langkah ke sini. Dia kemudiannya menarik kerusi di sebelah tempat duduk aku yang masih kosong sebelum mengunci pergerakan aku. Dia mendekatkan wajahnya sehingga aku terpaksa mengundur ke belakang sehingga bersandar pada dinding—
Okay, aku rasa menyesal buat semua ni.
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
prank. sunwoo
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ your enemy prank you on your birthday ft. kim sunwoo. #O4. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020