no one’s pov
— next day.
Yeoreum sampai awal ke sekolah dengan muka teruja. Tersengih-sengih, macam ada sesuatu perkara yang menggembirakan sudah berlaku. Sebenarnya, hari ini adalah hari lahirnya. Memang sengaja dia datang awal kerana tak nak terserempak dengan Sunwoo.
Bukannya dia tak tahu. Sunwoo selalu buat prank tiap kali hari ulang tahunnya tiba. Kebetulan tarikh hari lahir Yeoreum hanya seminggu selepas birthday Sunwoo, jadi senanglah lelaki itu nak ingat. Kali ni, dia cuba untuk berhati-hati. Manalah tahu, Sunwoo balas semula prank yang dia buat tempoh hari.
Nasib baik menyebelahi Yeoreum sepanjang dia berada di sekolah sehingga petang. Tiada prank yang dikenakan padanya hari ini. Sunwoo juga nampak biasa, macam tiada apa-apa yang berlaku hari ni. Walau bagaimanapun, itu yang buatkan Yeoreum rasa agak curiga.
“ Hwall, kau tak rasa pelik ke Sunwoo dah tak prank aku kali ni? I mean, bukanlah aku mengharap cuma curious je. ”
Yeoreum bertanya pada Hwall, namun lelaki itu hanya mengangkat bahu, “ Aku pun tak tahulah, Yeoreum. Dah insaf kot? Btw, hari ni birthday kau ke? Maaf! Aku hampir terlupa. Sorry, Yeoreum. Happy birthday! ” Yeoreum sekadar tersenyum, mengucapkan terima kasih untuk ucapan Hwall tadi.
“ Thanks, Hwall. ”
Hari lahirnya kali ni terasa sedikit janggal tanpa prank daripada Sunwoo. Yeoreum dah terbiasa dengan semua prank tu sampaikan pada hari ini pun dia mengharap benda yang sama terjadi, tapi hampa. Malah, lebih parah lagi bila Sunwoo langsung tak ucap apa-apa langsung! Hanya Hwall dan Sookyung gembirakan hatinya tadi, menberi ucapan ulang tahun walaupun mereka sendiri juga hampir terlupa tentangnya.
━━━━━━━━━━━
yeoreum’s pov
Pulang dari sekolah, aku dengan Sunwoo berjalan kaki sama-sama. Suasana sunyi tanpa perbualan kami berdua, tidak seperti biasa. Namun, aku beranikan diri untuk bertanya pada Sunwoo.
“ Sunwoo, kau ingat tak hari ni hari apa? ”
Sunwoo yang sibuk bermain game dalam telefon pintarnya terus menoleh ke arah aku, mengangkat kening, “ Hm? Apa? Hari ni hari Rabu lah. Esok Khamis, hari pembentangan bab 3 biologi tu. ” Begitu tenang dia menjawab, reaksi mukanya juga selamba. Memang dia tak ingat ni, huh.
“ Oh, okay. ”
Ringkas saja aku menjawab, meneruskan perjalanan menuju ke rumah dengan perasaan hampa. Sunwoo tak nampak perubahan wajah aku, terus saja fokus pada telefon pintarnya.
Tak tahulah kenapa, tapi aku rasa kecewa sangat. Biarlah, Yeoreum. Kau juga yang tak suka kena prank dulu, kan?
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
prank. sunwoo
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ your enemy prank you on your birthday ft. kim sunwoo. #O4. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020