episod 5 (Khai)

16 2 0
                                    

Khai terbangun dari tidurnya dan ternampak Fakrul yang sedang duduk di atas kerusi di tepi katilnya. Khai duduk perlahan-lahan sambil memandang Fakrul. Fakrul yang dari tadi melihatnya, bersuara.

Fakrul: Macam mana dengan badan kau? Ok ke?

Khai: Aku dah mula ok. Mana yang lain?

Fakrul: Yang lain ada kat ruang tamu. Diorang tengah bicang tentang misi kau.

Khai: Oh.

Fakrul melihat Khai dengan dalam. Fakrul dapat baca yang Khai sebenarnya merahsiakan sesuatu dari semua orang. Dia ingin tahu apa yang terjadi pada Khai. Dalam semua ahli the protectors, Fakrul merupakan ahli yang paling ambil berat pada ahli yang lain. Jika dia tidak dapat membantu, dia berasa dirinya tidak berguna.

Fakrul: Apa yang terjadi pada kau Khai? Ada sebab ke, kau demam tiba-tiba? Demam panas pula tu.

Khai tidak menjawab satu pun soalan tersebut. Fakrul berasa agak geram apabila Khai tidak mengendahkannya. Dia mengeluarkan kuasa elektrik pada tangannya dan merenjat Khai. Elektrik tersebut tidaklah kuat mana pun. Ia hanya sekuat mengejutkan orang dari tidur.

Khai: Aduh, kenapa kau buat macam tu! Sakitlah!

Khai agak terkejut melihat wajah Fakrul yang menggerunkan. Mungkin memang salahnya Fakrul menjadi sangat menakutkan.

Fakrul: Jangan buat-buat tak dengar boleh tak? Aku tak suka.

Khai: Maaf, Fakrul..

Fakrul: Khai, kita semua dah macam adik-beradik bukan? Kenapa perlu berahsia? Lagipun, kita semua keluarga sekarang. Kau boleh percayakan aku.

Khai: Aku bukan taknak bagitahu kau, cuma.. ergh.. aku tak tahu macam mana nak cakap!

Fakrul: Bertenang, Khai. Bertenang. Tarik nafas dulu. Lepas tu, cerita perlahan-lahan.

Khai hanya membuat apa yang disuruh Fakrul. Dia amat mempercayai semua ahli protectors seperti abangnya sendiri. Kemudian, dia bersedia.

Khai: S-sebenarnya...

1 hari yang lalu..

Khai mengikuti musuhnya dengan secara senyap, sehingga ke suatu tempat. Tempat tersebut agak gelap. Sebuah gudang yang ditinggalkan. Mungkinkah, ini sarang musuh?

Pang!

Tiba-tiba, satu besi menuju ke arah Khai, dan terkena kepalanya. Penglihatannya kabur dan semakin gelap. Dia jatuh ke lantai simen begitu sahaja.

???: Korang boleh pergi sekarang..

Khai hanya mendengar suara seorang lelaki yang tidak dikenalinya sebelum matanya dapat dibuka kembali. Kepalanya sakit. Amat sakit. Tangannya diikat. Pandangannya kabur. Badannya terasa amat sejuk? Dimana dia sekarang?

???: Ah.. kau rupanya Khai. Nasib baik kawan aku dapat tangkap kau dulu.

Khai: A-aku.. kat mana? Siapa k-kau?

Pandangan Khai masih kabur. Jadi, dia tidak nampak lelaki di depannya dengan jelas. Dia hanya nampak susuk badan lelaki itu sahaja. Suaranya pula kedengaran agak muda.

???: Jangan risau Khai. Aku hanya gunakan mesin pembeku pada sekeliling kau. Jadi, kau tiada harapan nak guna kuasa kau.

Khai: Apa.. yang k- kau n-nak.. dari a-aku..?

Terketar-ketar badannya kerana kesejukan. Badan Khai seakan-akan membeku. Kuasanya tidak dapat digunakan ketika itu. Dia tidak dapat buat apa-apa.

???: Oh, takda apa sangat pun. Cuma, aku nak minta tolong kau. Jangan sesekali rosakkan plan aku!

Khai: A-apa?

the protectorWhere stories live. Discover now