Akira: Saya?! Saya protectors terakhir?! Kyaaaa! Betul ke?!
Hikari: Errmm... k-kami tidak pasti lagi. Alat ni mengesahkannya, tetapi ia nampak mustahil.
Akira: Tetapi, bukankah setiap protectors ada kuasa? Saya tiada kuasa. Jadi, saya rasa ianya mustahil.
Hikari: Kau.. ada ibu bapa?
Akira: Erm.. takda...
Hikari sengaja menanyakan soalan itu. Setiap protectors yang terpilih, hanya dapat merasa kasih sayang ibu bapa mereka sewaktu kecil sahaja. Jadi, salah satu tandanya ialah kehilangan ibu bapa.
Hikari: Berapa umur kau?
Akira: Bukankah ianya dianggap tidak sopan tanya perempuan umur mereka?
Hikari: Jawab sahajalah... nak ke aku tanya berat kau?
Akira tidaklah marah sangat pada Hikari. Tetapi, terkejut juga dia apabila mendengar jawapan beliau.
Hikari: Hhmm.. aku just nak kepastian yang kau sudah cukup umur untuk menjadi protector atau belum.
Akira: Oh, umur saya 22 tahun.
Hikari: Umur kita tak jauh beza pun rupanya. Umur aku hanya setahun lebih tua dari kau. But, kau nampak muda. Eh?
Hikari terhenti selepas nampak muka Akira agak merah. Rasanya, dia berasa malu. Tetapi wajah Akira bertukar menjadi teruja.
Akira: Wow, protector puji saya! Kyaa! Ehem, tuan pun apa kurangnya... kacak juga saya tengok. Patutlah ramai orang teringin nak berkahwin dengan the protectors.
Hikari: Eermm..(malu) janganlah cakap macam tu. Semua protectors agak sibuk untuk memikirkan hal begitu. Satu lagi, panggil aku Hikari sahaja. Tak perlu bertuan bagai.
Akira: Baiklah, Hikari! Hhmm.. saya ada satu soalan. Apa kuasa saya?(masih teruja)
Hikari: Ish kau ni. Kitorang still tak pasti lagi yang kau ni sebahagian dari kami atau bukan. Kalau kami dah pasti, baru kami dapat kesan apa kuasa kau.
Akira: Alaaa... boleh saya tanya lagi?
Hikari: Apa dia?
Akira: Kenapa setiap protectors yang di pilih tiada ibu bapa?
Hikari: Maaf, aku tak boleh jawab pertanyaan kau.
Akira: Oh, ok...
Suasana janggal mula datang. Mereka sudah tidak tahu nak cakap apa pada satu sama lain. Nampaknya, terpaksalah Hikari buat sesuatu. Kalau tidak, sia-sia sahaja Akira berjumpa dengannya.
Hikari: Akira, kau tahu mana-mana cafe tak?
Akira: Cafe? Hhmm.. oh, mestilah ada! Mari, saya akan bawa Hikari ke sana!(menarik tangan Hikari)
Hikari: Hey! Perlahan sedikit.
Tangan Hikari digenggam kuat oleh Akira. Kuat juga gadis ni. Setelah berjalan tidak jauh dari situ, mereka sampai di suatu kedai cafe.
Akira: Awak nak pesan apa?
Hikari: Saya nak Latte.
Akira: Lagi?
Hikari: Satu muffin. Kalau boleh blueberry.
Akira: Ok!
Hikari berasa hairan apabila nampak Akira memakai apron dan membuat minuman Lattenya. Kemudian, Akira mengambil blueberry muffin dari chiller di tepi counter. Akira pun datang dengan dulang yang terisi makanan Hikari.
Akira: Pesanan Hikari, siap!
Hikari: Kau kerja sini?!
Akira: Hhmm? Tidaklah.. saya pemilik cafe ini.
YOU ARE READING
the protector
FantasíaMenjadi salah seorang dari 'the protectors' merupakan tanggungjawab yang besar. Mereka perlu mempertahankan Negara Emerald dari banyak kejahatan.Begitulah gambaran bebanan yang ditanggung Hikari iaitu salah seorang dari 'the protectors'. Hikari bera...