Sudah 3 hari berlalu sejak Akira tahu siapa sebenarnya Hikari. Setiap hari, Hikari datang ke kedai kafe Akira. Tetapi Hikari agak senyap. Pelanggan di kedai kafenya juga tidak ramai. Akira duduk dihadapan Hikari sambil melemparkan senyuman padanya.
Akira: Kenapa awak hanya senyap sahaja akhir-akhir ini, Hikari?
Hikari: Aku tengah fikir, macam mana aku nak keluarkan kuasa kau. Serabut juga. Tapi, nasib baik ada Latte ni.(menghirup Lattenya)
Akira: Ooo... kesian awak. Biar saya tolong fikirkan sekali.
Hikari: Tak payah. Susahkan kau je.
Akira: Saya ada idea! Apa kata, awak latih saya di taman?
Tersedak Hikari bila terdengar idea Akira. Dia nak kena jadi guru kepada seorang gadis? Baginya, ini agak baru.
Akira: Sorry, sorry.. idea saya teruk sangat ke?
Hikari: Uhuk, uhuk.. tak... tak langsung.
Akira: Yeay! Kita jumpa di taman pukul 5 nanti, ok?
Hikari: Ikut kau lah..(sambung minum Lattenya)
Akira senyum pada Hikari selebar yang boleh.Hikari melihatnya dan membalasnya dengan seyuman kecil.
Di Bandar Emerald,
Keempat-empat protectors berkumpul di rumah khas mereka untuk membincangkan tentang siasatan Khai.
Raykal: Kenapa kau nampak macam tak sihat Khai?
Muka Khai agak pucat hari ni. Khai juga kelihatan agak lemah. Dia juga tidak senyum seperti biasa. Raykal tahu, ada sesuatu yang tidak kena pada Khai.
Khai: Takda apa...
Setelah ketua mereka sampai, mereka mula membincangkan tentang perkembangan misi tersebut.
Aqil: Apa perkembangan siasatan kau Khai? Semakin hari, semakin ramai yang menyerang Bandar Emerald. Apa yang mereka nak sebenarnya?
Khai: Erm.. aku... t-tak pasti. K-kepala aku.. sakit.. s-sangat..
Fakrul: Khai, kau tak apa-apa?
Pandangan Khai semakin kabur. Sama seperti ingatannya. Kakinya mula hilang keseimbangan. Badannya sangat lenguh.
Aqil: Khai?
Kaki Khai sudah tidak dapat bertahan lagi, dan mula jatuh. Fakrul yang berdiri disebelahnya menahan badannya dari jatuh.
Fakrul: Panasnya badan dia.
Aqil: Fakrul, kau bawa dia ke bilik. Raykal pula tolong ambilkan air. Mesyuarat ditangguhkan.
Fakrul & Raykal: Baik!
Mereka berdua bergerak mengikut arahan Aqil. Khai masih lagi sedar ketika itu. Jadi, kerja Fakrul agak mudah pada masa itu. Fakrul meletakkan Khai di atas katil dan menunggu ketibaan Raykal.
Fakrul: Apa hal dengan kau ni, Khai?
Khai hanya diam. Dia menutup matanya dan tertidur. Ahli yang lain hanya menganggap Khai hanya demam panas.
Di taman,
Hikari: Jadi, kau sebenarnya pandai berlawan?
Akira: Takdalah nak kata pandai, tapi boleh juga kalau nak mempertahankan diri sendiri.
Hikari: Then... cuba kau serang aku.
Akira: Hhmm?
Hikari: Kau kata kau pandai mempertahankan diri bukan? Aku nak tengok kau serang pula. Jangan risau, aku akan berlembut.
YOU ARE READING
the protector
FantasyMenjadi salah seorang dari 'the protectors' merupakan tanggungjawab yang besar. Mereka perlu mempertahankan Negara Emerald dari banyak kejahatan.Begitulah gambaran bebanan yang ditanggung Hikari iaitu salah seorang dari 'the protectors'. Hikari bera...