Tolong! Tolong!
Khai: Hikari, aku dengar ada orang minta tolong. Jom ikut aku!Hikari: Baik!
Mereka berlari ke tempat tersebut..
???: Well, well, apa yang kita ada disini? The protector? Cuba nak jadi hero lagi? Cuba halang ni!
Hikari mengelak serangan letupan dari penjahat itu dengan menggunakan kuasa aisnya. Baginya, penjahat itu tidaklah kuat sangat. Mungkin dia hanyalah penjahat kelas 2.
Hikari: Rasakan...
Hikari memerangkap penjahat tersebut dengan kuasa aisnya. Kemudian, Khai melontar api ke arah penjahat itu sehingga ais tersebut pecah. Penjahat itu berasa takut dan lari secepat mungkin.
Khai: Pft, penakut. Berlagak je tahu. (Memandang Hikari) Kau ok ke Hikari? Muka kau asyik muram je.
Hikari: Aku ok... hhmm.. terima kasih sebab tanya.
Khai agak risau dengan keadaan Hikari. Hikari sentiasa berwajah muram akhir-akhir ini. Khai mengeluh.
Khai: Hikari, kau pergilah balik dulu. Aku akan uruskan kalau ada lagi yang perlukan pertolongan.
Hikari: Kau pasti?
Khai: Mestilah! Lagipun,penjahat sekarang ni taklah kuat mana pun. Aku sorang pun cukup. Kalau aku perlukan pertolongan, aku boleh panggil Aqil.
Hikari: Terima kasih, Khai.
Khai menghadiahkan Hikari sebuah senyuman sebelumnya pergi. Apabila Hikari sudah pergi, Khai mengeluh sekali lagi. Dia tidak pasti apa yang berlaku pada rakannya itu. Adakah dia sudah tidak mahu menjadi sebahagian dari 'protector'?
Hikari baring di atas katilnya. Kepalanya agak sakit. Dia masih tidak faham kenapa dirinya menjadi seorang protector. Adakah ia hanya kerana kuasanya sahaja? Kenapa pula dirinya yang mendapat kuasa?
Hikari: Ergh.. kepala aku..
Hikari mencari ubat sakit kepalanya. Selepas makan ubat, dia tertidur. Mungkin kerana terlalu penat.
Keesokannya,
Seperti biasa, setiap hari semua ahli 'the protector' perlu berkumpul di suatu rumah khas untuk mereka sahaja. Ahlinya, tidaklah ramai sangat pun. Hanya 5 orang termasuk Hikari. Di sini juga, tempat mereka menerima misi-misi utama. Hikari sentiasa merupakan ahli yang datang paling lambat.Hikari: Maaf, aku ada terlepas apa-apa ke?
Aqil: Sebenarnya, kali ni kau tak terlepas apa-apa pun kerana misi kali ni, memang khas untuk kau.
Hikari: Hah??
Raykal: Macam ni, kami dah bincang sesuatu sebelum kau sampai. Disebabkan kau sentiasa nampak stress, kami dah buat keputusan.
Khai: Kitorang bagi kau misi kali ni pada kau supaya kau dapat tenangkan diri kau.
Hikari: Apa maksud kau?
Fakrul: Kitorang nak kau cari protector yang terakhir.
Hikari: Protector terakhir? Bukankah Khai protector terakhir?
YOU ARE READING
the protector
FantasíaMenjadi salah seorang dari 'the protectors' merupakan tanggungjawab yang besar. Mereka perlu mempertahankan Negara Emerald dari banyak kejahatan.Begitulah gambaran bebanan yang ditanggung Hikari iaitu salah seorang dari 'the protectors'. Hikari bera...