Hikari: Dah seminggu aku cari protector tu. Tapi, aku still tak jumpa apa-apa.(mengeluh)
Hikari memandang sekelilingnya. Memang betul apa yang dikatakan Fakrul. Tempat ni bukan sahaja agak terpencil dari bandar, malah seperti seakan-akan kampung. Hhmm.. nampaknya, dia tidak dapat lagi minum latte kegemarannya. Tidak apalah.. misinya hanya untuk sebulan.
Hikari: Kat mana lagi aku nak cari protector terakhir ni.. ergh..
Hikari berada di lorong pejalan kaki. Tetapi, seperti tidak ramai orang yang ada. Ketika dia sedang berjalan, ada seorang lelaki menghalang jalannya dengan sengaja.
Hikari: Kau nak apa?
???: Duit kau..
Lelaki tersebut mengeluarkan pisau dari alat pada tangannya. Hikari sudah tahu yang lelaki tersebut ialah penjahat kelas 1. Setiap penjahat ada satu alat yang bagi mereka canggih. Lelaki ini hanya ada alat untuk mengeluarkan pisau. Jadi dia tidaklah kuat sangat.
Hikari: Kau ni memang-
Sebelum habis kata-katanya, Hikari mendapat satu idea. Dia akan menyamar jadi orang biasa dan meminta bantuan untuk membuatkan protector tu datang ke sini. Kalau dia masih tidak datang, baru dia akan menggunakan kuasanya.
Penjahat: Apa kau kata tadi?(sambil mengacukan pisau pada Hikari)
Hikari: Tiada apa-apa. Tolonglah lepaskan saya. Saya akan beri encik semua duit saya.
Penjahat: Bagus.. bagi semua pada aku dan aku takkan-
Pang!
Penjahat tadi pengsan dan terbaring di jalan. Hikari memandang orang yang menyelamatkannya itu. Orang tersebut memakai jaket berhoodie yang agak gelap. Mungkinkah dia protector yang dicari Hikari?
???: Awak tak apa-apa?
Hikari kaku sebentar. Perempuan?! Perempuan yang menyelamatkannya sebentar tadi?!
Hikari: Kau guna apa untuk pengsankan dia?
???: Saya guna kuali buruk yang ada kat tong sampah besar sana.(sambil menunjuk tong sampah besar)
Lagilah Hikari terkejut. Dia diselamatkan oleh seorang gadis yang menggunakan kuali untuk berlawan? Biar betul..
???: Mari kita beredar sebelum dia bangun.
Tangan Hikari ditarik gadis tersebut ke suatu tempat yang lebih ramai orang. Kini, mereka di depan sebuah kedai makan. Hikari melepaskan genggaman gadis itu dengan selembut yang boleh.
Hikari: Boleh saya tahu, siapa nama cik?
Akira: Oh, nama saya Akira. Encik pula?
Hikari: Eerrmm.. aku...
Hikari tidak pasti untuk memberitahu siapa dirinya. Orang disini tidak berapa tahu sangat bagaimana rupa 'the protectors'. Mereka hanya tahu nama mereka.
Hikari: Nama saya... eerm.. maksud aku.. nama aku Halim.(berasa malu)
Akira: Oh, Halim. Awak ok ke Halim? Tiada apa-apa luka bukan?
Hikari: Aku ok. Boleh tak aku jumpa kau lagi esok?
Akira: Eh?
Hikari menepuk dahinya. Dah kenapa pertanyaannya seakan-akan mahu mengajak keluar bersama? Tapi dia memerlukan kepastian yang adakah perempuan ini merupakan salah satu dari protectors? Baginya, macam mustahil untuk gadis ini menjadi protector. Kalau dia protector, kenapa dia tidak menggunakan kuasanya?
Hikari: Maaf, aku hanya nak membalas budi kau je.
Kini, Akira yang bingung. Kenapa lelaki ini menjadi agak kasar dari sebelum ni? Dia ragu-ragu untuk menjawabnya.
YOU ARE READING
the protector
FantasyMenjadi salah seorang dari 'the protectors' merupakan tanggungjawab yang besar. Mereka perlu mempertahankan Negara Emerald dari banyak kejahatan.Begitulah gambaran bebanan yang ditanggung Hikari iaitu salah seorang dari 'the protectors'. Hikari bera...