👆Lagu sebagai hiburan sambil 👆
👆membaca.👆
Kalau mahu dengar sambil membaca
👆Klick sahaja diatas👆___________________________________
Bab 2
[Kehadiran]Suasana yang penuh gelak tawa dari atas hinggalah ke bawah seluruh bagunan kolej sangat meriuhkan suasana hatiku. Sedetik seketika itu, di luar sedar aku mula menyikat peluh yang entah bila merintik di sekitar dahi dan leher.
"Arghhh!! Aku nak menjerit!!!". desis hati daniel.
Bahkan, nama dan perwatakan gadis itu memang tidak salah lagi. Terdetik suara hatiku berasa gembira yang amat. Gadis impianku telah kembali ke sisiku. Memang luar biasa dia akan kembali. Kehadirannya umpama kerlipan bintang pada malam suram.
" Bahagianya dalam hati~ Dia dah kembali~", sambil tersengih-sengih dia menyanyi.
"Hurmmm?". Syukor di sebelahku memandang dengan penuh tanda tanya. Eh? Ada spy?!
Perasaanku mulai ingin melompat-lompat seperti monyet yang baru terlepas dari Zoo Negara tetapi hatiku tiba-tiba diketuk perasaan pilu. Aku merasakan bahawa gadis itu pasti tidak mengenaliku lagi atau tidak.
" Do you remember me?".
Dulunya, aku hanyalah seorang budak lelaki yang berbadan besar di perkampunganku. Fikiranku mula dilambung ombak dan kembali ke alam kanak-kanakku semula.
-----------------
Ingatan kembali...
Pada tarikh hari kami mula berpisahan, Azira hanya dapat melihat rupaku yang berbadan besar. Pada mulanya, aku sukanya sebagai teman biasa kerana aku masih berfikir bahawa gadis yang comel lagikan ayu itu sanggup berkawan denganku.
"Aku Azira. Mari kawan".
" Mau ke? Aku bukan macam budak lain".
"Ye! Kau berbeza. Mereka tu pembuli. Tak sukalah".
".......?".
" Takpe! Kita kawan jerrr".
Aku hanya menyimpan perasaan itu dalam peti besi dan buangkannya jauh-jauh. Aku masih kekok bersama dengannya waktu itu.
" Marilah kesini, Daniel!". desak Azira.
"Err.. Tak nak lah.. Aku rasa lain kali sajalah". degilnya Daniel memuncak.
" Kalau kau tak nak! Aku tarik kau!!". Azira terus menarik lengan daniel. Wow! Hebatnya!
"Eh.. Eh? K.. Kau dilahirkan perempuan ke laki ni? Takde adab langsung!". Desis Daniel apabila lengannya ditarik.
" Hehehe~". Gelaknya.
Aku tak mahu fikiranku ditarik oleh fikiran negetif. Pada hari dia mula menarik lengan bajuku dan bawa aku ke taman permainan.
"Kau ni! Haramlah pegang orang!". Aku melepaskan tanganku
" Haram? Apa tu?". Soalnya.
"Haramlah! Nanti dapat dosa masuk api neraka!".
" Eee! Tak naklah!".
(Malklumlah fikiran budak 5 tahun. Semua tak tau😂)
Aku mulanya merasakan persahabatan kerana sebelum ini tiada sesiapa pernah melakukan itu padaku. Sejak itu, aku cuba lebih merapatkan diriku padanya. Alah! Budak budak kan?
YOU ARE READING
Titisan CintaKu Dari Kecil || TAMAT || By B.M.H
RomanceKisah bermula apabila Azira berpindah ke sebuah kolej untuk bertemu rakan baiknya semasa kecil, Daniel. Pada mulanya, Daniel merahsiakan identitinya daripada diketahui Azira. Mengapa Daniel tidak memberitahu Azira perkara sebenar? Sedangkan, Daniel...