Bab 4 ( Fikiran Hati )

87 18 2
                                    

Jawapan:
Tiada yang betul.

Bab 4

[Fikiran hati]

Suasana petang yang cerah tiba-tiba sahaja matahari menghantarkan sinarnya yang tidak lagi memijar. Aku dan lelaki ini masing-masing mengunci mulut. Aku masih lagi memandangnya dari sudut yang berlainan. Entah mengapa aku melihat mukanya menjadi merah seperti tomato.

"Ppff! Muka awak semerah tomato!". Aku mengejek lelaki yang agak familiar ini.

"Aa.. Urmm.. Err..". Getaran bibirnya menjadikan mukanya bertambah merah. Seakan-akan belon berwarna merah ingin meletup.

"Ermm, saya rasa awak ni agak familliar lah". Aku mendekatkan mukaku ke mukanya untuk memastikan.

Dia menutup sebelah matanya dengan tangan dan itu membuatkan aku ingin lebih melihatnya. Dalam tak sedar mukaku terlalu dekat kepada mukanya. Oh, my god?! What are you doing Azira? Mukaku terlalu dekat dengan mukanya. Mata kami saling memandang ke pola biji mata. Kini mukaku kian merah seperti buah strawberi.

" Ah! Maaf! Saya bukan menggoda! I'm just to leave!". Kerunsingan membelit jiwaku.

Mataku berputar-putar memandang sekeliling.Tiba-tiba, aku teringatkan hal di kolej hari ini.

"Hah?! Saya kenal awak!". Aku menjerit kerana aku tahu dia siapa.

"K.. Kau tau aku siapa? Si.. Siapa aku bagi kau?". Dia menjawab dengan reaksi yang penuh harapan.

"Awak lah mamat senpoi yang suka baca buku dan langgar saya kat kolej pagi tadi, kan?". Aku yakin kalau aku betul.

Kelihatan ukiran dibibirnya mulai menjadi kabur. Dia mengukir senyuman palsu dan memandang ke tanah dengan perasaan hampa.

"Saya salah cakap ke?". Aku bertanya melihat mukanya menjadi suram.

Apa yang difikirkan olehnya?

-----------------

Back to Daniel...

Perasaanku sudah di tahap maksimum. Mukaku menjadi merah padam selepas melihat gadis yang aku langgar. Ternyata Azira yang aku langgar. Peraasaanku kian memencak. Aku masih menguncikan mulutku.

"Ppff! Muka awak semerah tomato". Dia berkata dengan gelak tawanya yang comel.

Titisan CintaKu Dari Kecil || TAMAT || By B.M.HWhere stories live. Discover now