Bab 6
[Ketahuan Akhirnya]Pagi menyelak langsir cuaca. Daniel masih dalam kebingungan walaupun matanya sudah terbuka. Dia bergegas ke kamar mandi dan menyiapkan dirinya. Selepas itu, dia menyediakan sarapan untuk dirinya dan Syukor. Syukor masih lagi mandi di kamar mandi. Kedengaran Syukor menyanyi dari tingkat atas.
*******
I'm the bad liar~Bad liar~
Now you know~
Now you know~
*******
"Hoi! Mandi tu pun nak nyanyi ke?! Diamlah sikit". Aku menjerit padanya.
"Yelah yelah!". Balas Syukor
"Buat malu jiran je lah kau ni".
"Ah, biau aje lah!", dengan selamba.
Nak je aku naik atas dan padamkan lampu bilik air tu. Buatnya jiran sebelah datang marah. Aku jugalah yang bereskan. Geram betul. Haisssss....! Oh, ya!
Kejadian kejar-mengejar pada waktu malam semalam. Hari ini, Syukor memakai plashter di bawah matanya. Tak kuduga akan kupukul juga kawanku ini. Haha! Kesihan Syukor. Tiba-tiba, Syukor turun sambil memasang muka masam.
"Alah, cool man! Kau yang cari pasal dengan aku". Aku mengusiknya.
"Cool apa?! Muka aku ada plashter bawah mata!", sambil jarinya menunjukkan pelekat yang ada dimukanya.
"Biarlah. Aku ada plashter kat hidung. Kita kan geng", sambil aku mengunyah roti telur.
"Haih, bolehlah. Kita geng". Syukor hanya boleh mengeluh.
Kami bergerak ke kolej bersama. Kami sampai di kolej tepat jam 8:00 pagi walaupun kelas kami bermula pada jam 8:30 pagi. Aku seperti biasa akan duduk dan membaca buku di tempat dudukku.
"Awal sangatlah anak daddy ni sampai kelas. Bosan gilerr". Syukor hanya merenget.
"Sabar je lah, Saiko. Mainlah henpon kau tu". Aku tertawa melihatnya kebosanan.
YOU ARE READING
Titisan CintaKu Dari Kecil || TAMAT || By B.M.H
Roman d'amourKisah bermula apabila Azira berpindah ke sebuah kolej untuk bertemu rakan baiknya semasa kecil, Daniel. Pada mulanya, Daniel merahsiakan identitinya daripada diketahui Azira. Mengapa Daniel tidak memberitahu Azira perkara sebenar? Sedangkan, Daniel...