9🐞BILIK RAHSIA

71 25 3
                                    

       AKU ternganga demi melihatkannya. Terasa takjub dengan apa yang terpampang di hadapan mata. Di dalam bilik ini terdapat banyak bahan bacaan serta keris. Kesemuanya elok tersusun, daripada saiz yang paling kecil hinggalah saiz yang terpanjang.

Tidak dilupakan wangian di sini. Mirip benar dengan haruman yang papa selalu pakai. Tenang dan damai. Sekelip mata masalah akan hilang apabila melintasi ruangan udara. Baunya tidak menyengat tetapi masih kuat. Unik.

Mataku sudah terbuntang manakala tangan mula merayap ke segenap ukiran kayu pada pemegang keris. Ada yang berkepala harimau, burung dan lain-lain.

Buku-buku di sini pula bersaiz besar belaka namun yang paling dikagumi ialah tiada walau sekelumit habuk dan debu apabila permukaannya disentuh.

Bilik ini memanjang lalu bersambung dengan bilik mandi maka tidak aneh untuk aku tidak perasan akan kewujudannya. Buku yang tersusun cantik di atas rak manakala keris elok tersusun di dalam meja kaca. Memukau.

Di hujung bilik pula terdapat sebuah seni bina ukiran kayu berbentuk kubus manakala ditengahnya berlubang. Ia diisi dengan pelbagai jenis tongkat di mana pemegangnya diukir cantik malah rona warnanya turut berbeza.

Jujur, aku sendiri tak tahu apa nama bekas tersebut tapi tidak pula ditanya.

Kaki lekas melangkah menuju ke arah sana. Entah mengapa, aku lebih mengagumi ciptaan bekas yang mirip pasu itu. Ia benar-benar berbentuk kubus namun masih mampu menampung tongkat setinggi itu.

Ukiran kayunya cantik, bahagian dalam masih dapat ditonjolkan maka dalamannya dapat dilihat dari luar.

Seperti biasa, tangan ini tidak mampu ditahan untuk merayap ke mana-mana. Semuanya kelihatan menakjubkan.

Pandanganku beralih pula pada dinding bilik. Permukaannya putih keemasan, kelihatan bersih tanpa perhiasan kerana ruangan bilik ini sahaja sudah penuh dengan pelbagai barangan dan masih kelihatan kemas.

Aku merenung papa. Bagaimana dia mampu menyembunyikan ruangan ini daripada hari pertama kakiku melangkah ke sini. Selama 18 tahun lamanya.

Papa hanya beriak tenang bagai tiada apa-apa yang baru berlaku. Seakan-akan kami sudah biasa ke sini. Dia hanya berdiam sejak awal. Mungkin kerana tidak mahu mengganggu gerak langkahku di serata ruang.

"Pa? Cantiknya, bila papa buat semua ni? Kenapa Asy tak pernah tahu?"

"Papa bukan tak nak beritahu kamu tapi papa tunggu ketibaan harinya," riak wajah itu tetap tenang dan bersahaja.

"Ada banyak lagi yang kamu perlu tahu," tambah papa lagi sebaik sempat aku memotong.

Wajah tenang tadi, hilang. Ia mula bertukar keruh dan itu membuatkan diri ini makin bergelodak ingin tahu.

"Nah, ambil dan baca," sebuah buku tebal dihulur padaku.

Dahi ini sudah berkerut-kerut melihatkan situasi yang sedang berlaku. Buku apa ni? Kulitnya seakan-akan merekah namun apabila disentuh, teksturnya masih elok. Tiada tanda-tanda dimamah usia apabila dibelek warna helaian di dalamnya.

Perasaan negatif terus terpadam sebaik sahaja menghirup wangian di ruangan ini. Sungguh, serangan sakit kepala pun tak berani nak singgah. Aromanya memikat, segar dan menarik. Aku tertanya-tanya akan nama wangian ini.

Papa beredar keluar. Pintu turut ditutup sekilas. Kerusi malas yang terletak di tepi rak buku, dihenyak selesa oleh punggungku.

Suis kipas sudah sedia terpasang sebelum aku masuk. Tiada tingkap, menjadikan bilik ini agak panas. Satu-satunya laluan udara ialah dari bawah pintu yang tidak mencecah lantai.

Aku bersandar selesa lalu membuka helaian pertama. Sungguh tidak dijangkakan apabila terdapat sekeping gambar tertampal di ruangan itu. Aku menatapnya bagai hendak tembus bagi memastikan aku tidak tersalah pandang.

xxxxxxxxxx

Sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki dalam dukungan si ibu. Sebelah si ayah, sesusuk tubuh yang amat kukenali.

Aku memerhatikannya tajam. Masih tidak jelas akan keberadaannya di situ. Sedangkan pasangan itu ialah abah dan ibu aku namun kanak-kanak itu, dia bukan aku. Aku pasti.

Dada aku bergetar hebat. Perasaan ini mencengkam kuat. Sakit. Ia benar-benar jelas. Buku itu dikatup kuat, tak mampu meneruskan sebelum perasaan mula mengawal diri. Riak wajah ini benar-benar tegang.

Sesiapa? Tolong jelaskan semuanya. Aku penat berkeadaan begini, tertanya-tanya, terpinga-pinga, habis semua kerja tergendala.

Aku tahu, aku tak dapat menyembunyikan perasaan marah lalu aku beredar terus secepat mungkin.

Aku tak mahu menatap wajah itu buat sementara. Dia juga tidak menegur apabila melihat aku tergesa-gesa keluar. Huh, abaikan dia. Aku patut lebih tenang namun ia agak sukar.

Aku tenung buku tu, memohon agar segala persoalan yang bermusim di benak terungkai satu persatu. Tangan bertindak mengambilnya setelah menerima isyarat dari otak.

Otak, ciptaan-Nya yang cukup hebat dan sempurna. Dia Maha Berkuasa melakukan apa sahaja mengikut kehendak malah setiap yang diciptakan dan diizinkan berlaku penuh dengan hikmah. Jauh daripada jangkauan manusia yang lemah.

Nafas ditarik dalam melepasi rongga hidung. Buku yang sedia terpegang diselak perlahan. Helaian demi helaian, banyak gambar yang dapat dilihat.
Wajah ayah dan ibu melintasi ruangan memori. Benar, wajah di sebelah abah ini tidak asing lagi.

Memori pada sambutan di awal bulan Syawal, kebanyakannya terletak di sini. Jelas pada pandanganku, kanak-kanak lelaki itu membesar.
Hati ini merintih pedih apabila melihat wajah suci itu tersenyum gembira tetapi dia bukan aku. Siapa dia? Ya Allah.

Tanganku terhenti pada muka surat yang terletak di pertengahan buku. Helaian ini kosong. Dahi berkerut sedikit. Helaian itu disentuh lalu air mata tiba-tiba menitik jatuh ke atas permukaan putih bersihnya.

'Akim, kau nangis?'

Aku bangun lalu menuju ke arah jendela. Tirai jendela dibuka perlahan-lahan sebelum angin menderu laju meniup wajah kacak ini. Sejuk, gelap malam menyapa pandangan.

Di sini, tiada pemandangan bangunan pencakar langit. Tiada bintang palsu seperti yang terhasil dari pemandangan atas bukit. Ia kerana ini hanya kawasan luar bandar yang masih terjaga namun tidak dinafikan, ia semakin berkembang maju.

'Ash'ar, maksudnya berjiwa halus atau lembut hati. Lembut hati tu bukan maknanya lemah, Akim. Ia lebih kepada kekuatan dalaman. Setiap perkara yang telah berlaku, kita kena redha dan kekuatan diri kita akan terbina dari sini. Anak abah, pahlawan yang kuat!'

Suara itu seakan-akan diperdengarkan kembali bagai ulang tayang. Di mana abah sedang memelukku erat sambil mengusap rambut tanda memujuk. Jujur, memori zaman silamku penuh dengan bayangan abah maka tidak pelik jika diri ini lebih merindui abah daripada si ibu.

Seulas senyuman tercalit di wajah sambil menatap langit yang kian kelam.

Ya, Hakim Asy'ar itu nama aku tapi lain pula yang tertulis di buku itu. Seulas nama yang tak pernah terlintas di fikiran sejak dahulu, Haziq Azfar.

Otak tetap diperah, mukanya mirip sekali denganku namun mengapa tiada memori walau sekelumit yang kami berkongsi bersama-sama? Siapa kau, budak?

.

.

.

Okey, aku nak ajak korang main game, boleh?

Eh, aku tetap nak jalankannya.

Haa okay, erm kalau cecah 80 vote, aku akan tulis ~1.5k pp untuk chapt 15. Tapi kalau cecah 100 vote, aku kasi double update dengan jumlah pp yang sama.

Kiranya, aku kasi tempoh sampai chapter 14 dipublish la

Jangan risau, aku dah edit bab-bab sebelum ni so aku akan sentiasa upgrade buku ni.

OK, GAME START NOW!

JANJI MISTERIWhere stories live. Discover now