10🐞UJIAN

63 24 2
                                    

       KELOPAK mata yang memberat dikuis-kuis dengan jari telunjuk. Penat sangat semalam. Biasalah, banyak sangat fikir sampai tak sedar dah lelap. Perlahan-lahan tubuh diangkat bagi menukar kedudukan agar bersila.

Sebaik sahaja berupaya membuka mata bagi mengizinkannya bebas dari sangkar, sepasang kaki automatik tertegak. Mata terbuka luas apabila cahaya menyelinap masuk di celah-celah lubang tingkap.

Jam tangan yang setia di sisi lekas dicapai. Allahu Akbar! Jarum panjang cantik terarah pada digit sembilan, begitu juga jarum pendek yang tak pernah membesar seperti Upin dan Ipin.

Tergesa-gesa kaki melangkah ke perigi setelah berjaya mengambil tuala dan kelengkapan pakaian. Biasalah, hidup orang bujang. Rutin hariannya hanya berulangan.

xxxxxxxxxx

"Tuan, jom la kita masuk sama-sama," tiba-tiba suara itu menjengah salah satu pancaindera pinjaman sementara bagi diri ini.

Aku berpaling ke belakang. Raut wajah itu beriak biasa sahaja. Eh, aku seorang sahaja ke yang terkejut ni? Mustaqim atau lebih mesra dengan panggilan Mus, menghampiri lalu menepuk bahuku berkali-kali.

"Meeting kali ni ditunda, alhamdulillah, semua setuju," jelas Mus.

Aku terkebil-kebil sebaik sahaja mendengarkannya. Maksudnya, semua maklum aku terlewat untuk meeting kali ni ke macam mana?

"Tak payah la buat muka macam tu. Memang bilik mesyuarat tu dah penuh tapi nak buat macam mana. Aku pun minta kerjasama semua supaya sambung kerja. Dah, aku tak nak ulang banyak kali. Macam mana kau boleh terlambat pula ni?"

Amboi, tadi bukan main bertuan-tuan. Ni dah aku-kau balik. Aku ketap bibir.

Jelas, Mus menyorokkan sengihannya dari aku. Ya Allah, malunya namun cepat-cepat perasaan itu dihalau. Tak boleh jadi. Aku berdecit perlahan. Geram!

"Ish, tak nak cerita tak payah. Aku pergi sambung kerja dulu la eh," tangan dilambai persis seorang anak mengizinkan pemergian si ayah pergi kerja.

"Mus!" panggilku tanpa berlengah.

Langkah kaki itu serta-merta terhenti lalu berpusing menghadapku di belakang. Mus, antara pekerja yang masih bertatih di sini namun itu tidak menghalang dirinya untuk merapatiku. Apa-apa masalah, kami sudi berkongsi antara satu sama lain.

"Kau tunda pukul berapa?"

"Esok pagi."

Aku mengangguk lalu dia terus beredar. Patutlah senyap je bilik mesyuarat ni dari tadi. Rupa-rupanya memang tak ada orang. Mujur sahaja Mus datang menegur. Lebih kurang lima belas minit aku tunggu belakang ni. Nak intai, tak berani.

Aku menggeleng perlahan. Apa yang nak ditakutkan, budak besar? Pejabatku dihampiri, bersebelahan dengan surau di chalet ini.

"Macam mana boleh lambat, Akim? Aduh, mujurlah setahun sekali je benda ni jadi," ujarku perlahan, menyembunyikan rasa bersalah yang kian menebal.

Kau bayangkanlah, semalam bukan main lagi aku war-warkan bahawa  hari ini akan diadakan mesyuarat. Boleh pula terlewat bangun. Tu lah, semalam mata tak nak ngantuk awal, duk buat drama. Malu-malu!

xxxxxxxxxx

"Asy! Tunggu la, aku tak habis cakap lagi ni!"

"Kau nak apa lagi? Aku dah kata kan, aku tak nak!" bantahku keras.

"Kenapa pula? Papa suruh singgah sekejap je pun."

Aku pandang bawah. Kalau tengah marah, jangan berani-berani buat keputusan tapi lain pula sekarang, aku dipaksa! Aku tak nak! Aku tahu mulut aku macam mana, bila-bila masa ayat tak sedap didengar boleh terkeluar kalau tengah marah.

"Azri, please. Don't make me. If I can, I will, but not now. Not today. Respect my decision. I don't want to hurt anyone cause I know who I am," senyuman sedaya upaya diukir walaupun agak keruh.

Azri mengangguk, ditenungku lama lalu beredar. Aku tahu dia penat, datang sini semata-mata nak pujuk aku balik rumah papa sedangkan dia sendiri kusut dengan kerja sendiri yang bertimbun.

Maaf sebab tengking kau, Azri, nanti aku belanja kau makan. Senyuman ditarik lebar. Puas bila dapat menyenangkan hati sendiri.

Nafas lega dihela perlahan. Tiba-tiba perut ni berbunyi.

"Ya Allah, aku ingat bunyi apa la tadi. Jom la, kita makan sama-sama. Ha, jom!" ajakku perlahan tapi masih dengan nada bersemangat.

Riak wajah dikawal sehabis baik, takut dicop gila. Mahu tak bertemu jodoh. Dah la muda lagi, kacak pula tu. Sayang sekali, duduk dalam kurungan hospital sakit jiwa. Erm, jaga sikit mulut tu. Astaghfirullah.

Sebaik tiba di restoran berdekatan, nasi ayam dan segelas air coklat panas dipesan sebelum ia dijamah dengan penuh berselera. Maklumlah, dari pagi perut ni kosong. Lapar.

Kaki melangkah keluar dengan wajah yang girang. Ha, perut pun dah kenyang. Tak kan lah nak monyok pula. Sebaik sahaja motosikal kesayanganku menjamu pandangan mata, langkah girang tadi tidak berlengah untuk berhenti.

Motosikal hitam itu ditenung dalam. Ada yang tak lengkap la. Kaki dilangkah menghampiri motosikal kesayangan yang kelihatan aneh.

Tayar sepasang, tempat duduk, topi keledar putih, cermin... eh?

"My dear, where are you?" hati yang pada mulanya tenang kian gusar. Cermin sisi kanan motosikal Yamaha RX King hilang! Patut la cacat semacam tapi bagaimana?

Buntu. Serta-merta minda ini kosong. Tak tahu nak bereaksi bagaimana. Ditilik-tilik motosikal itu, ada kesan calar di merata tempat. Lunyai ni, nak kata salah parkir, tak juga.

"Abang? Motor abang ke ni?" aku memandang sekilas wajah itu. Motosikal kesayangan yang sudah lunyai lebih menarik untuk ditatap.

Patutlah pagi tadi rasa berat hati nak naik, rupa-rupanya motosikal ini akan menjadi mangsa kekejaman masyarakat.

Pilu hati ini apabila tiada sesiapa pun yang berjaya menangkap pesalah. Mentang-mentang motor aku je yang ada di sini, dibuatnya tak nampak. Eh, budak hingusan sebelah aku ni apa? Tunggul?

"Ya saya," akhirnya mulut dibuka untuk menjawab.

"Oh. Nah, ni nombor pendaftaran kereta yang langgar motor abang tadi. Eh, lupa nak tulis, kereta BMW tu warna hitam. Ha, baik abang buat laporan polis cepat. Sekurang-kurangnya tanggungjawab orang tu dapat ditunaikan," ada diselitkan arahan di situ, aku menyambut kertas yang diserahkan.

Aku memandang remaja dihadapanku ini. Anggaran usianya sekitar 20 tahun tetapi apabila dilihat kepintarannya, memang bukan calang-calang orang. Cukup bersedia dan sudi menghulurkan tangan.

"Abang, okey tak? Untuk keterangan, saya tak boleh bantu sebab ada hal tapi saya dah tulis nombor telefon saya kat belakang kertas tu," jelasnya sebelum sempat aku bertanya apa-apa.

Aku mengangguk perlahan. Cukup bersyukur.

"Ha, satu lagi. Kereta hitam tadi tu nak undur dari sana, lepas tu terlanggar motor abang sampai terjatuh. Saya tolong angkat, tengok-tengok cermin dia dah tertanggal. Ada calar-calar sikit saya tengok. Kereta tu cuma bunyikan hon je, lepas tu terus pergi. Apa nak jadi la dengan dia tu. Eh, abang tak dengar ke orang bising-bising panggil abang?"

Aku menggeleng laju. Mungkin ketika itu, aku sedang berada di dalam tandas. Cuci kuah sambal yang tertumpah di baju. Dah la baju warna putih.

"Oh, tak apalah bang. Ujian untuk abang la ni, bawa bersabar ya. Ha, cermin motor abang tu kat tepi tayar depan. Saya tak tahu nak letak kat mana. Sadis pula bila tengok lama-lama," tambahnya lagi.

"Terima kasih dik," wajah cuba dimesrakan.

"Sama-sama, assalamualaikum. Saya pergi dulu, apa-apa hal, rojer."

"Waalaikumussalam," balasku perlahan.

Benarlah kata-katanya. Inilah ujian untukku. Benda dah jadi, nak marah pun tak boleh. Tak mengubah keadaan yang sudah sedia berlaku. Lafaz istighfar bergema di dalam ruangan batin agar bertenang.

.

.

.

Agak hambar kan. Ha, ya tahu dah.





JANJI MISTERIWhere stories live. Discover now