HUJAN lebat di luar membangkitkan suasana pagi. Tenang dan damai, mata juga tidak henti memandang suasana di luar. Tangan kanan disandarkan ke pintu. Suasana alam yang sudah semula jadi cantik, tak perlu pergi jauh, sudah mampu dinikmati di sini.
Hati juga turut nyaman melihat air yang tercurah dari langit. Apatah lagi demi memikirkannya, betapa besar rahmat Tuhan. Air yang tersiram ke bumi ini sudah ditentukan jumlahnya, tidak lebih dan tidak kurang. Bukan untuk hari ini sahaja malah untuk sepanjang usia bumi ini di serata tempat. Masa yang turut diciptakan tuhannya.
Sungguh, nikmatnya tidak ternilai. Begitu jugalah rezeki-rezeki hamba-Nya yang lain. Daripada awal kewujudan sehinggalah usia yang tidak terjangkau dek akal.
"Masha Allah," lafaz itu terzahir di bibir.
Jam sudah menginjak pukul enam. Mujurlah Azri menumpang di sini sebaik sahaja mengetahui keghaiban motosikal kesayanganku. Tak perlulah aku merajinkan diri bagi menempah grab memandangkan hari ini ada mesyuarat pada awal pagi.
xxxxxxxxxx
Setelah semua bersurai, duduk dilabuhkan lalu tubuh tersandar elok di kerusi beroda yang disediakan.
Mereka akan meluaskan tanah tapak cawangan ini malah ia juga akan diperuntukkan bagi disewa kepada mana-mana peniaga sebagai kedai runcit atau gerai makanan dengan harga yang sederhana.
Sesiapa yang akan ditempatkan di situ sudah diberikan kursus khas kerana rata-ratanya masih merangkak dalam bidang perniagaan dan terpilih melalui latar belakang yang memerlukan bantuan kewangan.
Kos permulaan agak tinggi, namun berkat kegigihan masing-masing, masalah dapat dihadapi dengan baik. Mereka perlu saling bekerjasama bagi menjalankan projek ini.
Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang lebih sesak di dada. Sesuatu yang kemungkinan besar mampu menangguhkan projek ini.
Masyarakat di kampung ini takut untuk keluar dari rumah, kanak-kanak dibiarkan melalak di dalam rumah berbanding dibiarkan keluar.
Mereka seharusnya lebih bijak menggunakan insiatif lain bagi menangani kedegilan anak-anak. Hal ini sudah berlanjutan sejak kelmarin lepas.
Benar, masing-masing runsing dengan kes kehilangan kanak-kanak yang makin meluas di kampung ini. Sungguh, ia benar-benar pelik. Azri juga tak sanggup nak tinggal di rumah sendirian lagi. Dia tak nak stress berseorangan, maka diajaknya aku bersama.
Mengapa hanya di kampung ini ia terjadi? Mengapakah kes ini berlanjutan seolah-olah penjenayah itu tidak takut langsung. Mengapa tiada sebarang kesan kehilangan mereka?
Sudah ramai orang luar yang dipanggil, tenaga penyiasat-penyiasat dikerah dan sudah berselerak di kampung ini namun masing-masing menemui jalan buntu. Begitu juga masyarakat di kampung-kampung berdekatan yang prihatin.
"Kau tenung meja, Asy?" ucap nada itu mendatar.
Aku mengalihkan pandangan ke arah kertas yang perlu disemak. Kepura-puraan yang jelas kelihatan namun ya, kisah pula aku.
"Ni mesti fikir tentang kes kat kampung kita tu kan? Semua orang risau, Asy. Normal la kan tapi... " aku merenung Mustaqim dalam.
Apa? Seronok sangat ke cakap terputus-putus. Aduhai, sabarlah hati. Kepala dipanggung sebelum merenung wajah itu.
"Eh, kau berminat nak dengar pendapat aku ke ni?" nada itu bertukar teruja.
Eh, dia ni. Nak je aku sepak tapi tu la, anak orang. Kawan aku juga. Hesy.
Mustaqim tersenyum sumbing malah sudah duduk di kerusi sebelah kananku. Paling hampir dengan pintu masuk.
"Kau tak bagi salam ke?" agak kasar nada yang digunakan.
"Eh, agak-agak la. Aku dah sebut tiga kali tapi pintu tak kunci, aku pun bukalah. Maka, nampaklah patung yang memang tak berkelip pun mata dia. Tak puas hati dengan kau, aku bagi salam lagi kuat tapi tu la, tak ada orang kan," bedilnya.
Bibir diketap rapat. Aku tersenyum sedikit, berusaha memadamkan api yang membakar jiwa.
"Aku tak perasan," belaku.
"Ya lah. Maaf," aku mengangguk perlahan.
"Apa pendapat kau yang terputus tu?" tanyaku mendatar.
"Aku rasa kita kena tangguhkan dulu lah. Aku tengok masing-masing murung tadi, risau dengan keluarga, anak-anak."
"Tak cukup lagi ke dengan tangguhkan kursus tu?" pendapat Mustaqim cuba dipinta.
"Pembinaan bangunan tu, teruskan. Tak ada sesiapa pun nak bantah tapi kalau kita fokus untuk tolong orang kampung, itu lebih utama."
"Maksud kau?"
"Ni pendapat peribadi aku. Erm, aku cadangkan kita semua ambil cuti dulu, biar keadaan lebih reda. Masa tu, kita boleh tolong orang kampung cari budak-budak ni. Pagi, petang dan mungkin sampai malam," jelas Mustaqim.
"Okey boleh tapi dengan syarat. Aku izinkan kepada golongan yang sudah berkahwin dan sudah beranak-pinak. Maknanya, yang lain kerja macam biasa, kita buat solat hajat. Untuk chalet ni, kita tutup serta-merta dulu," lafazku setelah lama berdiam.
Risau. Perkataan itu adalah yang paling tepat apabila kata putus diambil.
Mustaqim mengangguk setuju setelah terdiam buat beberapa detik. "Aku setuju!"
xxxxxxxxxx
"Asy, motor kau tu bila boleh siap?"
"Esok. Kenapa?" teh dikacau laju setelah ditaruh gula.
"Oh, nanti boleh la kita tukar-tukar. Aku pun dah lama tak naik RX King kau tu."
"Boleh tapi jangan parkir kat tempat kosong macam aku hari tu," izinku bersyarat.
"Ha, ya lah. Aku akan jaga dia molek-molek," balas Azri sambil tersengih.
Aku mengangguk lalu beredar keluar. Televisyen di ruang tamu dipasang sebelum melabuhkan duduk di situ. Drama yang sedang ditayang di permukaan kaca itu menarik perhatianku langsung dikuatkan sedikit nada pada alat kawalan jauh.
"Eh, sejak bila Asy layan drama ni?"
"Suka hati aku lah. Kenapanya?" balasku tenang.
"Jarang tengok kau macam ni. Biasanya kau layan orang putih memasak walaupun masakan kau biasa-biasa je," ulas Azri.
"Yang tu malam, sekarang petang. Tak mula lagi," terangku senada.
"Oh, patutlah. Drama ni best ke?"
"Entah la. Kau tengoklah, aku nak makan. Jangan kacau."
Azri mengangguk laju.
Sudah faham sangat dengan tabiat aku yang tak makan sambil bercakap. Cakaplah apa pun masa tu, memang tak akan masuk. Fokusku memang akan tertumpu kepada makanan, rezeki yang telah ditentukan oleh-Nya.
Televisyen pun dah tak ada fungsi, dibiarkan terpasang. Hanya Azri yang memandang.
"Bismillah dulu," pesan Azri.
Aku memandangnya seraya tersenyum. Isyarat berterima kasih kerana aku sering terlupa akan hal itu maka aku tidak segan untuk melantiknya sebagai jam loceng aku. Mujurlah dapat digantikan dengan lafaz 'bismillahi lil'awal liwal'aakhir'.
Biasanya, aku memang bantai makan terus, dah nak separuh baru perasan. Agak teruk juga la tu maka begitu jugalah tarikh hari jadi sendiri pun aku ingat-ingat lupa. Sadisnya alahai.
Lafaz basmalah diungkap sebelum sesuap nasi lenyap ditelan mulut setelah dikunyah buat beberapa kali. Rezeki namanya ni.
.
.
.
Hahahahaha I cannot brain la tajuk tu pfft.
YOU ARE READING
JANJI MISTERI
Mystery / Thriller_______..._______ "Diam! Abah kau dah mati!" "Abah! Abah Akim tak mati! Akim nak abah! Akim nak peluk anah! Abah!" rintihku lalu kepalaku serta-merta terteleng laju. "Degil! Nak lagi?" Esakanku makin lemah. Pedih! Cecair darah yang mengalir di mulut...