"AKU tahu kau nampak aku, Asy. Aku tahu semuanya tentang arus keturunan kau. Begitu juga orang yang berusaha menjatuhkan kau," ujar suara garau yang entah datang dari arah mana itu sebelum tergelak sakan.
Aku hanya menganggapnya sebagai angin lalu sahaja. Nampak benar ia hendak melaga-lagakan hubungan aku dengan orang lain.
"Asy, sampai bila kau nak jadi guli ni? Tergolek sana, tergolek sini. Apa yang Fudhail cakap, kau ikut. Kau dah serupa mainan dia. Apa yang dia nak daripada kau sebenarnya?" tambahnya lagi.
Walau bagaimanapun, hati masih dicekalkan dengan alunan zikir yang sentiasa diamalkan sejak kecil.
Tok guru yang telah dibayar khas oleh Fudail. Diri ini tidaklah sehebat mana, seringkali tersungkur dan bukan seorang ustaz namun nilai ilmu itu terlalu berharga untuk disia-siakan.
Usah dengarkan bicaranya. Biarkan ia. Fokusku benar-benar terhadap ayat Kursi yang dibaca. Dihayati setiap baris maksudnya. Dengan izin-Nya, ia lenyap sendiri. Alhamdulillah.
Mengapa? Apa urusannya ke mari? Pelbagai persoalan yang bertindih namun tidak membebankan. Sekeliling rumah ditatap kosong, Azri sudah lena sejak dua jam lepas. Benar-benar keletihan dengan kes misteri yang ditanggungnya.
Buku tebal yang baru selesai dikhatamkan itu terletak elok di atas meja. Nak ikutkan hati, banyak lagi yang aku nak tahu tapi tak mungkin ingin dipaksa pula Fudail itu. Biarlah, satu hari nanti pasti ia akan pecah juga.
Aku mendepakan tangan setelah selesa di atas baringan. Khenyuk-khenyuk kain pelikat yang telah terhampar.
Bagaimana dengan hari seterusnya? Sudah lima orang kanak-kanak menjadi mangsa penculikan. Kesemuanya lelaki.
Ya Allah, berikanlah petunjuk-Mu agar kami bersatu menamatkannya begitu juga sedikit kekuatan agar semuanya dapat diselesaikan dengan hati yang tabah.
Penat berpura-pura memejam mata, akhirnya aku terlelap tanpa sedar. Ha, biasalah tu.
xxxxxxxxxx
Fail-fail di atas meja disusun kemas sebelum secawan teh strawberi panas dicapai dan dihirup perlahan. Tawar tapi sedap. Hanya dengan dua kali teguk, ia habis.
Kedengaran pintu utama bilik itu diketuk.
"Masuk," laungku perlahan dari dalam.
Kepala dipanggung perlahan. Ish, main-main. Suka eh main-mainkan aku.
Setelah dua minit berlalu, tiada juga yang menjenguk masuk. Bayang tapak kaki tadi lenyap begitu sahaja. Fahamlah aku.
Cawan tadi dibawa ke singki sebelum ia dicuci. Langkah dibawa ke meja sebelum melabuhkan duduk di atasnya. Derap kaki dapat ditangkap menuju ke arah bilik ini. Satu-satunya bilik di kawasan ini, jauh dengan bilik-bilik yang lain.
"Assalamualaikum... Asy," laung suara itu dari luar bersama ketukan yang menggegarkan pintu.
"Waalaikumussalam... masuklah," balasku setelah lama berdiam.
Pintu dibuka sebelum susuk itu menjenguk lalu melangkah masuk menuju ke arahku yang sedang merenungnya. Jarang budak ni nak singgah sini. Aneh sebanyak yang boleh. Seboleh-bolehnya yang boleh. Itulah perasaan yang sedang aku hadapi.
"Apa kau nak?" tanyaku.
"Aku..."
Mataku terarah pada fail ditangannya dan tangan itu menggeletar. Fail itu turut menerima gegaran yang sama.
Aku memanggung kepala sebelum dapat mengesan riak itu.
"Duduklah, aku nak pergi ambil air jap," arahku sebelum meninggalkan lelaki itu sebentar.
Cawan yang tersidai elok di atas arca berbentuk pokok di atas meja dicapai dengan tangan kanan. Diambil lagi satu dengan tangan yang sama sebelum beredar.
Uniknya, fail yang dipegang Syazwan bercorak bunga. Ah, siapa tak kenal dia yang terlalu gemar akan corak flora. Mujur sahaja tiada glitter sebagai penambah seri di situ.
Air putih bersih yang mengalir itu tidak pernah mengecewakan. Sungguh,anugerah-Nya tiada tandingan. Air inilah yang sentiasa dicari dan tak akan habis sebelum tiba waktunya di mana usia dunia sudah di hujung tanduk.
Air kosong. Keperluan semua hidupan di atas muka bumi ini. Setelah berjaya memenuhi kedua-dua cawan dengan air kosong itu, kaki segera melangkah ke bilik yang berhampiran sahaja.
"Nah," cawan diletakkan tepat pada tatapan mata si bujang. Eh, tak sedar diri lagi rupanya aku ni. Ah, sama-sama bujang. Apa-apa pun lah.
Syazwan kelihatan sedikit terperanjat dengan kemunculan objek itu. Aku hanya buat-buat tak nampak.
Laju air itu mengalir melalui kerongkongku. Lega.
Syazwan yang masih berdiam diri dihiraukan. Buku majalah Mastika dibelek-belek sebelum dibaca topik yang menarik hati.
Kaki turut disilangkan, bantal kecil yang sudah tersedia di atas sofa berdekatan dicapai sebelum dipeluk. Tabiat sejak kecil apabila membaca, mendengar atau menonton kisah seram.
Helaian demi helaian diselak satu persatu sebelum ia dikatup kuat. Geram!
"Wan, cakaplah. Apa kau nak?" nada diperlahankan walaupun masih kedengaran kasar. Biarkan.
"Tuan, sebenarnya... adik saya hilang."
Wajah itu direnung dalam. Menanti kata-kata seterusnya.
"Saya tak tahu nak buat apa. Apa saya nak jawab dengan kakak saya nanti? Saya dah suruh Syifa kunci rumah, tuan... tapi semalam, saya balik dan rumah tu kosong walaupun dah terkunci. Ss... semua salah saya tapi saya tak tahu nak buat apa lagi. Macam-macam benda saya dah buat."
Luahan itu, sarat dengan kepedihan yang menyengat. Penuh dengan kebuntuan, sepi dengan kehilangan. Rautnya sendiri sudah hilang seri.
Aku juga dapat merasakannya. Kehilangan. Kesepian. Kekosongan. Walau bagaimanapun, jalan keluar masih ada. Hamba-Nya tidak terlepas daripada ujian.
Sayang, kasih-Nya melimpah-ruah. Ujian merupakan sebuah bentuk hadiah. Terimalah ia dengan hati yang terbuka namun bagaimana pula jika ia tertimpa atas diri ini? Adakah aku mampu menerimanya dengan mudah atau senang hati?
Aku merenung Syazwan yang masih menunduk. "Apa yang kau nak aku tolong?"
Syazwan mengangkat wajahnya. Matanya sudah merah menahan rasa. Bagaimana dia masih boleh menghadiri kerja sedangkan dia dalam masalah?
"Saya tak percaya orang lain tapi saya percaya tuan," tiada walau sedikit gentar dalam bicara itu.
Demi mendengarkannya, hilang terus keberanianku untuk memandangnya seperti tadi.
"Tuan, silakan. Masalah ini sudah meluas. Alasan yang cukup kukuh untuk tuan mara ke hadapan. Saya tahu tuan mampu tolong saya," kata-kata yang cukup menggegarkan hati.
Bagaimana aku mampu melakukannya sedangkan aku sentiasa kalah. Bagaimana dia begitu yakin sedangkan peluang terlalu nipis.
Pelipisku diurut perlahan. Aku berusaha untuk lari daripada semua ini namun ia seperti tidak lelah mengejar.
Bagaimana pula Syazwan mampu mengetahuinya? Ya Allah, pilihan apa yang aku ada sedangkan diri ini terlalu lemah. Kuatkanlah semangatku dengan kekuatan-Mu, izinkanlah ia pulih dengan keredaan-Mu. Sesungguhnya, semua ini milik-Mu.
Sepi bernaung di ruangan ini. Syazwan bangun sebelum beredar. Pintu dibukanya tenang sebelum langkahnya mati di situ.
"Saya harap, tuan boleh tolong saya. Apa-apa pun nanti, saya akan tetap sokong tuan. Saya akan doakan tuan," ujarnya sebelum terus pergi.
.
.
.
Alahai tajuk pun haggaga. Jangan segan silu nak tegur or komen, okay?
Sayang korang *flying kiss
YOU ARE READING
JANJI MISTERI
Mystery / Thriller_______..._______ "Diam! Abah kau dah mati!" "Abah! Abah Akim tak mati! Akim nak abah! Akim nak peluk anah! Abah!" rintihku lalu kepalaku serta-merta terteleng laju. "Degil! Nak lagi?" Esakanku makin lemah. Pedih! Cecair darah yang mengalir di mulut...