4🐞SOLAT?

93 30 2
                                    

        KAKAK kaunter ni dah tenung aku lain macam. Ish, mungkin niat dia baik la. Tak baik buruk sangka kat orang.

"Boleh saya bantu, dik?"

Aku yang kejung di situ serta merta menoleh ke arah sumber suara yang sudi membantu. Aku tersenyum sebaik sahaja melihat seraut wajah yang tenang itu. Seakan-akan bercahaya bak rembulan di malam hari. Eh.

"Kak, ni bahasa apa? Tulisan dia cantik tapi saya tak fahamlah. Ni, kenapa dia suruh kita sujud. Panduan solat? Solat yang macam kat masjid tu eh? Yang kain putih labuh ni pula baju apa, kak? Surah tu pula apa? Erm, wudhu' tu bukan yang main-main air tu ke?" berkerut-kerut wajah Qira melontarkan persoalan-persoalan yang bertimbun di benaknya.

Cepat betul dia belek buku tu walaupun dia tak faham. Biar betul budak ni. Sekurang-kurangnya, pandai juga Qira membaca. Tak ada la pening sangat orang nak jelaskan. Hmm, mesti rajin pergi sekolah. Aku dulu pun, Azri yang ajar membaca dan mengira.

"Oh, adik nak belajar solat ke? Nama adik apa, boleh kakak tahu?"

"Ya, kak. Saya nak belajar, sebab kat dalam tu, dia ada tulis solat tu wajib bagi umat Islam. Wajib untuk saya juga la kan? Sebelum ni, saya rasa kewujudan saya dekat dunia ni macam tak penting tapi hari ni, saya tak tahu la kenapa, rasa macam saya dah sia-siakan banyak masa bila tengok orang lain berjaya. Eh, meleret pula. Nama saya Aqira, kak boleh panggil Qira."

Amboi, kecoh betul mulut budak ni. Ternganga mulut pelanggan yang tengah pilih barang kat depan tu. Ya lah, suara Qira ni pun boleh tahan kuat juga bila bercakap.

Aku rasa, kalau ditanya salah seorang pelanggan yang ada sekarang, mesti dia dapat jawab dengan tepat siapa nama budak banyak mulut ni.

Qira masih tetap memandang kakak itu tajam, wajahnya penuh harapan. Aku turut ingin mengetahui reaksi kakak tu. Wah, dia tak terkejut langsung malah masih tersenyum.

Aku tak tahu kenapa, rasa sebak hadir menyelinap masuk dalam diri. Aku lekas beredar apabila telefonku berdering. Aku hanya mengisyaratkan agar Qira menunggu di situ. Tertera nama Azri pada paparan skrin.

"Assalamualaikum, Asy," suara Azri menyapa deria pendengaranku.

"Waalaikumussalam. Kau dah dapat maklumat Qira?"

"Qira? Oh, kau dah bermesra dengan dia eh? Eh, maaf-maaf. Aku dah dapat maklumat budak ni tapi macam cuba disorokkan, setakat ni masih selamat la. Nanti aku hantar fail ni kat whatsapp untuk kau semak."

"Okey, terima kasih sebab kau banyak tolong aku. Apa-apa hal penting, beritahu aku cepat."

"Sama-sama. Tak ada hal lah, kita dah kenal lama. Aku pun dah tak kisah, dah macam adik beradik. Aku segan setiap kali kau cakap terima kasih, Asy."

"Segan apanya kau ni. Terima kasih tu penting sebagai tanda penghargaan aku pada kau sebagai sahabat dan keluarga. Eh, kau tu jangan selalu tidur lewat, tak elok. Kerja macam mana pun, otak tu kena rehat juga," sibuk juga kerja sebagai seorang penyiasat ni.

Namun bila difikirkan semula, apa-apa kerja pun akan sibuk apabila bertimbun.

"Ya lah, aku tahu. Kau ni, tak habis-habis dengan bebel kau tu. Bukan aku lagi tua dari kau ke? Sepatutnya aku yang patut nasihat kau. Hah ni, kau jangan asyik nak berkepit je dengan budak tu. Jaga batas. Bukan apa, budak tu kan perempuan."

"Ya, pesanan diterima. Tengoklah nanti, aku rasa aku nak bagi dia kerja. Lepas ni, tak payah la dia keluar dengan aku dah. Kau faham kan?" aku harap ia dimaafkan.

JANJI MISTERIWhere stories live. Discover now