Bab 3 ~ You ~

7.3K 438 7
                                    

KENAPA dia nak kena sembunyikan identiti dia sampai begitu sekali? Siapa dia yang sebenarnya?

Hanya keluhan besar terhembus keluar daripada bibir mungil Khayra. Dia juga tidak tahu hantu apa yang merasuk dirinya sampai sebegini. Beberapa hari sudah lepas namun figura lelaki itu masih terlukis cantik di mindanya. Entah apa yang ada pada Titanium sehinggakan dia boleh jadi pun dia tak tahu.

"Ha!" jerit Khayra mengejut. Kenapa baru sekarang idea bernas nak keluar?

"Uhuk uhuk!" Khayra yang baru tersedar akan perbuatannya terus menyuakan air oren yang dia bancuh kepada Aqila disebelahnya. Aqila terus mengambil air tersebut lalu meneguk rakus.

"Sorry, Qila. Aku tak sengaja." Belakang badan Aqila dia tepuk perlahan. Lepas satu masalah, satu lagi pula yang timbul.

"Ha baguslah kau. Nasib tak arwah kawan kita ni. Tak pasal-pasal tunang dia meroyan," hentam Hanis yang menjadi tukang tengok. Marah-marah pun mulut masih diisi nasi. Entah lapar lempang atau lempeng pun Khayra tak tahu.

"Kau ni pun mulut... Uhuk... Jaga la sikit," marah Aqila. Setelah batuk Aqila kian reda, Khayra tersandar lega.

"Tu yang kau tolak pinggan tu dah kenapa? Makan cepat." Hanis mulai bising. Dia cukup pantang dengan perangai makan tak habis Khayra. Bila masa saja dia ni makan habis?

"Aku dah kenyang..."

"Ayra, at least makanlah nasi tu sampai habis. Kau dah lost two kilos bulan lepas. Baju kau pun habis longgar. Janganlah seksa diri kau sampai macam ni," tegur Aqila bersama kerutan di dahi. Beberapa bulan lagi dia bakal mendirikan rumah tangga. Dia risau memikirkan keadaan Khayra yang ambil ringan soal makan minum dia.

"Mana ada aku seksa. Aku tak rasa nak makan je. Lately ni selera aku tak menentu," jelas Khayra. Dia tahu Aqila dan Hanis risaukannya. Tapi mana mampu dia nak menelan jika seleranya acap kali terputus tengah jalan. Kalaulah ada ubat mujarab yang boleh merawat penyakitnya, pasti dia akan cari sampai ke lubang cacing.

"Kejap lagi aku bancuh air Milo untuk kau." Khayra tersenyum lebar mendengar bicara Hanis. Walaupun Hanis kaki gaduhnya, namun air Milo yang Hanis buat memang sedap sangat.

"Korang ada number Rania tak?"

Kening Hanis dan Aqila terangkat serentak. Kebelakangan ini soalan Khayra sering kali memeranjatkan mereka. Tapi apabila ditanya ada sahaja alasannya.

"Kenapa?" tanya Hanis.

"Saja tanya...," selindung Khayra. Dia melarikan anak matanya daripada mata tajam Hanis.

"Kau boleh tak jangan buat perangai macam kita baru kawan sebulan? Kitorang kenal kau la Khayra."

"Ada hal aku nak settle dengan dia. Erm... pasal joint venture haritu."

"Check phone kau kejap lagi. Aku dah send," ucap Aqila tenang lalu meletakkan telefon pintarnya di atas meja.

"Thanks Qila!" Baru sahaja Khayra teruja hendak memeriksa nombor Rania, telefonnya berdering. Rasa terujanya terus terbantut. Dia melempar selamba telefonnya ke atas meja.

"Ish kau ni Ayra. Phone tu bukannya mainan! Kau main lempar je."

"Gabriel call."

"Meh dekat aku." Hanis merampas telefon Khayra lalu menjawab panggilan lelaki sewel itu. Dia menekan punat speaker.

"Kau nak buat apa?" bisik Khayra sambil menelan air liur yang terasa payau. Ngeri melihat wajah naga nak telan orang milik Hanis. Aqila sekadar memberikan isyarat kepada Khayra untuk membiarkan Hanis melakukan tugasnya.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now