Bab 30 ~ Ujian ~

9.4K 446 97
                                    

RAYHAN menikam anak mata Thariq dan Zahira silih berganti. Dia tidak faham apa masalah mereka berdua sehinggakan mereka perlu mengemukakan satu idea tidak masuk akal padanya.

"Aku tak setuju," jawab Rayhan sepantas kilat.

"Ala boss...," rengek Thariq. Dia sudah mati kutu hendak memujuk Rayhan yang tidak habis-habis menolak permintaan dia dan Zahira mentah-mentah.

"Kau tak payah nak berala-ala depan aku Rick. Aku halau kau keluar bangunan ni kejap lagi," ugut Rayhan.

Tidak dinafikan yang Thariq merupakan orang kanannya. Namun ia tidak bermakna yang dia akan tunduk sahaja pada segala permintaan lelaki itu.

"Masa dah suntuk boss, lagi tiga hari," tambah Zahira.

"Apa susah? Cancel je."

"Tapi tentative kita dah bagi dekat orang ramai termasuk V.I.P. yang akan hadir. Nanti orang cakap apa pula kalau tak ada. Reputasi RedRay Holdings yang akan kena tempias. Bak kata mak saya, kerana setitik nila rosak habis bubur sebelanga." Thariq bermadah.

"Aku tak sukalah macam ni. Kau ingat isteri aku ni barang ke, ikut suka saja nak jadikan model dengan dancer. Nanti kalau masuk newspaper macam mana? Aku tak suka Khayra jadi tontonan ramai," jelas Rayhan.

Bodohlah dia jika dia hanya membiarkan orang lain memandang segenap tubuh isterinya secara percuma. Isteri selayaknya menjadi tatapan suami sahaja.

"Saya dah cakap dengan boss, waktu atas pentas nanti, boss dengan Puan Ayra akan pakai topeng. Mesti tak ada sesiapa yang kenal punya. Baju yang Puan Ayra akan pakai pun longgar. Confirm tak ketat." Zahira cuba meyakinkan majikannya yang kelihatan masih berbelah bahagi.

"I hate you guys for this. Takkan dah tak ada model lain? Dancer pun banyak tepi jalan."

"Boss juga yang nak dancer tu suami isteri untuk elakkan maksiat. Masalahnya yang suami isteri semua tak ada," balas Thariq tidak puas hati. Dia penat melayan karenah majikannya yang satu ini.

"Kau cakap senanglah. Aku mana pernah menari. Depan orang ramai pulak tu. Ish, serabutlah! Kau meh sini Rick!" Rayhan serta-merta berdiri untuk mendapatkan Thariq.

Dek takut kena lenyek jadi ketupat, Thariq menyorok di sebalik tubuh Zahira.

"Ala boss menari je. Saya percayakan otak boss yang bergeliga tu. Boss kan senang hafal. Setakat step untuk menari ni kacang je boss. Lagu High School Musical 3 je kot. Mesti boss boleh punya!" Thariq memberikan kata-kata semangat dalam keadaan takut-takut.

"Kalau senang sangat, kau narilah!" tempelak Rayhan.

"Saya mana ada isteri boss. Saya single lagi. Habis takkan nak suruh saya menari dengan Zahira? Mak saya pancung saya nanti. Siapa yang susah? Boss jugak."

"Ish, tak nak saya," ujar Zahira dengan wajah enggan tahap maksima.

"Tahu pun korang tak nak. Habis pandai pula campak dekat muka aku," marah Rayhan sambil bercekak pinggang.

"Please la boss. You are our only hope. Mana kita nak tahu yang model dengan dancers tu terkena food poisoning waktu latihan haritu. Siapa tah order makanan pelik-pelik. Ginilah jadinya. Kalau boss yang jadi model dengan dancer, saya yakin fashion show tu akan jadi meletop top top nanti."

"Kau diam sebelum aku letupkan kau."

"Boss, Puan Ayra dah balas mesej saya," beritahu Zahira. Senyuman manis terukir di bibirnya.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now