Bab 10 ~ Date ~

7.1K 403 55
                                    

TAN Sri Hamdan melihat telatah anak daranya yang ralit menatap telefon bimbit ditangannya. Sekejap tersenyum, tersengih dan ketawa sendirian. Entah apa yang ada pada teknologi kecil itu pun dia tidak tahu.

"Semalam Rania balik pukul berapa?"

"Erm, around 10 kut. Kenapa papa?" jawab Rania sambil sibuk membalas mesej teman universitinya.

Tan Sri Hamdan serba salah untuk menyatakan hasrat yang terbuku dihatinya. Sudah lama dia ingin berbicara soal itu dengan satu-satunya anak perempuannya tetapi dia berasa berat hati. Bagaimana kalau Rania enggan untuk mengikut kehendaknya?

"Kenapa Rania balik lewat sangat? Tak baik anak dara keluar malam-malam macam tu," tegur Tan Sri Hamdan. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menegur anak perempuannya.

Rania melempar telefon berjenama Apple itu di sisinya, tumpuan penuh diberi kepada papanya yang nampak tidak senang duduk. "Mana ada lewat pun papa. Rania keluar makan dengan officemate je, diorang nak makan steamboat so Rania belanjalah."

"Jangan lupa bonding trip lagi dua minggu tu. Kamu wakil company kita so jangan buat-buat lupa pula."

"All right noted. Papa tak ingatkan pun tak apa. Staf-staf kesayangan papa tu semua dah excited. Entah-entah ada yang dah packing."

Rania menyandarkan tubuhnya pada sofa, merenung wajah Tan Sri Hamdan yang sedikit berkerut. "By the way, itu je yang papa nak discuss dengan Rania?"

"Papa suruh T ikut kamu jugak. Just in case apa-apa jadi."

"Lah buat apa? I can take care of myselflah, pa. I don't need your bodyguard with me. You need him the most, not me."

"You know that he's a good man right?"

Rania memandang lama wajah Tan Sri Hamdan, cuba memahami tujuan sebenar di sebalik kata-kata lelaki itu. Dia tahu ada sesuatu yang papanya mahu sampaikan. Ini bukan kali pertama Tan Sri Hamdan berbicara soal ini.

"If he's not a good man, he won't be your trusted man for years."

"Would you consider him as your man?"

Tubuh Rania terus menegak. Untuk situasi ini, dia tahu, dia hanya perlu larikan diri. Jika tidak, hatinya dan papanya akan terluka dengan tutur kata masing-masing. "Okay, done for today. Rania nak masuk bilik." Kaki Rania laju melangkah namun dikejar Tan Sri Hamdan dari belakang.

"Rania..."

Rania beralih kepada papanya lalu berkara, "Kan Rania dah cakap, Titanium tu bukan lelaki yang sesuai. Daripada papa kenenkan dia dengan Rania, lebih baik Rania stay single sampai tua."

"Sampai bila Rania nak hidup dalam bayangan Khalis? You're way too good for him. Let him go. He has left you for good," ucap Tan Sri Hamdan. Dia tahu Rania masih belum dapat melupakan lelaki tak guna itu. Jika tidak, masakan anaknya belum terbuka hati untuk mana-mana lelaki sejak memutuskan hubungan dengan Khalis.

"Papa ingat senang ke? Waktu family kita hancur, he was there with me. Waktu Rania nak give up dengan hidup Rania, dia buat Rania ketawa. Tanpa dia, Rania tak ada momen bahagia. Since I was young, all I ever witnessed was seeing you and mama fighting."

"Lepas apa yang dia buat Rania masih nakkan lelaki macam tu?!" tengking Tan Sri Hamdan.

"I loathe him! I hate him! Tapi Rania tak boleh tipu diri Rania, pa. Rania tak boleh buang dia daripada hati Rania. It wasn't easy. I have spent all my time resenting him, but a part of me still longing for him," jelas Rania dalam keadaan tersesak.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now