DAUN mapel yang luruh meliputi kawasan taman yang berhampiran dengan rumah nya ditenung oleh si gadis dengan pandangan yang kosong .
Daun mapel?
Ya , sekarang si gadis sedang berada di daerah Terrace iaitu di Canada . Si gadis yang diberi nama Amy Mellisa sedang bersiap-siap dengan baju sejuknya untuk keluar bersiar-siar di Lakelse Lake , Tasik terbesar yang sedang membeku sekarang . Maklum la sekarang di Terrace sedang musim luruh dan musim sejuk bakal mendatang . Walaupun sekarang masih musim luruh suhunya sudah seperti musim sejuk , sangat sejuk tak terkata .
Amy Mellisa atau pun sudah terbiasa dengan panggilan Mell sedang memeluk tubuh sambil melihat ciptaan Tuhan yang sangat indah di hadapan matanya sekarang . Pemandangan yang serba oren itu dilihat dengan wajah yang tenang tetapi tidak dengan hati yang tenang .
Setelah 4 tahun Mell meninggalkan Malaysia , Mell masih tidak dapat melupakan kenangan pahit yang berlaku kepadanya 4 tahun yang lalu . Peristiwa yang meragut dua nyawa kesayangannya membuat kan dia membawa diri ke Canada .
Walaupun jasad nya ini ingin pulang ke Malaysia tetapi tidak untuk hatinya . Hatinya memberontak untuk tidak balik ke Malaysia dan tetap tinggal di Canada .
Selama 4 tahun ini , rasa bersalahnya masih bersarang di jiwa kerana terpaksa meninggalkan daddy dan abang nya di Malaysia tanpa memberi tahu khabar berita . Hanya abang sulong nya iaitu Am Arfan sahaja yang tahu keberadaanya sekarang .
Walaupun abang Arfan tinggal di Itaewon , Korea bersama wifenya Kak Amna dan puteri sulongnya Amy Qisya, dia masih mengambil tahu tentang keberadaan , keselamatan dan kesihatan adik kesayangannya yang berada di Canada itu .
-Mellisa pov-
Sedang leka aku berjalan sambil menikmati secawan hot chocolate , tiba-tiba kedengaran telefon ku berbunyi .
Bipp Bipp Bippp ~
Dengan pantas aku mengambil telefon ku didalam poket jaket , lalu aku melihat nama yang tertara .
'Abang Arfan'
Lalu tanpa menunggu lama aku meleret icon hijau dan terus melekapkan telefon ke telinga .
"Hello sayang , rindu abang takkk ? " meleret suara Abang Arfan .
"Mesti la rindu , Mell rindu dengan anak buah Mell " lalu aku terdengar Abang Arfan meneriak nama puterinya Amy Qisya .
"Auntyyyy , i miss youuuu !" kedengaran suara Qisya di sana .
"Yes aunty pon rindu kan Qisya sayang ." tiba-tiba Abang Arfan menyergah .
"Haa dah tau rindu kenapa tak reti balik sini , dah 2 bulan tak reti nak datang-datang sini buat orang risau je budak ni !" aku yang mendengar suara Abang Arfan terus ketawa kecil .
"Alaa Abang ni Mell dah call kan , ok la tu daripada Mell senyap sepi je ."
"Hmmm ye laa ." kedengaran seperti Abang Arfan merajuk .
"Alaa Abang jangan la merajuk , ok la Mell balik esok ."
"Seriously ?" tanya Abang Arfan teruja .
"Iya laa Mell pon dah rindu dekat Qisya , Kak Amna dgn baby Qalish ."
Arfan yang mendengar kata-kata adiknya itu terus bersorak riang dengan Qisya .
"Yeay we waiting eh aunty , kalau aunty tak datang Qisya tak nak kawan dengan aunty ." kata Qisya dengan petahnya .
"Hah ye la Qisya , Abang Arfan Mell nak letak dulu ni nak balik booking ticket and packing barang ."
Selepas mendengar pesanan Abang Arfan aku menamatkan panggilan dan terus pulang ke rumah .
Selepas tiba di rumah , aku terus meluru masuk ke bilik dan duduk berhadapan di meja kerja . Aku membuka lappy lalu meneruskan kerja membooking ticket ke Itaewon , Seoul .
Disebabkan aku sudah sering kali ke sana , jadi aku sudah tahu selok belok untuk pergi ke sana .
-Mellisa end pov-
'Abang Arfan tunggu Mell datang .' bisik Mell .
.
.
.Okey gais , how first bab okey tak 😓 hehehe im still new so please bimbing saya ya readers😊
#ComeOnGais
#ComeeAndVote yaaa ~ ♥
YOU ARE READING
I'm Yours , You're Mine ♡
RandomAᴍʏ Mᴇʟʟɪsᴀ Setelah 4 tahun berlalu , si gadis yang bernama Amy Mellisa masih tidak boleh melupakan kenangan pahit yang menimpanya dahulu. Aɪsʏ Iᴢᴢ Nᴜᴢғᴀɴ Setelah sekian lama , si jejaka yang bernama Aisy Izz Nuzfan masih tidak boleh move on terhada...