BAB 12 ♤

105 6 0
                                    

"Lis dah habis latihan ke" tanya Mellinda.

"Emm, dah. Jom la balik, Lis lapar." kata Mellisa.

Mereka berdua pon bergerak balik ke rumah.

Sampai sahaja dirumah Mellisa dan Mellinda melihat sebuah kereta BMW warna putih dihadapan rumah.

"Aik kereta siapa ni Lis" soal Mellinda.

Mellisa hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

Masuk sahaja ke dalam rumah, mereka melihat mommy mereka sedang berbual bersama seorang tetamu.

"Mommy"

Sejurus sahaja Mellisa memanggil mommy nya, dua orang yang sedang berbual itu berpaling.

"Ouh, my twins dah balik. Sini." gamit Datin Anne.

Mellisa dan Mellinda hanya mengatur langkah ke arah mommy mereka.

"Aunty Ikin apa khabar?" tanya Mellinda selepas sahaja duduk.

Mereka memang kenal sangat dengan Aunty Asyikin, wife Uncle Irfan. Kawan baik daddy dan mommy dan juga Mama dan Papa kepada Izz dan Abang Karl.

"Baik je Lin, Lin macam mana ok sekolah?" tanya Datin Asyikin.

"Ok je" balas Mellinda ramah.

"Aunty datang sorang je ke?" tanya Mellisa.

"Tak la, Aunty datang dengan Karl" jawab Datin Asyikin.

"Abang Karl? Kereta kat luar tu kereta siapa?" tanya Mellisa lagi.

'Biasa Abang Karl pakai Audi Hitam, kenapa hari ni BMW putih' fikir Mellisa.

"Ouh, tu kereta Izz. Karl bawa pergi workshop dua minggu lepas. Hari ni baru ambil." balas Datin Asyikin.

I'm Yours , You're Mine ♡Where stories live. Discover now