BAB 20 ♤

104 9 0
                                    

Seminggu berlalu sekarang ialah hari nya.

Selama seminggu ini Mellisa spend time bersama kawan-kawan barunya iaitu adik beradik Qhoir. Tetapi dia tak lupa akan kawan-kawan nya yang lain DG.

Mereka masih lagi bervideo call tanpa berjumpa, sudah dua hari mereka menduduki peperiksaan SPM. Mellisa turut memberi semangat kepada mereka.

Tidak lupa juga kepada kakaknya Mellinda. Ada juga dia balik ke rumah untuk berjumpa Mellinda. Walaupon dia tidak banyak menghabiskan masa bersama Mellinda, dia masih mengambil berat tentang kakak kembarnya itu.

Mommy dan daddy nya sama sekali tidak melarang dia yang ingin tinggal bersama abang Arfan di kondo yang baru dibelinya minggu lepas.

Kondo abang Arfan tidak jauh dengan HQ studio, iaitu studio yang diusahakan oleh Haris Qhoir dan adik beradiknya.

Berkawan dengan adik beradik Qhoir tak payah, cuma kena selalu tahan telinga bila si Hasif, Hazif dan Haris menumpahkan gula. Mau mati diserang diabetes dia kalau asyik melayan.

Sekarang ni dia sudah penat kena heret di Birthday Twins. Dari kedai ke kedai asyik memilih aje. Masing-masing payah untuk buat keputusan nak beli kek.

'Memang la payah, kembar tiga kot. Ada tiga kepala dan citarasa. Nasib aku kembar dua je, tapi Lin bukan jenis cerewet macam diorang' gumam Mellisa.

"Hazif, Hanna, Hasif lama lagi ke. Mell dah penat nii" sampuk Mellisa kepada diorang yang asyik berbalah nak pilih kek itu.

I'm Yours , You're Mine ♡Where stories live. Discover now