Hari kedua mereka di GrannyForest masih diteruskan . Tapi pada hari ini nampak lain disebabkan Zoro sudah memulai memberi assignment kepada pelajarnya.
"Aduu makk, aku nak enjoy la hari ni. Firash baru ajak aku pergi mandi sungai, alih-alih kena buat assignment" Hasif mengeluh hampa.
"Ha ape dia? Cakap kuat sikit abang tak dengar?!" sergah Zoro.
"Ha ape? sape? abang cakap dengan siapa?" Hasif buat-buat tanya dengan muka di kerut-kerutkan.
"Sif buruk la muka tu" bisik Mellisa.
"Haih Mell melampau,muka model ni. Celah mana buruknya" bengang Hasif.
"Celah kau tak nak buat assignment, ha dah cepat pergi siapkan peralatan dalam masa 5 minit NOW!!" Zoro mengarah seperti mereka menyertai kem tentera.
Yang lain mencicit berlari untuk mendapatkan peralatan mereka.
Tepat 5 minit semua sudah berkumpul di tempat tadi tapi lebih tepat berbaris.
"Ok now abang nak korang snap beberapa picture and edit. Theme today is nature of natural. So abang nak korang siapkan dalam masa 1 jam setengah. So MOVEE !" arah Zoro.
Yang lain bergerak mencari port masing-masing.
Sedang team Zoro menyiapkan tugas mereka, team Aiman pula sedang mendengar taklimat yang diberikan Aiman tentang GrannyForest itu.
Jarak mereka tidak jauh pon sebenarnya. Mereka berada di sekitar kawasan perkhemahan itu sahaja.
Dari jauh Izz yang sedang khusyuk mendengar penerangan abang Aiman, matanya tidak lari daripada Mellisa.
Matanya dialihkan pula kepada Hanna dan Hasif yang duduk berhampiran. Mereka seperti sudah mengambil gambar dan mengedit nya. Tak ketinggalan juga Hazif tetapi dia melihat Mellisa yang masih terkial-kial seorang diri .
YOU ARE READING
I'm Yours , You're Mine ♡
Ngẫu nhiênAᴍʏ Mᴇʟʟɪsᴀ Setelah 4 tahun berlalu , si gadis yang bernama Amy Mellisa masih tidak boleh melupakan kenangan pahit yang menimpanya dahulu. Aɪsʏ Iᴢᴢ Nᴜᴢғᴀɴ Setelah sekian lama , si jejaka yang bernama Aisy Izz Nuzfan masih tidak boleh move on terhada...