Setelah siap memakai baju sekolah, Solar seperti mencari sesuatu di dalam biliknya. Sunny yang lalu di hadapan bilik abangnya itu terus masuk lalu baring di atas tilam abangnya.
Solar: Morning, adik. (masih dengan perbuatan 'mencari'nya)
Sunny: Morning, abang! Abang cari apa tu?
Solar: Abang cari mask, nak cover muka.
Sunny: Ooo, kejap ea.
Sunny pun keluar dari bilik Solar. Beberapa minit kemudian, Sunny kembali dengan sesuatu di tangannya.
Sunny: Nah. (bagi 'sesuatu' tu kat Solar)
Maka, Solar pun menghentikan perbuatannya tadi lalu mengambil 'sesuatu' di tangan adiknya. Kemudian, Solar pun melihat perkataan yang terpapar pada 'sesuatu' itu.
Solar: Adik, agak-agaklah abang nak pakai mask Blackpink.
Sunny: Dah mask tu je adik ada.
Tiba-tiba, Luna muncul di pintu bilik Solar.
Luna: Abang, adik. Kenapa tak turun? Nanti sejuk nasi goreng yang mummy buat tu.
Sunny: Abang ni ha, cari mask.
Luna: Kejap, mummy cari. Pergi sarapan sana.
Lalu, Solar dan Sunny pun turun untuk makan nasi goreng air tangan ibunya.
*skip time
Kini, Solar dan Sunny berada di ruang tamu untuk bersiap sedia ke sekolah. Setelah beberapa minit mereka menunggu 'mummy' nya, akhirnya dia datang dengan membawa dua mask yang berada di tangannya.
Luna: Nah, abang nak pakai warna hitam ke putih?
Mask yang berwarna putih berada di tangan sebelah kanan Luna, manakala yang hitam berada di sebelah kirinya. Lalu, Solar mengambil keputusan untuk memakai mask yang berwarna hitam.
Author: Asal tak nak yang putih?
Solar: Ada dua sebab. First, hitam nampak cool. Second, kalau pakai yang putih nampak macam orang sakit.
Author: Aku rasa kau patut pakai yang warna putih.
Solar: Kenapa?
Author: Kau kan sakit, sebab muka kau sakit.
Sunny: Betul tu!
Author, Sunny: (high five)
Solar: Tak guna.Back to the story...
Luna: Dah, jom mummy hantar abang dengan adik.
Tiba-tiba...
Solaria: Tak payahlah, biar saya yang hantar. (berdiri kat luar pintu rumah)
Luna: Ooo, awak dah balik rupanya. Ingatkan tak reti nak balik.
Solaria: Apa awak ni? Jom Solar, Sunny. Daddy hantar.
*skip time (dalam kereta)
Di dalam kereta, Solar duduk di tempat duduk sebelah pemandu iaitu di sebelah Solaria. Manakala Sunny duduk di tempat duduk belakang. Keadaan di dalam kereta itu senyap seketika, akhirnya Solaria sendiri yang memecahkan keadaan tersebut.
Solaria: Solar, kenapa Solar pakai mask?
Solar: Hmm, tak ada apa-apalah daddy.
Solaria: Ye ke, tak ada apa-apa? Cuba buka mask tu.
Solar pun membuka mask itu dengan teragak-agak.
Solaria: Hish, Solar kena tumbuk dengan kawan ke apa ni? Sampai lebam mukanya ni.
Solar: Sebenarnya...
Solar tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana Solaria mencelah.
Solaria: Ha, dah sampai sekolah. Jangan bagi kawan tumbuk muka Solar lagi tau. Bye!
![](https://img.wattpad.com/cover/211304213-288-k807232.jpg)
YOU ARE READING
SAHABATKU SEORANG PSYCHO (Slow Update)
FanficHali, seorang remaja yang berumur 15 tahun dan tidak mempunyai sesiapa selain ibu dan bapa angkatnya. Solar, seorang remaja yang sebaya dengannya dan mempunyai ibu, bapa dan adik kandungnya. Hali juga merupakan pelajar baru di sekolah Solar. Namun b...