"Aku rasa sudah tiba masanya untuk kau berkahwin, Raf"
Mata Raf berhenti berkedip sejurus saja ayat itu meluncur keluar dari mulut ayahnya, Andre. Kedua-dua sudu dan garfu yang sedang berlaga diatas piring berhenti.
Raf terus memandang wajah Tessa dan ibunya yang sedang duduk berhadapan dengannya seolah-olah dengan memandang mereka, dia dapat mengelak dari topik itu. Namun, Tessa dan ibunya hanya tertunduk memandang piring mereka yang sudah hampir kosong.
Dahinya berkerut berasa pelik kerana ayahnya tiba-tiba sahaja menukar topik dari cerita pasal workshop pergi kepada kisah cintanya. Dari mana pa dapat idea itu? Gumamnya dalam hati.
"Raf, kau dengar apa yang aku cakap?" soal Andre apabila Raf tidak memberi sebarang respon.
"Raf dengar, cuma..."
Andre terus meletakkan sudu dan garfunya diatas piring. Napkin yang ada di sebelah piring dicapai lalu menyapu mulutnya.
"Cuma apa?" soal Andre sambil meletak semula napkin itu diatas meja.
"Pa..."
"Kali terakhir Raf cakap, Raf akan bawa teman wanita Raf ke rumah dan itu pun enam bulan yang lalu,"
Raf baru saja mahu membuka mulut, Andre sudah memintasnya.
"Papa, bagilah Raf masa sikit lagi,"
Rose sudah mulai memasuki perbincangan mereka."Ya, pa. enam bulan tu masih singkat untuk bawa perempuan jumpa family. Mana tau teman wanita abang tak secocok dengan dia," kata Tessa pula. Berharap agar pandangannya itu boleh diterima oleh ayahnya. Tessa mengenyit mata kearah Raf tanda memberi sokongan kepada. Raf tersenyum sambil mengangguk kecil.
"Tak secocok?" Andre suda memandang kearah Tessa. Matanya bagaikan pisau yang menusuk jiwa Tessa membuatkan sedikit takut.
"Kalau tau tak secocok kenapa nak ada hubungan dengan dia? Kau berpasangan dengannya disebabkan kamu berdua saling cinta bukan? Jadi aku nak jumpa dia minggu depan. noktah!" Andre tetap bertegas
Andre terus berdiri sebaik saja menjatuhkan bomb keatas Raf.
"Aku takda teman wanita!"
Alang-alang perkara itu sudah tidak dapat dibendung lagi, Raf tiada pilihan lain selain berterus terang. Perkara yang sama berulang lagi selepas 6 bulan. Cuma pada hari itu, dia berjaya melepaskan diri dengan berbohong. Tapi kali ini, dia dapat rasakan yang dia tidak boleh berdolak lagi.
Pergerakkan Andre terhenti. Semua mata sudah memandang kearah Raf.
"I lied to you, 6 bulan lalu. Aku dah lama takda girlfriend. Sejak Emily..." akui Raf.
Andre terduduk semula. Ruang itu hening buat seketika. Emily adalah bekas teman wanita Raf.Mereka berpisah sejak 7 tahun yang lalu. Boleh dikatakan Emily adalah cinta pertama dan terakhir Raf. Sejak perpisahan mereka, Raf menjadi seorang yang tidak teratur dan seperti layang-layang yang putus tali.
Raf hanya sembuh, atau boleh dikatakan menjadi normal semula apabila ayahnya memberikan dia bengkel kereta memandangkan cita-cita Raf adakah menjadi seorang mekanik.
Mereka hanya bernasib baik Raf dapat pulihkan dirinya dengan menyambung belajar sambil berkerja di bengkel kereta.
Walaupun suda 7 tahun berlalu, pengaruh Emily masih kuat ke atas diri Raf.
"It's been 7 years, Raf. are you going to be single for the rest of your life?" ujar Andre sedikit kecewa dalam nadanya. Dia bukan tidak bersimpati terhadap nasib anak lelakinya tapi, Raf harus maju ke hadapan. lupakan kenangan silam yang tidak mungkin akan kembali. Dia mahu anaknya bahagia bersama anak-anaknya kelak.
"Pa, bagi Raf masa," pinta Rose sambil memegang tangan suaminya, berharap agar lelaki itu sudi mendengar kata-katanya.
"Baiklah, kalau begitu aku bagi 1 bulan. Kalau dalam 1 bulan, kamu tak bawa teman wanita kamu jumpa dengan kami. Aku akan ambil semula workshop itu,"
"What?" rahang Raf suda terjatuh ke meja.
"Come on, pa. Are you serious?" Raf seakan tidak berpuas hati.
"Dead serious, lagipun worshop tu masih di bawa nama aku. aku masih berkuasa ke atasnya," Jawab Andre pula membuatkan Raf sudah meraup wajahnya.
Andre sudah berdiri dan meninggalkan meja makan.
Raf hanya mampu mengeluh berat. Rose dan Tesaa pula hanya mampu tercanggang. satu bulan! satu bulan untuk cari teman wanita? Ingat senangkah nak cari girlfriend macam pilih baju?
p/s : first chapter saya harap para pembaca suka dgn permulaan ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love Makes Us
RomanceLove makes us Raf - Dia tidak pernah menyangka yang dia akan menemui cinta semula. Bagi Raf, cinta pertamanya adalah cinta terakhirnya. Baginya tiada siapa yang boleh mengantikan Emily namun dia silap apabila dia jatuh cinta pada teman baik adiknya...