Chapter 6 : Worried

31 6 0
                                        

Chapter 5

Lia

Dia dan Raf berpisah sebaik saja masuk ke dalam bar. Lia memandang sekilas kearah Raf sebelum meneruskan langkahnya menuju ke meja Tessa yang terletak dibucu bar.

Entah kenapa hatinya senang melihat Raf.  Kali terakhir dia melihat lelaki itu adalah semasa pengkebumian datuknya dua tahun yang lalu. Walaupun kehadiran Raf singkat tapi lelaki itu tidak pernah meninggalkannya.

Dia menguruskan pengkebumian itu seperti Lia adalah ahli keluarganya. Melayan tetamu yang datang. Apabila Raf melihat Lia sudah penat, dia pula yang menyuruhnya untuk berehat. Menjaga makan minum seperti seorang abang kandung.

Dalam dunia itu, hanya tiga lelaki saja yang wujud dalam hatinya. Andre, ayah Tessa dan Raf, datuknya dan juga Raf.

Lia menganggap Andre seperti ayahnya sendiri kerana banyak menolong semasa kecil dulu. Raf pula sudah seperti abang kepadanya. Dia merasakan Raf lebih menyayangi dia lebih daripada adik kandungnya sendiri. Mungkin kerana Lia bukan suka memberontak sepeti Tessa.

Lia tersenyum sendiri apabila terimbas kenangan lalu.

Raf tidak banyak berubah. Cuma tubuhnya semakin besar. Besar bukan gemuk tapi tubuhnya semakin buff berbanding dulu mungkin kerana pekerjaannya yang membuatkan dia memiliki badan seperti itu.  Rambutnya panjang dan sedikit fluffy.

Wajahnya pula seperti tidak terurus dengan jambang yang sedikit lebat. Dia mungkin tidak pernah berjumpa dengan model lelaki yang sebenar tapi dia dalam gambarannya, Raf adalah seperti model lelaki yang sering terpampang di muka depan majalah.

Dengan matanya yang berwarna hijau, tidak mustahil jika Raf benar-benar menjadi model.

"Lia, are you really gonna go to the party?" soal Nora sambil meneguk beer di dalam mug besar itu. Entah berapa gelas sudah yang mereka habiskan pada malam itu.

"Ya, aku pergi," jawabnya. Tidak seperti tiga kawannya, malam itu Lia hanya menempah hanya setin pepsi sahaja, itupun sudah habis.

"Jangan risaulah, aku dah tengok tempat tu.

Tempat tu besar. yang pergi pun kawan-kawan Nora ja,"

Tutur bahasa Nora sudah tidak jelas. Wajahnya sudah merona merah disebabkan beer itu.

"Jangan risaulah, kalau ada apa-apa jadi. Aku takkan teragak-agak bawa kau pulang. Aku ada!" Nora sudah menepuk dada. Nada suaranya sudah mulai meninggi.

Nampaknya itu adalah isyarat mereka untuk pulang.

Lia memandang kearah kawan-kawannya.
Liz sudah lama tumbang di meja, Nora masih sedar  walaupun begitu matanya sudah kelihatan kuyu. Sedangkan Tessa masih aktif bercakap sendirian. Apa yang dia bisikkan pun Lia tidak tahu.

Lia suda menggaru kepalanya. Macam mana kawan-kawannya balik ke rumah dengan keadaan mabuk seperti ini. Walaupun rumahnya hanya dua blok dari situ, takkan dia nak papah mereka semua balik ke rumahnya.
Saat hatinya susah, Raf datang seperti kesatria putih yang membantunya dalam kesempitan.

"Macam mana korang nak balik ni?" Raf bertanya.

"Aku tinggal dekat-dekat sini ja. Dua blok dari sini. Dorang boleh bermalam dirumah aku tapi aku tak tahu macam mana nak bawa dorang balik,"

Raf sudah berpeluk tubuh. Lelaki itu memandang kearah dua orang kawannya yang juga turut melihat kearah mereka. Sepertinya dia tiada pilihan lain selain meminta bantuan dua lelaki itu.

Raf, Jaydi dan Alec tidak terlalu mabuk malah masih segar seperti orang yang baru saja lepas mandi. Mahu tidak mahu, mereka betiga terpaksa menggendong Tessa, Liz dan Nora balik ke rumah Lia.

Love Makes UsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang