Chapter 4 : Trigger

40 4 0
                                        


!!WARNING!!
Terlebih dahulu, saya sebagai author ingin meminta maaf jika chapter kali ini terdapat unsur yang tidak elok dan mungkin menyinggung perasaan pembaca. Saya harap pembaca adalah seorang yang open minded dan boleh membantu saya untuk mempertingkatkan  diri saya dalam penulisan. Komen adalah dialu-alukan. Terima kasih :)



Raf

Raf melangkah masuk ke dalam Jojo'S Bar sebaik saja dia meletakkan motorsikalnya dihadapan bar. Walaupun bar itu sudah kelihatan usang dari luar, tapi kebanyakkan pelanggan akan singgah disitu daripada tempat lain. Sudah menjadi tempat tradisi masyarakat dibandar kecil itu untuk melepak disana. Raf juga tidak terkecuali.

Sebaik dia masuk, dia dapat melihat dua temannya yang sedang duduk berbual dihujung bar yang terletak berhampiran dengan snooker table. Terdapat dua meja snooker dimana masing-masing sudah ditempah pelanggan.

Raf terus menuju kearah meja kawannya.

Dua tapak tangan bertepuk diatas sebaik saja mereka bersua muka.

"Wassap, bro!"

"Wassap!" Raf membuka denim jaketnya itu sambil menyangkutkannya di bahu bangku.

Raf bersalaman dengan kedua-dua kawannya seolah-olah sudah berminggu-minggu tidak berjumpa padahal baru saja semalam mereka minum bersama ditempat yang sama. Sudah menjadi rutin harian mereka untuk melepak itu situ.

Raf segera mengambil tempat duduk tetapi sebaik saja dia duduk, satu keluhan berat lahir dari mulutnya membuatkan kawannya, Jaydi dan Alec saling berpandangan.

"Kau dah kenapa? Duduk-duduk saja dah takda mood," kata Alec sambil mencapai botol beernya lalu diteguk sekali. Melihat Raf cemburut begitu, dia juga turut hilang mood.

"Are you okey?" soal Alec lagi apabila Raf tidak menjawab melainkan mendiamkan diri sambil bermain dengan botol beer. Alec dan Jaydi berpandangan.

"I'm in trouble," tutur Raf membuatkan dua sahabatnya itu sedikit panik.

"Trouble about what?" soal Jaydi dengan dahi berkerut.

"Ingat tak masa bapa aku cakap nak jumpa dengan girlfriend aku?"

"Ingat," Jaydi dan Alec serentak menjawab.

"Don't tell me, bapa kau nak jumpa girlfriend kau lagi?" soal Alec pula seakan dapat membaca fikiran Raf.

Raf mengangguk kecil.

"Tapi kau masih takda girlfriend," kata Jaydi pula.

"Exactly, aku masih takda girlfriend," akui Raf sambil menyelak rambutnya ke belakang.

"Then, what are gonna do? How can you find a girlfriend in this condition?" soal Alec pula seakan menyindir.

"What condition?" soal Raf seakan terasa dengan sindiran itu. Keningnya sudah berkerut seribu.

"Let me ask you, when was the last time you got laid?" soal Jaydi. Entah bagaimana perbualan mereka boleh sampai ke paras R.

Raf mendengus. "Takda kaitan!" ujar sambil meneguk rakus beer dari botol kaca.

"Of course it is, Raf. Macam mana kau nak flirt kalau kau takda sexual appeal. Let me tell you, you look like hell!" kata Alec pula seakan pakar dalam hal tersebut. Tapi memang pun dia seorang yang pakar. Alec adalah seorang lelaki yang terkenal dengan sikap playboynya di bandar itu. Semua gadis terpikat dengannya. Bukan saja seorang yang kaya dan berjaya, dia juga tampan dan pandai memikat wanita dengan mulut manisnya. Sekali petik jari, sepuluh perempuan berbaris.

"Macam mayat hidup tau tak," sindir Alec lagi.

Dia faham maksud Alec. Dia bukan tidak jaga penampilan diri cuma dia sedikit sibuk dengan kerjanya di workshop. Bulan tuahlah katakan. Dan dia bukannya tiada sex appeal seperti yang Alec dan Jaydi katakan. Dia bukan tidak pandai flirt tapi dia rasakan dia mempunyi tanggungjawab diatas perbuatannya.

Yes, I slept with women but with no string attached and we've both agree with it. I didn't take advantage but it's a give and take. Aku banyak jumpa wanita seperti ini dan aku tidak menghakimi mereka kerana itu adalah keperluan dalam hidup. Dalam dunia moden seperti ini, perkahwinan bukan lagi jaminan masa depan. Ada saja wanita dan lelaki yang berjaya tanpa berkeluarga dan sepertinya mereka lebih bahagia. It's all matter of perspective and how you take things.

Raf sudah menggaru kepala. Betul tidak betul, dia seakan akui penyataan Alec. Kali terkahir dia tidur sekatil dengan perempuan adalah masa sambut ulangtahun kelahiran Alec tiga bulan yang lalu. And it's feels good, to be honest.

"How about this, kawan aku baru saja buka bar baru. Why don't we go there for fun, what do you think?" kata Alec pula sambil menggandeng bahu sahabatnya sambil tersenyum penuh makna. 'Fun' maksud Alec, getting laid. Dia faham. Tapi itu mungkin bukan idea yang baik.

"I don't think so, Alec. I'm busy with my workshop," tolak Raf. Dia bukan mahu mengelak dia memang sangat banyak kerja ketika itu.

Kedua-dua sahabatnya sudah mendengus kecil.

"Come on, Raf. It won't hurt to try, okey?" Jaydi sudah menepuk bahu Raf sambil mengurutnya.

Raf berbelah bagi. Kalau setakat duduk dan minum beer seperti itu, tak apalah juga tapi kalau pergi untuk berparty. Memang tidaklah jawabnya.

"Raf!"

Ketiga-tiga kepala terus berpaling kearah teriakan yang nyaring itu. Kelihatan Tessa sedang melambai-lambai kearah mereka. Liz dan Nora hanya tersenyum manis. Raf terus turun dari bangkunya.

Love Makes UsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang