Chapter 3
Lia
"Why?" Tessa mula merengek seprti seorang budak yang dirampas gula-gula. Kakinya sudah menghentak-hentak lantai.
Lia menjadi panik. Dia memandang keseliling. Kelihatan pelanggan-pelanggan sudah memandang Tessa dengan pandangan pelik membuatkan wajah Lia menjadi merah.
"Tess, stop it! Stop!" Lia menepuk-nepuk lengan Tessa berharap agar gadis itu sedar bahawa bukan mereka saja yang berada di cafe itu.
Tessa akhirnya berhenti merengek. Lia terus menghembus nafas lega. Tessa boleh membuatkan dirinya jadi cepat tua kalau begini keadaannya.
"Boleh aku tahu sebab kenapa kau tak boleh pergi?" soal Tessa.
"Selain sebab cafe ni," celah Tessa sebelum lagi Lia membuka mulut kerana dia memang tahu Lia pasti akan menyebut pasal cafe itu.
Lia menggumam. Fikirnya terus tidak berfungsi. Kosong. Dia tidak tahu apa lagi jawapan yang harus dia berikan agar Tessa berhenti mendesaknya.
"Kau, aku Nora dan Liz dah kawan hampir 20 tahun lebih tau tak? dan antara kita berempat, Nora dapat kahwin dulu. Mungkin... mungkin kalau kau tak dapat join party ni, its okey. Aku tak kata apa-apa, tapi aku tahu benar perangai kau, Lia,"
Tessa berhenti bercakap buat seketika untuk menarik nafas panjang. Lia hanya diam sambil bermain jari. Dia tahu keadaan sekarang sudah menjadi serius. Tessa bukan lagi bergurau kerana dia dapat mendengar ketaran suara gadia itu.
"Kau tahu siapa bakal suami Nora?" soal Tessa
Lia menggeleng sambil mengetap bibir.
"Kau tahu tak yang Liz dah putus dengan boyfriend dia yang dia jaga selama 4 tahun?" soal Tessa lagi.
Kali ini, soalan itu membuatkan Lia tersentap. Dia tidak tahu apa-apa tentang kawan karibnya sendiri. Selama ini dia berfikir, mereka bertiga hidup tanpa masalah.
Bahagia dengan hidup masing-masing. Dia sungguh mementingkan diri jika dia berfikir dia adalah manusia yang paling malang didunia tapi rupanya, dia adalah manusia yang paling bernasib baik.
Dia ada kawan yang sungguh mengambil berat dan sayang padanya. Selalu menyokong apa saja yang dia lakukan tapi apa balasan yang dia dapat berikan? Tiada. Walau sedikit masa pun dia tidak dapat luangkan bersama mereka.
"Mungkin, kau tak dapat pergi party itu. its okey. kami faham. tapi kalau kau tak boleh pergi masa Nora kahwin nanti, itu maksudnya kami bukan kawan kau lagi, Lia. Kami minta maaflah kalau selama ni kami banyak beri tekanan pada kau. Lepas ni, kami takkan ganggu kau lagi. Selamat tinggal,"
Tessa turun dari kerusinya. Tessa sudah fade up dengan keadaan itu. Sekarang dia tidak mahu lagi terhegeh-hegeh dengan Lia. Sepertinya, mereka saja yang mementingkan Lia sedangan Lia langsung tidak memikirkan tentang mereka. Persahabatan mereka yang sudah lama itu langsung tidak bermakna bagi Lia.
"Tunggu!" kata Lia.
Langkah kaki Tessa terhenti. Perlahan-lahan dia berputar. Dia memandang Lia dengan wajah yang tiada perasaan.
Lia mengeluh kecil lalu keluar dari dapur dan menghampiri Tessa. Perlahan-lahan dia mencapai tangan Tessa dan mengusap tangan gadis itu. Tessa hanya membiarkan perbuatan Lia. Dia tahu dia sudah membuat Lia rasa bersalah.
"Aku minta maaf, Tess. Bukan itu niat aku. Aku minta maaf," ujar Lia seakan merayu.
Tessa menghela nafas. Rasa bersalah mula timbul di benak hatinya.
"i'm sorry too. Aku tak patut paksa kau macam ni walaupun aku tahu keadaan kau macam mana. Kalau kau tak nak pergi, aku faham. I'm sorry, 'kay?" ucap Tessa sambil mengusap kepala Lia. Antara mereka empat sahabat, Lia adalah yang paling bongsu. Naluri seorang kakak muncul dan terasa ingin melindungi gadis itu.
"I'll go," ucap Lia perlahan.
Kening Tessa terangkat. "You what?" dia bukan tidak dengar jawapan Lia tapi dia tidak percaya yang Lia akan perti ke party itu. Tiba-tiba wajahnya menjadi ceria. Kalau tadi ruang itu mendung tiada sinaran matahari kini berubah cerah dengan hiasan pelangi.
"Serious?" tanya Tessa lagi.
Lia mengangguk sambil tersenyum.
"Yeah!" Tidak semena-mena, tubuh Lia terus dipeluk erat. Tessa melompat kegembiraan.
"Janji tau, tak boleh patah balik,"
"Eya, eya!" Lia memberi kepastian sekali lagi.
"Lagi satu, kitorang janji nak jumpa kat Jojo's Bar. Kau nak ikut tak? Jangan risau, aku tak paksa kalau kau tak nak," Tessa meyakinkan Lia.
Lia seakan berfikir. Lama dia termenung.
"Jam?"
"Maybe at 9 atau lebih awal,"
"Okey, aku fikir dulu. Tapi tak janji 'kay,"
Tessa tersenyum. "Okie dokie!"
"Aku pergi dulu. Thanks for the juice!" kata Tessa pula lantas mengucup pipi Lia lalu beredar keluar dari cafe.
"Tessa!" Lia sempat menepuk bahu Tessa sebelum gadis itu pergi. Dia memegang pipinya sambil merengus kecil. Seketika kemudian, bibirnya melirik senyum.
p/s : as promise. fuh! 2 chapter in one day. i hope you like it. enjoy
ANDA SEDANG MEMBACA
Love Makes Us
RomanceLove makes us Raf - Dia tidak pernah menyangka yang dia akan menemui cinta semula. Bagi Raf, cinta pertamanya adalah cinta terakhirnya. Baginya tiada siapa yang boleh mengantikan Emily namun dia silap apabila dia jatuh cinta pada teman baik adiknya...
