Chapter 2
Lia
"Here is your order. enjoy!" Lia meletakkan kedua-dua cawan berisi latte itu di atas meja. Dua pelanggan yang Lia andaikan pasangan kekasih itu tersenyum sambil mengangguk kecil kearahnya. Lia membalas senyuman itu tanda penghargaan lantas balik ke tempatnya untuk menyiapkan order seterusnya.Walaupun cafe itu kecil saja tapi ianya lengkap dengan peralatan yang diperlukan untuk sebuah cafe. Cafe itu tidaklah terlalu kecil tapi tidak juga terlalu besar. Didalamnya hanya memuatkan empat buah meja saja.
Tiga meja bulat kecil dan sebuah meja segi empat sama yang terletak di bucu cafe.
Bumbung cafe itu pula mempunyai hiasan tumbuh-tumbuhan plastik dengan lampu neon berwarna biru. Dinding cafe pula diperbuat daripada kayu yang disaluti dengan varnish bagi nampak berkilat.
Terdapat juga dua lampu berwarna oren di suduh dinding bersama dengan hiasan dinding yang berpatutan. Terdapat juga bar kaunter yang mengelilingi dapur. Kebanyakan pelanggan yang datang memilih untuk duduk di bar kaunter.
Dia tidak mencari kesempurnaan dalam segala-galanya, cukup hanya dapat menghidangkan coffee dan manisan kepada pelanggan sudah mencukupi. Baginya itu adalah kebahagian yang dia impikan.
Lonceng yang tergantung dipintu berbunyi tanda pelanggan masuk. Lia tanpa teragak-agak menyambut kedatangan pelanggannya itu.
"Welcome!" laungnya dengan nada ceria dan bersemangat.
"Lia!"
Gadis yang disangkanya pelanggan itu rupa-rupanya Tessa.
"Tess!" balas Lia seakan terkejut. Tessa tidak pula memberitahunya bahawa dia akan datang berkunjung.
Kelihatan Tessa sedang melangkah kearah bar kaunter. Beg sandangnya diletakkan diatas kaunter.
"I didn't know you were coming?"
"Well, suprise!" jawab Tessa sambil ketawa kecil.
Lia hanya tersenyum kecil. "Nak minum apa?"
"Macam biasa," jawab Tessa.
Lia mengangguk kecil. 'Macam biasa' maksudnya adalah jus buah-buahan. Apa- apa sahaja jenis jus, dia akan minum kerana dia tidak boleh minum coffee.
"Macam mana dengan plan kita esok? kau dapat tak join?" soal Tessa.
"Emm...tak kot. Aku sibuklah," Walaupun dia sudah diberi masa seminggu untuk berfikir, jawapannya tetap sama. Dia sibuk.
"Lia, its Nora's bachelorette party. Come on!" Tessa sudah merengek manja.
"Tess, aku tak boleh tinggalkan cafe ni. Lagipun aku dah bagitahu Nora aku tak dapat ikut,"
Tessa sudah merengus kecil. Kadang-kadang dia benggang dengan sikap kawannya itu. Dia tahu Lia hanya menggunakan cafe itu sebagai alasan untuk menutupi sebab sebenarnya kenapa dia tidak mahu dapat ke party itu. Dia takut.
"Penakut!" ujar Tessa sambil menjeling.
Lia tidak mengendahkan herdikan Tessa. Dia sudah lali dengan herdikan itu sehinggakan perkataan itu sudah sinonim dengan dirinya.
Lia meletakkan jus mango yang sudah siap dibancunya dihadapan Tessa.
"Drink first," katanya seperti menenangkan Tessa.
Tessa menuruti tanpa kata. Hampir separuh gelas diminumnya, gelas itu ditolak tepi. Mata terus memandang Lia. Dia sudah minum, tangki minyak pun penuh semula untuk berperang dengan Lia.
"Jomlah,"
Kalau tadi nada Tessa sadis, kini sudah berubah manja dan lembut. Kalau dengan cara kasar dia tidak dapat mengubah keputusan Lia, dia mencuba pula tektik lembut. Dia akan guna apa saja untuk membawa Lia ke party itu.
Lia sudah memandang Tessa. Bibirnya tersenyum
"No!" Tolaknnya dengan serta merta wajahnya berubah serius.
p/s : new chapt. i'll try to publish another chapter this afternoon. hope u enjoy your reading
YOU ARE READING
Love Makes Us
RomansaLove makes us Raf - Dia tidak pernah menyangka yang dia akan menemui cinta semula. Bagi Raf, cinta pertamanya adalah cinta terakhirnya. Baginya tiada siapa yang boleh mengantikan Emily namun dia silap apabila dia jatuh cinta pada teman baik adiknya...