Chapter 5 : First Encounter

35 6 0
                                    

"Tess!" balas Raf seakan terkejut dengan kedatangan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tess!" balas Raf seakan terkejut dengan kedatangan mereka.

"Who are they?" soal Alec sambil memandang kearah tiga gadis cilik itu.

Tess, Nora dan Liz melangkah menghampiri meja.

"Oh, this is Tess. Adik aku. Ini Nora dan Liz. Kawan adik aku," Raf memperkenalkan adik-adiknya kepada Alec dan Jaydi.

"Hai," ucap Tessa janggal seakan tidak pernah bertemu dengan kawan-kawan abangnya. Nampaknya kawan-kawan Raf boleh tahan kacak. Pujinya dalam hati.

Jaydi dan Alec juga turun dari bangku. Seakan gentlemen.

"Alec,"

"Jaydi,"

Mereka pun saling bersalaman.

"Macam mana korang boleh ada kat sini?" soal Raf seakan cuba menyelidik.

Tessa sudah angkat bahu. "Saja cari tempat lepak baru. Kami dah lama nak datang sini cuma takda masa," jawab Tessa.

Jaydi tersenyum sinis. "Better cari tempat lain, tempat ni tak tak sesuai untuk korang. Bagus lepak kat café ke kat Eureka Diner kah, kan?" nada suara Jaydi seakan memerli mereka bertiga.

"Dan kau siapa nak decide kat mana kami patut lepak?" tiba-tiba Liz naik marah.

Reaksi Liz yang tidak disangka itu membuatkan orang sekeliling terkesima. Tessa dan Nora sudah memaut kedua-dua lengan gadis itu.

"Sorry, Raf. Mood kawan aku tak okey sikit. Kami cari tempat duduk lain kay," kata Tessa seakan janggal. Mereka pun segera beredar sambil mengheret Liz.

Jaydi hanya menggeleng kecil. "What's with her?" soalnya pelik.

"Tulah kau, tak tengok-tengok dulu. Orang datang sini nak release tension bukan nak dengar kau membebel," kata Raf pula.

"Tapi aku tak salah cakap kan?" Jaydi tetap tidak mahu beralah.

"Dorang tu budak baik semua, aku cuma nak jaga dorang ja," sambung Jaydi pula.

"Jaga apa? Dorang semua dah besar, lagipun aku ada. Tempat ni pun tempat local. Semua kenal kita, semua kenal dorang," jawab Raf. Dia bukan tidak ambil berat tentang Tessa dan kawan-kawannya, cuma dia percaya dengan adiknya. Tessa tidak mungkin akan timbulkan masalah.

Suasana tegang itu bertukar normal apabila telefon Raf tiba-tiba berdering. Raf segera menyaluk jaket denimnya. Sebaik saja telefon dicapai, dia tidak terus menyambut panggilan tersebut sebaliknya melihat nama pemanggil yang tertera diskirn telefon.

"Kejap," Raf meminta kebenaran untuk keluar dari bar. Sepertinya panggilan itu penting sehinggakan memaksa dia untuk keluar dari tempat itu.

Sebaik saja dia berada diluar bar, panggilan tersebut terus disambut. Perbualan telefon bimbit itu kedengaran serius dan ianya melibatkan business.

Selepas beberapa minit, perbualan itu pun tamat. Raf pun segera kembali ke dalam bar. Tanpa menyedari ada seseorang dibelakangnya, Raf terus berpaling membuatkan tubuh mereka bertembung. Telefon bimbit yang masih ditangganya terhempas ke tanah.

"What the!" Raf hampir mencarut.

"Sorry, sorry!" pemilik tubuh itu meminta maaf dalam keadaan panik. Cepat-cepat tubuh cilik itu memungut telefon bimbit Raf.

Gadis itu terus menghulurkan telefon itu kepadanya sambil meminta maaf berulang kali.

Raf terkesima saat matanya mula mengenali gadis itu. Walaupun dia masih was-was, dia seakan yakin dengan apa yang dilihatnya.

"Marlia?" sebut Raf membuatkan gadis itu terus mengangkat wajahnya. Mata mereka bertembung.

"Raf?" gadis itu seakan terkejut melihat Raf. Matanya tidak berkedip melihat lelaki itu.

"Aku minta maaf, Raf. Aku tak sengaja. Sorry sangat-sangat," ucap Lia dengan nada yang kesal sambil menghulurkan telefon itu kearahnya. Gadis dihadapannya itu kelihatan menggigil seakan kesejukan.

Gadis itu hanya memakai hoodie dan seluar jeans hitam dan nampaknya walaupun pakaian itu menutupi seluruh tubunya, kedinginan malam itu masih tiada bandingan. Dia yang baru beberapa minit di luar pun sudah kesejukan.

Raf terus memandang sekeliling. Kelihatan suasana sudah mejadi suram dan sejuk sehingga kabus mula melitupi kawasan itu.

"Lia dari mana ni?" tanya Raf sambil mencapai telefonnya lalu segera disimpan tanpa memerika keadaan telefon tersebut.

"Lia dari café. Baru ja tutup tadi," jawab Lia sambil memeluk tubuhnya yang kesejukan.

"And what are you doing here? Lia nak pergi mana malam-malam ni?" soal Raf pula seperti seorang pegawai polis yang sedang menyiasat Lia. Namun selepas teringat yang Tessa dan kawan-kawannya berada didalam bar, dia terus dapat menangkap sebab kemunculan Lia disitu.

"Oh, Lia datang jumpa dengan Tess,ya?"

Gadis itu mengangguk-angguk. Walaupun kawasan itu serba gelap dan hanya diterangi dengan lampu sign board, Raf dapat melihat senyuman kecil Lia. Entah kenapa bibirnya juga ikut tersenyum.

Kali terakhir dia melihat Lia adalah semasa datuknya meninggal dua tahun lalu dan selesai saja acara pengkebumian, seminggu kemudian Lia pun merantau. Dua tahun kemudian, dia mendengar Lia sudah balik ke bandar itu tapi selama dua tahun itu dia belum pernah bertemunya lagi. Mungkin kerana sibuk dengan hal masing-masing.

"Kau tak nak masukkah?" soal Lia pula.

Raf tersentak. Tanpa dia sedar, dia teringat kisah lalu.

"Masuk, masuk. Tess dan yang lain pun ada didalam,"

Tanpa membuang masa, Raf dan Lia pun segera masuk ke dalam bar.

p/s : sorry kalau cerita ni slow pace. Saya masih tulis dan edit dalam masa yang sama. Saya mungkin akan upload versi yang sudah diedit di dalam blog. tapi buat masa sekarang blog tu masih under construction.
thanks for reading. jangan lupa vote :)

Love Makes UsWhere stories live. Discover now