Bab 3 : Lari

7 0 0
                                    

Jin Woo membuka halaman yang seterusnya namun kosong.Agaknya sampai situ sahaja penulisannya.

"Mak.",panggil Jin Woo.Ibunya terus mengalih perhatiannya dari televisyen kearah Jin Woo.

"Saya ada kawan yang namanya SunMi.Kenapa saya tak ingat pasal dia?Saya baca diari saya seolah-olah saya rapat dengan dia tapi saya tak kenal dia.",air mata Jin Woo menitis keluar disusuli perasaan panik.

"Jin Woo!",badannya dipeluk.

"Tak perlulah kamu fikir pasal semua ni.Biarkan memori itu datang.Jangan cari.Rehatlah ya.",Jin Woo menangis dalam dakapan ibunya.Betapa sakitnya perasaan apabila kehilangan semua memori.Seperti kehilangan diri yang lama dan dilahirkan sebagai orang baharu.

Malam itu Jin Woo dikejutkan oleh satu mimpi.Di dalam mimpinya dia melihat seorang perempuan disakiti dengan kejam.Apabila dia membuka mata,badannya dibanjiri keringat.

"Mak.Kawan saya SunMi sekarang di mana?",Jin Woo bertanya.Ibunya terhenti daripada mencuci pinggan.

"Kamu pasti kamu mahu tahu?",soalan yang agak pelik tetapi Jin Woo tetap inginkan kebenaran.

"Kamu tak ingat dahulu masa kita ingin berpindah ke sini.Dulu kamu dan SunMi sangat rapat.Kamu dah anggap SunMi tu macam adik kamu.Di mana ada dia,kamu pun ada.Kamu sangat bertuah sebab ikatan persahabatan kamu tak pernah putus sehinggakan mendapat tawaran dari Universiti yang sama.Kamu ingat lagi yang SunMi sepatutnya ikut pindah bersama-sama kita?Tapi mak ingat lagi bila kamu pulang ke rumah hari tu..."

4 tahun yang lalu

"Kenapa dengan kamu?",tangan Jin Woo ditahan oleh ibunya.Jin Woo mengamuk merontah minta dilepaskan.

"Saya benci perempuan tu!Tak guna!",teriak Jin Woo di dalam bilik.Ibunya mengetuk pintu.

"Kenapa?Jin Woo?",tanya ibunya.Jin Woo membuka pintu bilik dengan muka berang.

"SunMi.Dia tidak mahu ikut kita ke Seoul.Dia lebih rela lari dengan lelaki lain!"

***

"Kemungkinan pada masa tu kamu bertengkar.Tak sangka pelajar bijak seperti SunMi mengambil keputusan untuk lari dengan lelaki.Sedangkan dia ada masa hadapan yang cerah."

Jin Woo tidak mampu berkata apa-apa.Dia tergamam dengan kisah kawan baiknya.Hilang begitu saja tanpa jejak.Jin Woo berasa kasihan.Mungkin kalau SunMi tidak melarikan diri,mesti dia ada bersamanya sekarang.

The Murder Of HerWhere stories live. Discover now