Bab 11 : Akui

5 0 0
                                    

Jin Woo tiba di rumah SunMi.Hanya ada ibunya.Bapanya sudah lama mati disebabkan serangan jantung.Terkubur dengan persoalan tentang kehilangan anaknya.Ibu SunMi membuka pintu.

"Jin Woo?mari masuk!",kata ibunya sambil mempelawa dia masuk.Jin Woo memberi kain SunMi kepada ibunya.Ibu SunMi kehairanan.Dia meneliti kain tersebut lalu mula perasan yang itu adalah baju dan skirt anaknya yang ditutupi debu tanah.Ibu SunMi mula menangis.Dia bertanya kepada Jin Woo tetapi dia tidak lagi mampu membuka mulut.Cukup terkesan dengan perbuatannya dahulu.Dia termenung.Ibu SunMi berusaha bertanya di mana anaknya.Hanya satu jawapan yang keluar dari mulut Jin Woo.

"Saya...saya...saya yang bunuh dia."

Mata ibu SunMi terbuntang tidak percaya dengan kata-kata kawan baik anaknya itu.Semuanya menjadi gelap buat Jin Woo.Dia tidak lagi mampu berkata apa-apa.Seolah-olah dia jauh dari zon dirinya.Jin Woo menyerahkan diri kepada pihak polis.Dia sudah tidak mampu menangis.Emosinya kini kosong.Polis bergerak masuk ke dalam hutan untuk mengali dan mencari mayat SunMi yang ditinggalkan.Tangan Jin Woo digari.Esok akan gempar seluruh dunia dan media akan menularkan wajahnya.

'Membunuh rakan kerana perasaan cemburu'

'Misteri kehilangan remaja perempuan kini terbongkar'

'Pelajar universiti mengaku membunuh kawan baik sendiri 4 tahun yang lalu'

Itu adalah antara tajuk-tajuk berita yang melaporkan kes Jin Woo.Tiada apa yang boleh dibanggakan.Cuma penyesalan.Semua tahu dia adalah seorang pembunuh.Dia akui dia bersalah.

The Murder Of HerWhere stories live. Discover now